Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 28 Februari 2011

SONY Dah Kota Janji..Terima Kasih!

Jika anda semua ternanti2, tertunggu2 dan sudah terima cek dr Nuffnang..No dan Abang pula masih mengharap dari Sony.

Dlu No ada citte pasal beli tb baru brand Sony, dan ada dapat money back guarantty. Kebetulan p ada offer..Abang pun beli dan jadi tanpa buang masa Abang register on9. Katanya 30hari bekerja tp hampir 2bulan br la sampai..

Abang siap tanya kawannya kat KPDNKK klo nak buat tuntutan kat tribunal dapat tak kalo janji tapi tak tunai. Kawan dia cakap boleh dengan syarat semua dokumen bukti ada. Tapi tup2 tengahari tadi sampai apa yang dinanti2 selama nih..



ALHAMDULILLAH..syukur pada ALLAH SWT kerana kami masih ada rezeki. 

KENALI Gincu Anda

Semalam No ada cerita pasal pencuci muka. Hari ni No nak kongsi mengenai gincu bibir plak.

Kita ni memang tak sah klo takde secalit gincu kat bibir tu kan..macam ada yang tak kene je klo tak pakai ye tak? hehe

No ada pengalaman sekitar 2tahun lalu apabila terbeli lipstik beracun. No guna tak sampai 2minggu abis bibir No jadi kering dan keras kemudian timbul warna kebiru2an. Bila kita tarik akan melecet la bibir tapi kulit baru tetap berwarna gelap. Rupanya bila No kaji terdapat plumbum didalamnya.

Nak tahu macam mana? Mula2 sapu lipstik tu atas tapak tangan kemudian gosok2 dengan belakang cincin EMAS..cincin EMAS saja tau!..Kemudian bila warna bertukar menjadi hitam..NAH! itu bermakna lipstik tu mengandungi plumbum yang amat merbahaya untuk kita.

L'elan Vital - Hydralush Lip Glaze dr Cosway.

Alhamdulillah..lipglaze No ni takde plumbum. Biasa plumbum ni mudah terdapat dalam lipstik yang tahan lama tu. Dlu No pernah cuba beberapa jenis lipstik yang ada dalam stok dan kebanyakan ada! Jadi apa lagi..tong sampah la tempatnya dan ini la satu2 nya lipglaze yang setia dalam handbag No.


Ops..No lupa nak citte cara rawatan kulit bibir rosak dlu. No dh try lipsgloss dr avon tp lepas guna takde kesan pun malahan bibir tetap kering. No pun try brand ni pla..


>imej<
Alhamdulillah..serasi ngan bibir No. Siang dan malam No guna tak sampai abis pun sebatang, kulit bibir dah kembali asal..Alhamdulillah syukur..


Cara tradisional adalah melumurkan mentega/marjerin/madu/halia yang telah diasah pada bibir. Halia tu kan kalo kita buh kat bibir akan ada rasa  tak selesa sket tp hasilnya bibir anda akan kembali segar dan kemerah2an..

Ahad, 27 Februari 2011

PENCUCI Muka Anda Beracun Tak?..


Apakah ini..Puding Kelapa? Puding Laici? BUKAN! Ini adalah hasil eksperimen No petang semalam. Dan inilah yang No biarkan selama semalaman. Nak tahu apa? Pencuci muka No yg No duk tenyeh kat muka setiap hari!


Kenapa jadi macam ni?..Nah, mesti semua nak tahu kan. Ini la hasil tindakan kimia. Maknanya kita dah tahu bahawa bahan pencuci muka kita mengandungi bahan KIMIA dan beracun yang mungkin boleh mendatangkan risiko. Siapa tau? Cara untuk mengetahuinya adalah..


‎1) Ambil sesudu pencuci muka.

2) Masukkan ke dalam segelas air paip.

3) Campurkan dengan sesudu garam halus.

4) Kemudian kita kacau selama 1 minit.

5) Lihat hasilnya


...

Jika sebatian tersebut menjadi pekat! likat! melekat!

Sahlah pencuci itu ada campuran bahan kimia.


Kenapa pakai garam?

Kulit kitakan berpeluh. Cuba rasa peluh tu masin ke manis?


Bayangkanlah apa yang terjadi dikulit kita?

Peluh dikulit akan mengaktifkan bahan kimia yang ada dalam pencuci muka tersebut.


Jadi pencuci yang bagus jika kita campurkan dengan garam, sebatian itu tetap cair.

Kita boleh juga buat ke atas syampu kita tapi No tak buat lagi..lepas ni la No nak cuba pla tengok macam mana.

Jadi jalan terbaik untuk kulit kita ialah cari lah bahan yang mengandungi 100% herba ataupun berbalik dengan cara lama yang kita pk kolot. 

Dlu masa No remaja No selalu genyeh pucuk jambu batu atas tapak tangan dan gosok pada muka. macam pencuci muka la hasil tindakannya. Pucuk jambu tu juga No gunakan untuk menyental seluruh tubuh terutama di kawasan ketiak. Percaya tak, ketiak kita akan tetap segar dan tidak berbau walopon kita tak pakai deodoran selama 2hari. 

JADI?..Tepuk dada tanya AKAL..

info :
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000739359727#!/pages/Pakaian-dan-Produk-Bukan-Makanan-Yang-Dicemari-Kesucian-Untuk-Umat-Islam/110521535690497

Sabtu, 26 Februari 2011

MODE : KEBINGUNGAN

Petang semalam kira2 jam 4lebih, masa No buka laci tiba2 No ternampak sepasang keronsang ada di dalam (ibu dan anak). Yang peliknya No dah beberapa kali buka laci tu..tiap2 kali nak buka lappy mesti buka laci sbb ada b.band dalam nih. Time tengahari tu pun No dah buka laci nih..

No tanya Abang kot2 dia belikan untuk No kot (perasan!)..takde pla..tak pernah tengok pun katanya. No tanya Farihin dan Fadhlan pun kata tak tahu.

Takpe, No tunggu Husna dan Faris balik sekolah kang sbb Husna pernah gak beli No keronsang panjang dari Ustazahnya. Hadiah untuk No katanya..tengkiu sayang hehe..

Tapi..hampa, bila No tunjuk keronsang tu mereka cakap tak tahu juga.

Abang kata cuba pk balik mungkin ada kawan2 bagi tak. Sebab klo beli mungkin No ingat. Jenuh No duk pk...mmmm malam tadi No dapat gambaran muka kawan No yang sll bg hadiah.

Pagi Tadi No pun tepon dia dan sekali hampa sebab bukan dia gerangannya..huhu

Dan yang paling meremangkan bulu roma No..keronsang tu skang dah TAK ADA!!!!!

Dalam ruang tanda '?' tu la No terjumpa keronsang tu..tapi skang timbul PERSOALAN...mana dia ilang??????

Abang pla dah p kelas. Petang karang baru balik nak tanya kot2 Abang ada tengok. 

No ingat nak amik pic dia semalam tp No cakap dlm hati esok2 la..nah skang dh ILANG!..

Ni la rupanya lebih kurang (70% sama)..yg No ingat warna purple..

>imej<

Nota :
Adakah No skarang PELUPA tahap kronik??? Umo br nak masuk 34 thn ni...tp gagal nak flashback..aish!..pening2..bingung2..

Khamis, 24 Februari 2011

Give Away Dari Magrib


Aloo sory la dik, kakNo terleka seketika..


Orang tua2 ada bagitau..tak baik kalo tak penuhi harapan orang. Jadi takmo bebel panjang2..No nak join GA nih..

Errrr..takmo tag sesapa takpe ke? hehehe...

Berminat?...meh la join sekali ye...jom p serbu blog Magrib..

Tarikh Tutup : 28 Feb 2011

HAMPIR Diculik..

Peringatan untuk kita semua kaum hawa mahupun yang ada anak pompuan tu, kene la bersedia walau dengan apa cara sekalipun. No sendiri pun sll pesan pada Husna jangan percaya pada orang luar. Pak guard kat sekolah pun jangan percaya sebab kita sedia maklum kan kadang2 pak guard pun amik kesempatan juga.

Minggu lepas anak sedare No yang baru bertunang tu dah hampir kene..




Ish...naik seriau la plak...


Rabu, 23 Februari 2011

KHAS Untuk Wanita

Semalam No ada buka laman Makanan Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk Umat Islam. Biasa kan kalau isu Halal Haram tapi No terbaca pla tentang tuala wanita. No mula2 terdetik..aih! betul kah ni?




dan antara post2nya.




Sebelum ni No pernah gak cuba yang lam tenet yg kononya boleh kurangkan risiko barah serviks..tp hasilnya No punya 'tut' kemerah2an dan gatal..xsesuai!..pastu No dh try pek herba apa tu shusen ke apa..sama juga hasilnya..yg CNI ok tp mahal loo..lagipun No skang sket2 je kua..pakai pantyliner pun ok dan masih setia pada Kotex..


Namun..




Persoalannya....adakah igauan mimpi ngeri ni BETUL?????

Selasa, 22 Februari 2011

ALHAMDULILLAH, Syukur...Bob Lokman Berhijrah..

Anda kenal Bob Lokman?..Ala yang cipta lagu ISABELLA-Search tu..Aaaaa, ingat kan?.. Tak ingat gak?..ala yang jadi juri time Raja Lawak Musim Ke4 tu..nah...br ingat kan.. Bagi yang tiada astro tu ni No sertakan sekali...


"...takut banyak sangat ketawa nantikan...cepat pulak pegi nantikan..."

 Hayatilah kata2 beliau ni...

Mula2 skl no tau pasal Bob Lokman ini adalah melalui fb Ahmad Fetri Yahya yang memaklumkan wujdnya blog DEMI ALLAH

Bila No buka baru 1entri sahaja yang beliau catat dan hanya 1follower shj yang tertera. Tanpa berlengah No terus menjadi follower ke2 beliau. Dan No juga la orang yang ke2 meninggalkan komen dalam entri pertama juga bertajuk Demi Allah. Namun tidak bbrp lama beliau telah memansuhkan semua follower beliau. Mungkin beliau bukan mengejar follower yang ramai, cukup la sekadar pembaca setia yang membaca hasil nukilan beliau. Dan nampaknya memang ramai yang menyokong beliau...tahniah..


Anda perasan tak sejak kebelakangan ni beliau sering melakonkan watak2 dakwah/ustaz. Pernah menonton drama Cinta Tikar Sejadah? Heronya Farid Kamil dan heroin lupa nama tp dari Gadis Melayu..berwajah manja ala2 Dato' Siti gitu.

Cerita terbaru minggu lepas..No lupa tajuk tapi mengisahkan seorang Ustaz (lakonan Fauzi Nawawi) yang telah mengubah anak2 didiknya hingga menjadi insan berguna. Juga tidak menggalakkan kita memanggil nama anak2 dengan panggilan pendek. Klo MUHAMAD wajib di panggil MUHAMAD bukan MAMAT (yang bermaksud 'mati' dalam bahasa Arab)..

Alhamdulillah..beliau telah mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH SWT untuk menegakkan syiar Islam. No harap lepas ni beliau akan terus mengembangkan dakwah beliau di dalam karya2 beliau akan datang..

p/s
No takde maksud mn2 parti..cuma sokongan untuk beliau sbb No pun tak pernah daftar lagi huhu..pst! jangan bising2 k hehe..

JOM Join FACEBLOG

Tadi No masuk blog hany ada entri pasal faceblog ni. No berminat gak nak join..so, jom la ramai2 kita join tuk memeriahkan lagi dunia blogging ni ye..


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Berminat...joooom leee..

Jumaat, 18 Februari 2011

FARIS Test Power..

Tengah duk tengok tv tetiba Abang menjongol dari pintu lepas solat Jum'at tadi..Terkejut juga No sebab biasanya ada bunyi kereta masuk porch..

"Jom g emegency, Abe langgar cermin"..kata Abang sambil terus masuk lam umah.

"Langgar cermin?" No minta penjelasan
"Langgar sliding door masjid"..jawab Abang ringkas..
"YA ALLAH"..terus No bergegas


Abang cite lepas abis je bagi salam tetiba gedeguuuum! Tengok2 Faris dah sebelah pintu luar, cermin sliding hancur, pecah. Lebih kurang cam zombi langgo dinding tu..cuma takde la ikut tubuh si Faris nih.. Apalagi Abang angkut masuk kete la!.


Upanya si Faris ni lepas je bagi salam terus berlari keluar. Faris ni rabun kebetulan dia tak pakai spek pla jd tak perasan yang pintu tu tertutup, buka sebelah je. Lagipun dia berlari kalo berjalan just bertelur je dahi tu.


Time pegi No dan Abang serius je tapi bila masuk emegency tak leh tahan nak ketawa pla. Mana taknya, tubuh si Faris ni jenis kecik..orang kata cekeding. Macam tak cukup zat. Boleh pecah sliding door tu huhu..agak keras betul tulang dia!


"Eh, hari tu yang adik kan..ni abang dia pla.."


Uih..kenal lagi nurse tu pada No ye huhu..mana taknya..suma anak2 No pernah berjahit..ada je kejenya..cuma Husna je belum tp pernah terseliuh kes trjatuh tangga di sekolah..Abang kata ikut Mama dia jalan tak tengok kaki hahahaha...


Abang kata nak tepon pengurusan masjid tu camne..nak kene ganti terpaksa kita ganti cz dah mmg salah anak kita.


Alhamdulillah, syukur pada ALLAH Taala kerana luka2 ringan je..










SEKOLAH Oh Sekolah...

Dua hari lepas ada Husna gtau yang kawan2 dia dah dilantik semula jd Pengawas Sekolah. Drpd 5org hanya 3org dilantik termasuk Husna. 2org lagi tu lelaki, tidak disambung lantikkan sebab ada masalah disiplin dan menyalahgunakan kuasa.

Yang No nak crita ni, kenapa baru sekarang pihak sekolah melantik mereka? Mengapa tidak dari akhir tahun lepas?

Contoh macam Husna dilantik dari akhir Tahun3 (2009). Skang dh Tahun5, dah tentu la pakaian tu akan singkat kan? Ujung tahun 2010 lagi Husna mengadu baju dah singkat, kain pun macam org nak masuk lam sawah klo org trg cakap 'macam nok g ceddung'..tapi No cakap..

"Sabarla tunggu awal tahun kita beli baju baru"

Pompuan dia cepat membesar berbanding lelaki. Macam Faris, baju Tahun 1 masih muat lagi huhu..tp No belikan juga baju baru 1helai tuk bg semangat sket. Seluar tiap2 tahun kene beli sbb sll koyak kat lutut..

Alhamdulillah rezeki Husna sebab ada kawan sedekah baju anak dia 2pasang tp baju putih la. Maknanya tinggal beli baju biru (pengawas) sebab kain dah ada. Nak beli baju sekolah agama dorang jual spasang (bukan asing2) jadi terpaksa beli juga la..koman2 nak 2pasang. Spasang saiz Husna dalam 40hengget lebih gak dlu. Klo baju sekolah rendah murah pla dalam 20-30hengget spsg. Pastu boleh beli asing2.

Hari pertama Husna pakai pakaian pengawas..balik rumah dia cakap kawan2 dia yg 4org lagi tu pakai pakaian biasa..rupanya Husna terlepas dengar yang dikehendaki memakai pakaian biasa dahulu. Tapi Husna cakap ada juga pelajar yang pakai seragam pengawas.

No pun tepon guru kelas untuk kepastian dan memang begitulah yang dikehendaki pihak sekolah. Hari kedua Husna berpakaian biasa. Masuk minggu ke2, Husna balik gtau cikgu suh pakai pakaian pengawas plak. Kawan2 yang lain belum dapat keputusan lagi. Ni masuk pertengahan Febuari baru dorang dapat disahkan lantikan. 

Persoalannya, pihak sekolah tu tak pk ke yang awal tahun tu mesti dorang nak beli baju baru kan?..Lepas ni kene beli baju lain pula. Abis baju yg baru sebulan lebih pakai tu nak bagi siapa?..Lain la ada adik2 yang lain. Takpun sedekah kat masjid. Memang ada peruntukan pakaian percuma bg golongan yang kurang berkemampuan tapi kami tidak!..

Entahla, ini bergantung kepada pihak sekolah..kalu dapat GB yang boleh terima pendapat syukur Alhamdulillah TAPI........ wallahualam



Khamis, 17 Februari 2011

BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

Tadi No terjumpa lam fb artikel ni..No rasa amat sesuai untuk panduan kita sebagai kaum HAWA yang senantiasa lemah. Malahan ini pernah terjadi pada seorang kawan kepada kawan No..
BERHATI2 la ye..

>imej<


pada pada 16hb Februari 2011 pukul 8.31 pagi

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

KENE Tinggal Lagi..

Dulu No ada cite kisah Faris dan Fadhlan. Ni No nak kongsi kisah No plak.. Cite ni berlaku kira2 tahun 2002/03, No lupa dah. Time tu anak 2orang Nurul Husna dan Faris.

Suatu hari Abang nak bawak kami jalan2 keliling kampung naik moto. Time tu No duk perumahan di daerah Kuala Terengganu. Lepas kua dr pagar rumah tu ada sorang jiran sebelah rumah No duk lepak, kakAni namanya. Kami bertanya kabar la sementara Abang keluarkan moto. Atas moto, Husna duk depan tu, Abang duk tengah dan Faris duk belakang Abang.

Bila Abang keluar No pun siap2 nak naik moto. Kaki kiri pijak stand blakang sambil dua2 tangan pegang bahu Abang. Baru je nak angkat kaki kanan tetiba VRRROOOOOM........No apa lagi melompat turun la! time tu nak nangis rasanya, mata dah bergenang2. No tengok kakAni tersipu2, nak ketawa takut kesian kat No agaknya hahahaha...

No terpaku takleh nak buat apa. Nak panggil Abang pun cam kelu je lidah..kemudian dengar bunyi moto balik...terkekeh2 Abang duk atas moto tahan ketawa..hawau betul la!

"Ingat dah naik tadi.." kata Abang
"Mmmmmmm...bis tu camne tau?" balas No balik..
"Abe (Faris) cakap Abah tinggal Mama..tengok2 takde kat belakang.." sambung Abang sambil ketawa takleh tahan...

No apa lagi bagi gak la 'kepit ketam' kat pinggang tuh hahahaha...sepanjang perjalanan tu tak abis2 Abang duk reka citte itu ini..klo la No kene tinggal sungguh2 apa yg No nak buat lepas tu..

"Nape tak kejo Abang tadi?..

Saboooo je la ngan otak kartun Abang tuh..


Moto ni akibat lama tak guna sampaikan ada orang nak mintak beli...Oh No! No! No! walopon umo dh lanjut tp setakat ni tak pernah dia rosak..buat hal pun tak pernah enjin dia tu. Takat tayar bocor tu biasa la sebab lama duk area Marang dlu, lidi rim kene karat air masin. Bab enjin, Alhamdulillah, tahan betul moto ni..

Masa anak No yang Husna dan Faris masuk pra sempat gak la hantar ngan moto ni sekejap tp, bila peknenkan Farihin Abang tak bagi terus guna Bas Sekolah.

Rabu, 16 Februari 2011

BAS Sekolah

Semalam ada berita kes budak sekolah tercampak dari van sekolah haram..sedih sangat2..

Hari ni No nak kongsi citte pasal bas skolah anak2 No. Di Labuan ni van tu dorang panggil 'Bas' malah tertulis perkataan BAS SEKOLAH kat dinding tu. Bas Mini pun dorang guna van selain bas kecik yang biasa tu.

Dlu No mmg guna perkhidmatan mereka sejak Husna dan Faris skolah pra lagi. Pastu sambung ngan Farihin pla. Sejak tu dah 4buah bas No guna. Last skali tahun lepas sebab dah tak tahan sangat.

Husna dan Faris sekolah SK dan Agama naik bas A. Farihin skolah tadika naik Bas B pla. Bas A ni adalah bas persatuan maknanya kalernya mesti la oren kan. Bas B pla jenis prebet sapu, van vannete.


>imej<


Bas B dah tak dapat amik budak sekolah krn tak brani amik risiko lagi sebab kawannya dah kena kompaun. Tapi No suka kat makcik ni sebab dia baik sangat. Ngan budak2 pun tak berkira. Hari minggu buka gerai, hari sekolah hantar budak2. 


Nak tak nak kena beralih pada Bas A juga. Cuma yang No tak suka skolah 8hari skolah pun amik caj 1bulan. Masa Husna dan Faris guna Bas C dlu (pra) klo skolah 2mngu dapat caj 1/2bulan je walopun dia juga under persatuan, siap buat kad dan bil lagi. Tapi Bas A ni langsung takde!..pastu mulut makcik ni boleh tahan gak huhu.. Tahun ni 4orang anak2 No sume skolah jadi kos mestila makin bertambah kan?..


Jadi jalan terbaik Abang suh No amik lesen kete pada Disember lalu dan alhamdulillah lulus. Anak2 pun ada depan mata dengan kita sentiasa. Semua aktiviti dorang kita akan tau. Baik nak p ko-kurikulum ke, aktiviti luar ke kita yang amik dan hantar dorang. Apa2 hal yang berlaku kita boleh terus berhubung dengan pihak sekolah tanpa halangan. 


Semenjak guna kete, duit tambang yang sepatutnya kita habiskan untuk bas dah jimat kira2 RM100. Tu tak termasuk bulan cuti sekolah lagi, nanti lagi la kita jimat. Dah boleh guna untuk keperluan lain.


Cuma bab keselamatan kita tak boleh halang ketentuan Ilahi. Walau secermat mana kita dijalan raya tetapi disebabkan pengguna lain kita boleh juga mendapat kemalangan. Apa yang penting kita sentiasa beringat, berjaga2, berhati dijalan raya. Jangan lupa selawat dan berdoa semasa menaiki kenderaan. InsyALLAH...

Isnin, 14 Februari 2011

LAGI Sorang Bakal Menyusul...

Baru2 nih No ada terima berita sorang lagi anak sedare No dah betunang pd 4Feb 2011 yg lalu. Kata yang empunya badan majlis mungkin akan dilangsungkan JUN 2012. Dah kene dengan tahunnya tapi MASALAHNYA Abang hanya dapat amik tiket bermula bulan JULAI sebab bulan Julai lah Abang lapor diri kat Labuan nih...huhuhu..

Adakah ini bermakna sorang lagi anak sedara No yang No tak dapat hadir pd majlis yg penuh makna nanti!!???

Sedih? Sape yg tak sedih..sayu..sebak sume ada..Adikberadik lain sume dapat kumpul sesama bergotong royong untuk menjayakan majlis tu nanti..No? Mana No nih..takde! huhuhu 

Abang mungkin tak dapat rasa kot perasaan ni sebab anak sedara dia yg sulong duk tengah blaja lg semesta akhir..tapi nak buat camne kan..kita dah isteri kene ikut suami. Nak balik bukan dekat2..kami pula bukan jenis yang berduit berharta nak balik tiap2 tahun. Dapat balik 2tahun sekali tu pun dah bersyukur walaupun takat sampai KL je..balik Trg/Klate tambang sendiri ler..


Merpati Dua Sejoli....


Belah kiri yg pakai spek tu Abang No.


Sebahagian anak cucu Abang No..

CARA Hilangkan Bengkak

Pernah anda atau anak2 anda mengalami bengkak atau benjol?..

No pernah..yg No ingat masa form6 p Kem Bina Negara, terpele'ot dan buku lali terseliuh sket. Bengkak dan sakit jangan cerita la!..

Anak2 No pun tak lepas gak..ada je bengkak tang sana sini. Ni kes si Farihin, men lompat2 atas luggage yang tebal 1kaki tuh sekali terjatuh, dahi betul2 terhantuk atas tile..maka begini la jadinya..

tuannya still mantain haha

macam flowerhorn pun ade..aduyai

Biasa kan klo mak kita ajar dlu2, tuam dengan tuala kan..amik tuala, bernafas/hembus kuat2 pastu tuam kat sakit. Takpun cara moden tekan kat seterika panas pastu tuam haha..

Klo cara chinese plak, dia rebus telus tu sampai keras..kupas kulit kemudian golekkan kat tempat benjol tu..betul ke kakIna? Ada sorg nyonya No jmp dia bgtau cam tu..

Tapi cara yang doktor syorkan adalah dengan menuamkan ketulan ais. Amik ketulan ais bungkus lam plastik kemas2, pastu bungkus la dengan tuala pla (nnt kang meleleh plak) dan tuam kat tempat bengkak tu. Tujuannya untuk mengecutkan saluran darah. Kata doktor lagi cara mak nenek kita dlu adalah SALAH..sebab hanya akan membuka saluran darah.

Tapi sekiranya kita mengalami kekejangan otot boleh la dituamkan dengan tuala panas. Atau skang ada yg pesen baru tu..alat tuam yg dipanggil 'Bantal Panas & Tungku Elektrik'..

No tak penah guna yang ni..dlu ade jenis yg pakai tekan magnet dalam pastu dia tetiba jd panas dan keras. Nak bagi asal, rebus lam air panas hingga gelegak..

(mokno pinjam sat je syada bantal bushuk ni..)

Sabtu, 12 Februari 2011

PAK Arab Kecek Klate

Kita selalu dengar bangsa asing cakap melayu kan..waima mat bangla pun dah reti cakap kita..

"Mau baru ka lama?"

Anda pernah tak dengar Pak Arab kecek klate?..bagi yang belum sila hayati klip ni ya.. Memang No rasa hormat dan bangga pada Ust Mohamad ni..dan yang penting sapa kata pak arab tak makan BUDU hehe..