Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 31 Januari 2011

CENDAWAN Tiram Goreng Telur

Dinner malam ni No masak ni. Dimakan bersama Singgang Ikan Tongkol, Ikan Tongkol Goreng, Ulam Timun Batang dan Cili Taiwan (kes terlupa nak wat sambal belacan adeh...)


BAHAN
Cendawan Tiram Kelabu
*Beberapa tangkai cili kering - nak buh cili apa ikut suka la
*1/2 labu bawang besar
*ditumbuk
3biji telur - ikut banyak mn cendawan tu..
sedikit garam

CARA
~Carikkan cendawan, basuh dan perah airnya.
~Pukul telur hingga sebati dan campurkan semua bahan.
~Perap sekejap anggaran telur dah meresap ke dalam cendawan.
~Goreng sambil dikaup balik. (No guna kuali tanpa minyak).

INFO
Caranya sebenarnya sama nak buat Telur Dadar cuma di tambah cendawan.
Selain cendawan tiram, No guna Cendawan Sisir.

MAIN Pasir

Lokasi : Pantai Pohon Batu, WP Labuan.
Masa : 1.40pm-3.30pm
Tarikh : 30/01/2011
Hari : Ahad

Biasanya tiap hari minggu inilah aktiviti No sekeluarga p lepak2 pantai. Ye la dh syik duk terperuk kat rumah je kan. Bagi dorang kenal alam sekeliling pla.

Klo di rumah yang kecik 2orang ni mesti bergaduh sebab berebutkan PS2. Yang game jenis men 2org ok la sket tp klo yg kena men sorang ade la bunyi2 tu.

Kebetulan semalam kami ada jemputan majlis arwah lepas asar jd untuk lunch No tak masak la just tapau n lepak pantai. 

Kadang2 belah pagi pun camtu, tetiba Abang nak p pantai tak sempat dh nak masak2 ni kang lambat jadi tapau je la hehe. Katanya nak bagi rehat 'tukang masak' sebab tiap hari dah masak untuk keluarga. Uiihh, No apa lagi makin demand la hihi..

Abang ni kadang2 sambil duk tengok tv tetiba..
"Jooooom p pantai.."

Kami apa lagi terus bersiap la.

kami tapau Mi Bandung Muar...seedaaaap!


Biarlah dorang lepaskan perasaan masing2. Buat la apa yang dorang nak buat. Jangan terjun laut sudah cz skang musin berangin dan bahaya juga la klo nak mandi2 nih..

Sabtu, 29 Januari 2011

BUKAN Labuan Sabah OK!


Petang semalam No tengok Warung Kita @Astro Prima. Kali ni pasal makan2 di Labuan. Mula2 seronok pastu tersentak bila pengacara cakap LABUAN SABAH..alahai tak kaji SEJARAH ke sayang ooi!!!!

Klo kami balik kampung camtu gak..dorang tanye..

"Bila balik Sabah?.." 

Huhuhu takpe la sebab dorang duk kg..ok la boleh terima pakai. Terang camne pun dorang tetap tak paham. Tahun depan balik tanya benda yang sama gak..


Ni No bagitau kpd sape2 yang stil tak faham lagi..

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia diserahkan kepada British setelah British menggunakan pulau yang tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Kemudian pada 1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia. Kata 'Labuan' berasal dari kata 'pelabuhan'. Semasa penjajahan British, ia dikenali dengan nama 'Pulau Victoria'.


Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir daripada arus pembangunan. Setelah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum Cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.


sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Labuan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Labuan

Nak tengok gambar2 menarik sila la google ye..banyak dalam tu..

Sapa2 nak tau macam mana WP LABUAN sila la tengok WARUNG KITA @ASTRO PRIMA ye..No tak tau bila siaran ulangan..tp cuba try tengok kol 6ptg karang ada tak.

Tapi kan No tak berapa berkenan la si Alex tu jadi pengacara..macam tak cukup garam jek huhu.. Tapi klo tengok si Angah, yang tengah takde selera pun leh terlio. Pandai melawak lak tu..

Jumaat, 28 Januari 2011

ACAR Ikan Cencaru

Lunch tadi No masak acar ikan je..peberet Abang..entah la name sebenarnya apa..tapi mertua No panggil acar No pun sama la hehe..sebab setau No masak acar tu dia kering kan tapi ni berkuah macam masak tumis tu cuma manis2 masam rasanya. Mungkin ore klate atau pantai timo leh terang secara detail kot hehe..


 Setelah ikan dibersihkan, No goreng tanpa minyak untuk memudahkan kulit dikupas. Klo ikan Tongkol tu No goreng dlu macam biasa.

Kemudian potong dua.

mmg sah bab potong memotong tak lulus haha..
 BAHAN TUMIS
1labu bawang besar*
4-5 tangkai cili kering* - nak tambah lebih sket pun boleh
3ulas bawang putih*
1inci halia*
belacan sebesar ibu tangan*
*semua bahan diblend
garam, gula & cuka secukupnya
2mangkuk air
1labu bawang besar dibelah 8

CARA
~Tumis hingga masak bahan yang di blend tadi bersama 2sudu besar gula. ~Selalu kacau supaya tidak hangus.
~Masukkan air (nak pekat buh sikit, nak banyak buh banyak la hehe)
~Bila mendidih masukkan garam, cuka, belahan bawang besar dan ikan.
~Dah masak ikan, masukkan sedikit ajinomo dan rasa dah cukup masin, manis dan masamnya..siap!.


Kadang2 No tambah sayo dalam nih seperti bb corn, timun batang, kobis, carrot.

Cara lain No masukkan santan. Maknanya air tu kena ganti santan la ye..

Kerisi Bali Berhalia


Ni resepi dinner semalam hehe. Baru tayang hari nih hehe.


Ikan Cencaru No goreng biasa je, buh garam dan goreng. Ikan Kerisi Bali pla No beli 2ekor hampir 3kg.

Resepi No jumpa dalam myresipi


  • BAHAN

  • 1ekor ikan kerisi bali- dibersihkan 


  • 1 keping asam keping

  • 3 ulas bawang putih - dihiris

  • 1/2 biji bawang besar - dihiris bulat

  • 1 inci halia - dihiris

  • 600 ml air - klau suka kuah byk leh letak lebih

  • garam secukupnya

  • 1 biji lada merah - di potong 2 dan dibelah

      • bg yg suka ajinomoto leh letak sket - No ganti dengan serbuk perasa 'INNI'
  • cendawan - dicarik-carik

  • CARA
  • No masukkan semua bahan, tutup.. tunggu hingga didih (ikan tu kena balik2 kan la ye), kemudian rasa dan siap.


proses memasak

No campo nih sket..
Pastu No buat Tomyam Sayur bercendawan sket. Resepi lebih kurang macam No wat dalam entri nih. Cuma bahan sampingan tu je yang tuko. Pandai2 la nak idup kata orang hehe..



BERJAYA Kurangkan Keguguran Rambut

Dlu ada No buat entri berkenaan rambut gugur. Masalah ni dah lama No alami. Dah macam2 syampu No dh guna tp tetap gugur juga. Kemudian baru2 ni No cuba guna syampu dr Cosway lak masa No renew ahli dlu.

Lepas 1st time syampu rambut tu memang xde dah rambut gugur. Klo gugur pun yang dalam 2-3helai je. Berbanding sebelum nih. Klo time mandi tak sah klo tak penuh tutup lubang tuh huhu..Tapi No nak tengok sejauh mana keberkesanannya. 

Setelah 3minggu guna..Alhamdulillah, syampu ni memang serasi dengan kulit kepala No. Bau dia pun harum segar je tapi tak semerbak la cam bunga2 tu hehe.. Klo kita tengah selsema kan time syampu tu kita sedut dalam2 nafas dan hembus. Wah! lapang je rasa dada ni sebab dia ada esen pudina lam tuh..

Harga Runcit : RM49.50/RM50.50 (E)- each
(promosi No tak tahu sebab katalog terbaru belum sampai)
Sebelum ni pun No dah penah juga guna pelbagai brand syampu dr Cosway nih..tp hasil tak memuaskan juga. Ada juga No pakai ok tp Abang guna tak ok hehe.. Tapi yang penting kita jangan putus asa untuk mencari yang mana terbaik tuk kita kan?.. Tak semestinya orang guna ok tu sesuai dengan kita tapi tak salah kalau nak mencuba. Bak kata pepatah 'Belum Cuba Belum Tahu'..

Khamis, 27 Januari 2011

ASTRO BEYOND Muncul Akhirnya..

Setelah menunggu kira2 17hr bekerja..petang semalam terima panggilan kata nak datang kol 6petang..tunggu punya tunggu lepas magrib tak sampai2 juga. Pastu dalam kol 6.55pm kata dalam 1/2jam lagi. Okey la, tunggu lagi..tunggu tunggu tunggu dalam jam 9 lebih br la sampai..sabo je la..


Remote dan dekoder lama dorang amik, tuko yang baru lak..


bila tuka remote,
funtion pun turut bertuka sket..


atas : biasa
bawah : hd

atas : biasa
bawah : hd


Nampak tak apa beza tb biasa ngan yg ada Beyond HD. Yang Beyond HD lagi terang dan jelas gambonye. Sound No tak perasan pulak sebab No guna sound sistem dr home theatre.


Sejak guna home theatre nih tak brp dh nak tengok citte hantu memalam. Dlu stakat citte Sundel Bolong ke, Suster Ngoset ke ok lagi..skang dh meremang bulu roma haha.. Malam tadi pun No surrender tengok citte Langsuir pe ntah tajuknya..Heroin dia Zarina AF kat Prima (ch105)..uuuih, tak bleh dengar sound dia. Lepas No masuk bilik Abang plak tutup tb..hahaha..


Ok dr segi penambahan channel..astro hanya tambah mengikut pakej yang kita amik. Klo kita amik pakej Astro Family hanya penambahan 4chanel iaitu ch393-ONE HD, ch706-ASTRO LIFESYTLE HD, ch726-FX HD. Yang AXN tu dia tambah jd ch721-AXN HD.


Klo amik Sport tambah 2ch. Learning 2ch, First 1ch, Movies 2ch. Fun takde penambahan plak.


Dari segi cuaca pla No takleh nak cakap lagi sebab takde hujan lebat atau ribut mlm tadi.


Ohya..yang gambo terang tu hanya untuk channel yang ditambah ye (ada HD). Channel biasa tetap gambonya cam biasa hehe..


Pe2 pun stakat nih memang Abang puas hati la..

Rabu, 26 Januari 2011

BONUSLINK

Klo tak silap No, No daftar jd ahli kira2 tahun 2003-04 dlu. Tapi tak pernah No nak redemp pe2. Beli barang swipe kad, buh minyak swipe kad. Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Baru la No tahu upanye tiap 3tahun klo tak redemp mata kita akan dikurangkan mengikut bilangan point yang kita beli huhu.. Dapat bil penyata pun wat tak tau je..

Tapi still duk tertangguh gak sehinggalah No dapat tahu mata akan dikurangkan lagi selapas 31 Jan klo kita tak redemp juga. No pun cek mata hanya ada 2,377point sejak bertahun2 dlu..aish..

Pagi tadi lepas isi minyak terus la No amik barang. Abang suh No amik yang ni..

dengan point 2,200
Ok la kan..leh wat koleksi sebab benda alah ni dh banyak dh umah No dr cenderahati pelbagai pihak.

BERITA GEMBIRA..

Semalam No dapat berita yang No dah dapat 3orang cucu sedare dalam bulan januari nih. Lambat sket dpt tau, maklumla duk jaoh huhu..

Dan yang paling No gembira sekali 3orang ni dari 3ibu yang 1family belah abang No yang paling tua sekali. Maknanya, dorang nih adik bradik la..

sebahagian family abang di Trg...
yg anak panah tu la dpt bb..

2bradik nih nikah sekali tp rezeki si adik
(pengantin pompuan belah kanan) dapat dlu..
sabo ye leyli, belum ada rezeki lagi tu..

ini pula yang anak abang yang ke3..
kiranya kakak sulong dorang la..

sebab yang sulong dan no2 lelaki..
dan bb barunya..tahniah
Mmmmm..agaknya klo panjang umo tahun 2012 baru la dapat balik tengok dorang huhu..bersabo je la No oooi...(mood : sayu dan sedih...)

Selasa, 25 Januari 2011

SAYUR Lemak Labu

Entri ni sepatutnya malam tadi No buh tp kepala sakit lak..migraine daaaa..lepas magrib terus zzzzzz..

Semalam lepas anto Kakak dan Abe p sekolah agama petang No singgah kedai jap cari labu kuning. Hajat nak wat sayo lemak tp ini je yang ada. Amik je la..klo nak murah kene p kedai jaoh sket..malas dah nak drive jaoh2..


Abang plak lepas balik keje terus makan. Klo dlu balik sendiri kol 5.30ptg sampai, terus makan..skang dh No p amik kol 6ptg la br sampai sebabnya kena amik anak2 sekolah agama lak..sampai2 terus hidang..


Bila dah siap ketung ketang kat dapo..ni la hasilnya...tadaaaa


Ni No nak share cara No ek..

Bahan2..
Labu Kuning (ade panggil labu peringgi)
Santan
Isi ikan-direbus/kukus dan dilumatkan
1sudu besar Lada Hitam-lumatkan
1labu Bawang Beso (kes malas nak siang bawang merah hehe)-lumatkan
1sudu beso Budu
Garam dan Gula secukup rasa

Cara
Masukkan semua bahan (kecuali garam dan gula) dan kacau perlahan2 sebab takmo bagi pecak minyak atau membuak. Bila dah mengelegak masukkan garam dan gula secukup rasa ye..garam tu agak2 la sebab dh ada budu lam tu..

NOTA
~Isi ikan tu klo nak ganti bilis, udang kering pun takpe. Yang No buat ni ikan tongkol sekeping lebihan dalam kuah singgang haha..
~Klo resepi org tua2 masak yang mula2 tu buh santan yang cair dlu..dah gelegak baru buh santan yang pekat (kepala).
~Labu ni klo lama sangat dia akan lembik, tak sedap.. jd agak2 empuk la ye.
~Labu nih boleh diganti ngan sayo lain seperti cengkor manis, pucuk paku dan yang dirasakan sesuai la ye.
~Enak dimakan bersama sambal belacan..perghhhh!

KESIAN Dia....

Ni kiranya citte lama la tapi No nak share ngan sume. Kisah berlaku kira2 setahun yang lepas kot.

No punya peod dah 2bulan tak 'menjelma'. Memang tak pernah lak berlaku cenggini. Tapi No amik positif sebab No guna perancang, tak kan peknen kot kan. No bukan makan pil ke kondom ke. No skang injek kat vontot tu tiap 3bulan sekali. Nurse tu cakap klo ikut temujanji peluang 100%. Klo selisih seminggu br la nurse tu bagi peringatan. Dan selama ni pun No memang ikut temujanji. Klo tarikh tu tak dapat biasa No akan awalkan. Takut gak ooooo...

Pada satu petang tu time duk masak tuk dinner, No terasa cam pening, mual dan nak muntah bila bau masakan. Ala macam orang alahan tu la lebih kurang. No tahan lagi sambil siapkan sumenya. Time lunch tu plak, baru setengah pinggan.....No terus berlari masuk toilet dan uweeeeek!..abis sume isi perut.

Lepas solat magrib terus Abang bawa p klinik sebab risau tengok No dah lemah semacam. Sampai klinik No masuk sorang, yang lain sume tunggu lam kette. No citte la apa terjadi. Doktor senyum je sebab No cakap No injek..takkan peknen kot. Tapi doktor cakap klo tak puas hati boleh wat urine test. Ok No setuju. Lepas keluar result baru la No puas hati sebab hasilnya memang NEGATIF. Sebenarnya perut No hanya masuk angin hehe..

Lepas amik ubat No masuk kete dan Abang terus balik umah sebab malam tu last episod NUR KASIH. Citte nih mmg tak pernah miss la No ngan Abang tengok. No pusing belakang tengok anak2 sume tido, lama sangat kot duk tunggu huhu..

Abang pecut kemain lagi sebab dah dekat kol9 dh. Kira2 dalam 2km nak sampai rumah No terima panggilan dari klinik..

Klinik : Boleh cakap dengan puan Norhafiza..
No : Ya, saya cakap.. (No dh len macam cz pebenda lak klinik ni tepon)..
Klinik : Anak kita ka si Faris?
No : Ya, anak saya..kenapa dengan dia?..
Klinik : Anak puan ada di sini, tengah menangis..katanya 
di tinggal..
No : Hah!..ok2 nanti saya p amik sana..

No : Abe ade duk klinik, tengah nangis
Abang : Looo, tadi ada dia cakap nak ke tandas..Abang terlupa la..
No : Looooo
Abang : Tadi klinik tepon ingatkan doktor nak bagitau yang result test tu silap..upenye ada orang tertinggal..hahahahaha

Lepas tu kami ketawa sampai sakit perut sebab duk bayangkan si Faris camne. Sampai sana Faris dah berenti menangis tapi merah mata dia. Katanya lepas dia cari ikut pintu depan belakang takde dia pun bagitau pd kaunter.

Abang : Dah tu nape nangis?..
Faris : Abe sedih Abah tinggal..
Abang : Kenapa Abe tak tunggu je doktor tu balik. Tumpang sekali suh anto rumah. Tak pun minta tolong yang duk kaunter tu anto..buat la rajin2 tutup pintu ke, sapu lantai ke..(sempat lagi Abang melawak huhu)

Kali kedua pla time kami keluar bersiar. Faris tutup gate rumah. Elok2 je Abang undur kete terus keluar dari perumahan. Sebab biasanya lam kette mulut kami ade je cittenye. Dalam 500meter, No tingat si Faris. Undur la balik masuk perumahan, tengok2 faris dah tak nangis dah. Duk releks je duk tunggu kami. Katanya dia tau Abah dia akan datang amik.

Aduyai..kesian si Faris nih..

Faris

Isnin, 24 Januari 2011

SYAHDU, Terkedu Dan Menusuk Kalbu...

Tetiba No terpandang entri yang bertajuk Kalau CINTA, Kalau SAYANG, Kalau IKHLAS dalam blog Budak Ghanung Dot Com.

izinkan No buh gambo ni deh sebab tak tau nak amik apa..
header takdop huhu..


Sebab?...sebabnya lagu tu kang skang tengah HOT!..waima anak2 No yang umo 3 & 4 tahun tu dh hafal 2-3 baris tuh. Klo buka tb ada klip video dorang maka berkumpul la dorang depan tb tu sambil duk tumpang nyanyi sekaki. Jadi keinginan kuat untuk No nak tau apa coretan MatGanu kali nih.

Okey, berbalik pd blog tadi..No tabik  spring la pada MatGanu ye sebab susunan ayat tu serta huraian tersusun begitu teliti dan puitis sekali. Err mungkin MatGanu orang sastera kot hehe..

Kata2 yang begitu dalam maksudnya dan mengisafkan kita pada Maha Pencipta..

Nak tau apa isinye?...sila la ke blog beliau ya...moga jadi pedoman dan panduan kita semua..amin..

CILI Taiwan

Untuk Rina Ni No tunjukkan gambo cili taiwan. Kata dorang cili ni di import dr sana tu yang lekat nama tu..



Rasa dia kurang pedas klo yang hijau nih..klo yang merah tu terasa gak la tp tak sepedas cili burung atau cili api.

Mungkin di semenanjung ada pelbagai nama kot Rina. Atau ada sesiapa tau nama apa selain cili/lada taiwan?..

JIWA Tetap Rock!

http://www.xfm.com.my

Malam pe ntah No lupa dah. Yang No ingat jam sekitar 7mlm. Lepas dinner dan solat magrib masing2 ngan aktiviti msg2 la. Anak2 ngan keje sekolahnya. Abang ngan PS Bola nye. No pla amik kain dalam bakul yang bagai gunung kinabalu tu huhu..duk depan tb. Pasang tb buka ch858-XFM Non Stop. Biasa No buka ch863-THR Gegar Pantai Timur tp entah kenapa malam tu nak beralih angin.

Mula2 terpasang lagu Extravaganza-Bunkface..mmm No layan best gak. Lepas satu2 lagu rock dan rancak yang keluar. Pastu Mus-MAY plak dengan Jeritan Batinku (versi rock)..Tetiba macam ada aura pula duk mengalir dalam jiwa No. No makin kuatkan volume dia. Dibantu dengan sound sistem yang bagus memang No enjoy la dengan pilihan lagu2 yg dj tu sediakan.. Segmen tu dari jam7-8 NON STOP ok!. Jadi siap2 kol8 tu No dh abiskan berbakul2 kain hehe..

Tp ni untuk yg berjiwa ROCK je la..klo yang jenis sentimental dan jiwang cam Abang tuh, katanya sakit kepala la, sakit dada la, serabut la hehehe.. Paling koman pun Abang boleh terima SEARCH dan WINGS je. Tu pun pilih2 lagu. Klo jenis heavy cam PELESET KOTA tu mmmmm..diam je le.. Abang memang tak marah No buka kuat2 walaupun dia tak suka dengar sebabnya dia ngan PS2.. TAPI jangan kuat2 time Abang study dan siapkan laporan staff.. JANGAN!

No ni masa kecik2 dibesarkan dengan lagu2 yg heavy dr IRON MAIDEN, GUN'S N ROSES, STING, SCORPIONS dll. Ye la, tiap2 hari duk dengar abang No pasang lagu tuh huhu. Yang pompuan No suka ELLA. Pastu ada penyanyi Safura Ya'cob, sekarang jd pelakon dan berkahwin ngan pelakun gak nama lupa tp dia pernah berlakun sebagai 'Danial' menjadi suami kepada 'Mariam' (Maya) dalam Pontianak Harum Sundal Malam. Haaaa...klo tak silap Shahrul Nizam. Klo silap sory le hehe..

Berbalik pada channel XFM nih klo di semenanjung memang tak sesuai la sebab time tu semenanjung baru nak magrib kan. Duk melalak2 time tu mmg nak kena pelangkong la jawabnye hahaha..

Sabtu, 22 Januari 2011

TOMYAM Ala Che'No

Hari nih No masak Tomyam sebab tak tahan dek godaan kakIna. Buka blog ade je kakIna tayang tomyam huhu..KakIna nih kira pakar la dalam bab tomyam nih.

Ok..kali ni No nak tunjuk resepi yang No guna untuk masakan No.



 Bahan A
1labu bawang besar
daun limau purut
serai
limau kasturi (perah amik jus)
cendawan


Bahan B
1biji tomato dicincang/didadu
10ulas bawang putih diketuk/dicincang
6-10tangkai cili taiwan diketuk

Bahan B ditumis hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam dan kacau bia turun airnya dan agak kering sedikit br masukkan air mengikut citarasa. Masukkan sekali cendawan, bawang besar dan serai. Bila dah mendidih, dan ayam telah empuk, masukkan daun limau purut, perahan limau kasturi, garam secukup rasa dan sedikit ajinomoto. Rasa mengikut citarasan dan siap untuk dihidangkan.



Bahan tambahan anda boleh la masukkan sayuran seperti bb corn, carrot, bunga kobis dan yang dipkkan sesuai.. No tak letak sebab takde stok hehe.. Tomato pun ada 1biji je ha, klo tak leh potong lg buh lam tu..

Dlu No pernah guna kuib/pes tomyam dr megi la, knorr la dan ada juga yang dr siam tu (ada tanda halal le) tp Abang kata macam tak ngam ngan selera Abang. Last2 No tanya kawan dan dapat resepi ni terus Abang 'jatuh cinta'.

Apa2 pun atas selera masing2 la kan hehe..

Jumaat, 21 Januari 2011

KEK Mentega Berkismis Dari Bread Maker

No baru je siap masak kek nih..tengah panas2 No dah potong.



Hasilnya memang lembut dan gebu cuma agak berkerak sedikit. Tapi yang bestnya keraknya tetap sedap. Kali ni No tak buang kerak tuh sebab sayang..sedap sangat!..

Masa duk baking tu, harum semerbak baunya..wangi sangat sampai Abang tak sabar2 nak rasa hehe. Rasa kek ni agak manis daripada kek yang No buat dlu mungkin sebab taruk kismis kot. Biasanya esok lusa kek tu akan manis lagi. So pada yang ada simtom2 penyakit kencing manis adalah tidak digalakkan sama sekali ya!


Resepi masih seperti dlu yang No buat dalam entri nih cuma No tambah kismis last sekali kira2 150g. Mentega tu No ganti dengan marjerin.

Tengokkan macam kismis tu tak sekata kan. Mana taknya main taruk je bahan2 tu hehe..dia uli sendiri dan terus bakar..Kita tunggu siap je..

Klo nak resepi yang lagi POWER. No GERENTI sebab No dah buat kek tu dalam entri nih


Resepi dari blog Cik Mat Gebu. Kek ni memang No puas hati sesangat!..

Khamis, 20 Januari 2011

ASTRO BEYOND Menyepi..

Awal tahun dlu No ada tepon ASTRO sebab nak amik Astro Beyond. Dah amik nombor dekoder dan nombor smart card pun. Dorang kata akan amik masa 7-14 hari berkerja. Lambatnyeeee. Okey la, tunggu je la. 

Tungu punya tunggu bulan tak muncul2. Hari ni dah ke 13 hari bekerja dah. Esok 14. Errr, memang amik masa lama cam ni ke?.. Rasanya masa dorang datang nak pasang Astro dalam masa 3hari je sampai la dorang..


Tengok tu, sampai 14minit 25saat duk 'bercinta' huhu. Sebenornya yang lama tu sebab nak tukar pakej jd 2+1 la hehe.. Klo dorang tak datang juga, nampak gaya kena tepon balik la...aish, buang karan jek!..

No bukannya apa..Abang la nak suh masukkan Beyond, No tak kisah sebab tiap2 bulan dia yang bayo haha..lagipun Abang memang suka tengok movie.

Keistimewaan Astro Beyond nih, dekoder dia waranty seumo idup sekali ngan remote kontrol. Pastu klo hujan pun line tetap clear, xde masalah. Dorang akan bagi channel tambahan mengikut pakej yang kita amik..entah No dah lupa dah brp channel dia bagi dengan tambahan rm20/bulan. Perancangan akan datang boleh guna intenet hanya menggunakan Astro Beyond..Bia betul!?..entah la kata dorang la, No main angguk je haha..

Dia ni bukan apa sangat, gambo je nak bagi clear..orang cakap ala2 real gitu. Klo guna tb biasa, gambo akan terang dalam 2x ganda je..tp klo guna tb HDMI 5-7x ganda terang dan jelas..

Nantila No citte kang, best ke tak..skang duk tunggu bila dorang nak sampai..huhu..

TAKDE Harapan..

Dua hari lepas ada No citte pasal Abang rasa nak balik semenanjung dalam entri nih tapi nampaknya hanya tinggal harapan..


Surat Pekeling jelas memberitahu bahawa sebarang permohonan pertukaran tidak akan menerima sebarang elaun. Jadi klo nak juga semua urusan pakai duit sendiri!..Maknanya koman2 mau ada RM20k cash huhuhu..

Mmmmmmmm nampaknya kami duk BETAPA dulu la di Labuan ni. Terpaksa tunggu offer dari HQ gak. Jadi...bersabar la ye..

LABUAN oh LABUAN...

BERAT Nanang Ngoh La!


Hahaha..gini la jadinya bila kita terlalu pandai dalam mengedit. Ni oghang Teghanung punya keje la nih. Aduyai...

Artikel ni No terima semalam setelah ditag oleh rakan grup RTDP/SAT dalam fb. Dia amik kat mana pun No tak tahu hehe..pe2 pun LAYAAAAAN...

Rabu, 19 Januari 2011

JOM GEGAR BLOG!


Kali ni No cuba lagi masuk segmen enBen..sekadar mencuba nasib. Sapa2 nak join sila2..tiada paksaan..


SYARAT
Syarat blog yang nak terlibat .. pastikan tiada VIRUS ... tiada WIDGET yang mengheavy metalkan pengeledah ... dan blog tu adalah miliknya

p/s
Sempat lagi wat entri nih walopon time masuk dapo dah nih hehe..

KEK Mentega Dari Bread Maker

Petang semalam No buat kek. BM tu beli mahal2 tak guna kang 'bising' pla tukang sponser haha..


setelah dibuang kerak2..
tapi Abang kata kerak tu sedap..

resepinya
Rasanya lemak berkrim, tidak terlalu manis. tekstur lembut dan gebu. Dan yang pasti komen dari Abang..

"Sedap, buat tiap2 hari pun takpe.."

Selasa, 18 Januari 2011

LAKSAM Teghanung Versi Che'No

Ni pla Laksam..juga dah lama No buat. No sebenar lagi suka laksa tapi disebabkan nak cuba buat akhirnya berjaya juga. Alhamdulillah..

dengan ulam apa yang ada

BAHAN LAKSAM
1pek tepung beras
2sudu minyak masak
Air secukupnya

CARA
1) Panaskan kukusan.
2)Bancuh semua bahan agak2 cair (masukkan air sedikit2).
3) Sapukan tutup periuk dengan minyak dan apabila air sudah mendidih, masukkan ke dalam kukusan serta tuangkan kira 1-2senduk (tengok ukuran masing2).
4) Kira2 5minit angkat dan ketepikan/sejukkan. Tanda dah masak dia akan mengelembong.
5) Sengetkan tutup periuk dan cungkil dengan pisau/hujung sudu keliling tutup tadi dan gulungkan.

P/S
~Klo patah maknanya adunan keras..sila tambah sedikit air.
~Klo susah nak gulung (lembik) maknanya adunan cair..sila tambah tepung sedikit.
~Adunan yang sempurna akan membentuk gulungan yang cantik dan akan turun dengan sendirinya.

BAHAN KUAH:
ikan selayang/kembong/lolong-kukus/rebus dan asingkan isinya
santan
asam keping
lada hitam
bawang merah/besar
Sedikit halia
bawang putih - (No tak letak)
garam dan gula secukup rasa

CARA
Masak semua bahan dan kacau jangan bagi naik minyak atau membuak. Dah agak pekat boleh la diangkat.

BAHAN ULAM
Tauge, timun batang (dicincang), daun kesom, bungan kantan, kacang hijau, daun selom, daun kemangin

Sedap dihidang bersama CILI BOH, BELACAN dan GARAM (untuk yg suka masin hehe)

Nota
No pernah cuba yang jenis tambah gandum tu tapi tak cantik. Mungkin No tak pandai nak anggar kot..huhu..