Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Sabtu, 30 April 2011

Berjumpa Setelah 19tahun Terpisah..

Orang tua ada mengatakan bahawa sekiranya mata kanan berkedip2 berhari-hari mungkin petanda ingin berjumpa orang jauh..namun sekiranya berkedip sebelah kiri mungkin petanda ada berita kurang enak didengar. Nak percaya dengan tidak terpulang lah tapi itulah yang No alami selama seminggu lebih akhir Mac lepas. Tiap2 hari berkedip sampai No tak selesa dibuatnya. No ada bagitau pada Abang tapi Abang diam membisu. Namun awal bulan April pula No menerima khabar kawan lama No ingin datang bercuti di Labuan. Gembira bukan kepalang. Ye la, mana taknya..No tinggalkan asrama semasa Tingkatan 3 lagi untuk tinggal bersama kakak No di PJ, S'ngor.

Kira-kira jam 10.20pagi mereka selamat tiba di Labuan. Dek kerana lama tak jumpa sampai terlupa No nak snap time tu. Abang pula tunggu di dalam kete. Terharu betul bila dapat jumpa balik.

Mula-mula No bawa pusing keliling pulau Labuan dan singgah di Chimney sekejap. Maklumat apa itu Chimney boleh klik di sini.

Yus dan suaminya Madi 
(sama2 belajar 1kelas di sekolah menengah akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin..amiiiiin..No je kelas lain tp 1asrama dengan mereka)

Posing sket..

hehe giliran No plak..walbulat walgette walmuke..

No juga membawa mereka ke Taman Damai (<-sila klik untuk maklumat lanjut.) Tapi No tak singgah untuk snap gambar memandangkan bahang terlalu panas time tu. Hanya sekadar tengok dari dalam kereta.

Bawa Yus dan Madi makan di Restoran Deep Sea sambil menghirup udara segar dari laut (bau air masin + minyak2 kapal huhu). Kat sini klo malam baru ada masakan panas.

Lepas makan No bawa mereka ke pasar..looo lupa lagi nak amik gambornye cz terlalu ayik membeli belah huhuhu.. Yus dan Madi ada membeli buah tangan untuk keluarga di kg.

Kemudian membawa mereka ke hotel untuk beristirehat. Malam ni No nak bawa mereka makan ketam pula hehe..jd tungguuu entri seterusnya ya..

Jumaat, 29 April 2011

Gaya Tudung Ala Irma Hasmie


Pagi tadi No singgah jap jenguk Dni. Kata adik comel kakNo ni suka tengok gaya tudung yang si Irma pakai tu. Jadi No pun teringin la nak kongsi cara pemakaiannya. Ops, sori Dni ek, kakNo copy pic ni hehe..

Sila jangan bandingkan 'Model' dibawah dengan Irma Hasmie ya..ni 'model' terlebih yis daaaa.

Mula2 pakai anak tudung kegemaran anda. 1helai selendang panjang diperlukan.

Pinkan di bawah dagu dengan selendang sebelah panjang sebelah pendek.

Pinkan bahu dan laraskan supaya selaras seperti diatas dan pinkan ditempat yang No tunjuk tu.

Susun yang sebelah panjang kemas2 dan bawa ke belakang bahu. Ambil tepi bahagian atas dan bawakan ke atas kepala. Pinkan di atas kepala.

Kemaskan dan bawa semua kain ke bahagian depan bahu. Pinkan di bahagian telinga atau di pipi. (Ikut panjang selendang dan selera anda)..

Posisi belakang.

Siap.

Keadaan panjang pendek kain di dada akan mempengaruhi hujung selendang. Kain pashmina lagi panjang No rasa tapi bagi No kurang selesa sebab ianya agak tebal dan berat.

Bagi untuk memudahkan anda yang tidak mahu menggunakan 2lapis macam No ni boleh cari tudung yang telah disediakan panjang sebelah seperti gambar dibawah. Carila jenis kain dan corak kegemaran anda ya.

 
Tudung2 ni antara hadiah orang yang tersayang..

Semak Gula Tambahan Dalam Susu Tepung Tumbesaran

Negara kita sekarang sedang hangat dengan isu pemakanan yang mengakibatkan obesiti bagi murid-murid sekolah. Semua sudah maklum dan ramai rakan kita telah memberi pandangan masing-masing dalam blog. Cuma bagi pendapat No la kan, PERANAN IBU BAPA sebenarnya yang membentuk anak-anak kita. Bukan pihak kantin mahupun penjaja luar. Cubalah anda fikir, berapa minit sangat lah mereka menghabiskan waktu rehat mereka. Paling tidak pun kira-kira 30minit je pun. Kemudian di sambung selepas waktu sekolah sementara menunggu dijemput. Tapi bab menjual jajan dan seumpamanya memang No tak setuju sangat dan No turut berterima kasih kepada kerajaan kerana telah berjaya menggempur para penjaja di luar kawasan sekolah.

Ok No takmo cite bab tu lagi sebab semua dah sedia maklum. Yang No nak kongsi ialah berapa ramai antara kita terutamannya para ibu yang menyemak kadar gula dalam susu tepung pembesaran anak-anak kita? No rasa semua dah tengok iklan Anmum kan. Jadi No pun mengambil keputusan untuk menyemaknya. Dlu No menggunakan susu tepung DUMEX/DUTCH LADY. Dan apa yang memeranjatkan No adalah hasilnya. Bagi DUMEX adalah 47% dimana setiap kali mereka minum antara 13-18 sudu teh gula tambahan. Bagi susu tepung jenama DUTCH LADY pula adalah 35% dan antara 10-14 sudu gula tambahan setiap 1gelas. YA ALLAH, selama ni memang No tak pernah tau pun. Cuma bayangkan berapa sudu teh gula tambahan dah masuk dalam perut mereka?. Paling tidak pun 4gelas dalam 1hari jadi darab la huhu..

Dengan itu No pun telah menukar jenama susu mereka. Nak beli ANMUM No memang tak mampu. Mahal ooo. Dlu masa Farihin baby No pernah memberinya ANMUM namun setelah Fadhlan membesar dan ingin minum susu tepung bersama setelah diceraikan susu badan No pun menukar susu yang lebih ekonomi sampai la baru2 ni No menggunakan jenama FERNLEAF. 

Tertera perkataan KURANG MANIS. Yang TIADA SUKROSA pun ada tapi tiada stok untuk perisa coklat.

Mesti minum 1gelas sorang selepas pulang dari sekolah.

Kita minum duluuuuuu....

Sedap kan?..

Ini la hasilnya yang No dapat. Walopon No tak mampu nak bagi yang 100% takde gula tambahan namun sekurang2nya No dah buang sebahagian daripadanya. Ini hanya untuk menilai SUSU TEPUNG TUMBESARAN/GROWING UP MILK POWDER je tau.

Bagi ibu2 yang berminat jom semak di http://www.semakgula.com.my/ anda mampu mengubahnya.

Sayangkan..kumpul2 tapi tak redeem pun. Agaknya keahlian pun dah lupus huhu..

No ada buat entri Petua Bila Nak Berhenti Botol Susu sebab No dah amal untuk Husna dan Farihin. Alhamdulillah berjaya.



Khamis, 28 April 2011

Gelagat Keluarga

Kedengaran suara gemersik anak-anak tadika menyanyi nyanyian 'Nombor' dalam bahasa Arab memecah keheningan malam di ruang tamu.

"Wahidun Satu
Ethnaini Dua
Thalatha Tiga
Arba'a Empat
Khamsa Lima
Sittatun Enam
Sab'a Tujuh
Thamania Lapan
Tiss'a Sembilan
'Ashara Sepuluuuuh"

>SUMBER<
Begitu la lebih kurang. Tak jumpa pula 'nyanyian' mereka dalam YT..ini sahaja untuk tatapan..


Di ulangi lagi rangkap tersebut berkali-kali sederas jari jemari masing-masing menconteng sehelai kertas  sambil meniarap dilantai.

Si Ibu dan Si Bapa pula sedang asyik menonton televisyen. Si Kakak dan Si Abang menelaah buku di dalam bilik masing-masing.

Tiba-tiba kedengaran suara garau Si Bapa..

"waHIDUNG Satu
waMATA Dua
waMULUT Satu
waTINGA Duaaaaaaa"

Anak3 : Salah la Bah, cikgu tak ajar macam tu la..apa la Abah niiii..
Anak4 : A'a kan, bukan macam tu..salah Abah nyanyi.. sambil mereka ketawa terkekek-kekek..
Bapa : Abis, cikgu ajar macam mana?
Anak3&4 : Menyanyi serentak seperti rangkap diatas sampai habis.
Bapa : Ooooo macam tu..dulu Abah tak belajar bahasa Arab ni jadi Abah mana pandai nak nyanyi..terang si Bapa tersengeh-sengeh.

Si Ibu pula tak tahan, ketawa sama bersama anak-anak melihat telatah Si Bapa yang memang suka mengusik anak-anaknya..

"YA ALLAH YA TUHANKU..KAU Berkatilah hidup kami sekeluarga..KAU restuilah kami sekeluarga dan KAU Rahmatilah kami sekeluarga. Izinkan kami menikmati suasana yang harmoni seperti yang kami kecapi sekarang berterusan sampai bila-bila hingga akhir hayat kami berdua...
AMIIIIIIN YA RABBILALAMINNN..

Rabu, 27 April 2011

Pemberitahuan : 1st GA For Beloved Followers Mutiara NoLan



Dah masuk 2minggu dah kita tau sapa pemenangnya kan. ALHAMDULILLAH, barang2 telah No poskan pada Khamis 21/4/2011. Dan Mama Zharfan serta Mama Amana & Arief telah maklumkan pada No yang telah selamat menerimanya pada 26/4/2011. ALHAMDULILLAH lega No mendengarnya.


Untuk makluman anda juga..salah seorang pemenang Husna-una masih belum menghubungi No walopon No dah maklumkan pada beliau. Memandangkan blognya juga tidak di update (last update 3 April 2011) maka No mengambil keputusan untuk menunggu maklum balas darinya. Mana tau beliau mengalami apa2 masalah kan. Klo di update baru kita tau bahawa beliau tidak peka pasal hal ni. Jadi No TUNGGU dan LIHAT je la. Sampai masa sekiranya PENANTIAN No sia2, No akan umum pemenang seterusnya la ya. Jadi peluang anda masih cerah.


HARAP MAKLUM..

Aksi Melampau (Bukan 18sx)

Ini antara aksi2 yang selalu Farihin dan Fadhlan buat time No duk masak.

No snap dari dalam bilik No..siap main belit2 wayar lagi hurmmm..

No snap dari dalam dapo No. Dorang panjat palang tangki air umah No..

Ni je sempat No snap sebab ikan dalam kuali, kang hangit pulak hihi.. Dorang ni pernah No 'tangkap' time Farihin naik sampai palang yang atas lagi satu tu. Berderau darah No bila tengok. Pe lagi terpekik cam tarzan la panggil "Faaariiihiiiiiiin...., turuuuuuun". Si adiknya, Fadhlan tu tak berani nak naik tinggi2.

Pernah sekali No tengok abis buah betik dia cucuk2 sampai keluar getah...mmm rosak abis buah tu huhu.. Bab patah2 kan daun tu jangan cakap la. Nasib baik skang dorang dah tak buah aktiviti mecantas pokok sebab No dah sound. Mmmmm tak berani dah nak buat lagi.

Time ni kawan dia yang jiran sebelah takde, klo tidak dia sebelah sini kawan dia sebelah sana masing2 duk bergayut sama.

Itu la kita kan sibuk2 duk dapo anak2 main entah apa2..peringatan juga kepada para ibu2 dan untuk diri No juga, sentiasa pantau la anak2 kita ya..orang kata malang tak berbau..dah terjadi menangis air mata darah sekalipun dah takde gunanya kan..

Selasa, 26 April 2011

Penangan MAHARAJA LAWAK Akhirnya


Sedang duk lepak depan tv..

"Mama, ce tepon Astro suh masukkan MUSTIKA" 
Sebab bil Astro atas nama No cuma Abang yang bayo hehe..jadi No yang kena tepon.

Dlu No pernah langgan MUSTIKA dalam 2-3x gak tapi takde cite yang best pun. Jadi kejap ON kejap OFF. 

Lepas mengurat berborak sikit sebanyak dengan en.Operator. Tutup je tepon dah boleh tengok pakej MUSTIKA. Kejap beno.. Skang No dah tak jeles2 lagi bila baca entri Hany dan Rina pasal ni Takpe la lambat sket pun kan hihi..

Hehehehe..tersenyum simpul No dibuatnya apabila usaha No telah berjaya. Mau taknya, sebelum tu No rajin mendownload siri tiap2 peserta yang No dan Abang minat lam lappy ni. Mak ai..lambat beno nak siap. Klip dalam 6-7minit tapi klo tenet buat hal 15minit sabo menanti huhu.. Pastu time tengok kena pasang tinga kuat2 cz lappy No takde speaker tambahan. Kena pula dengan si Farihin dan Fadhlan duk gelak ketawa time dorang main...aisssh, saboooonyeeeee.. Time tu tak terpk yang tv No tu boleh connect dengan lappy ni haha..wayar dia masih tersimpan dalam kotak tu, tak pernah guna pun.

No pula jenis bukan meminta2. Entah la, rugi kan? Tapi rasa tak sampai hati nak minta itu ini. Cukupla anak2 yang minta2 kat bapak dia. Kadang2 bila berkenan tapi barang tu agak mahal sket No pendam je. Klo nak juga kumpul duit sendiri. Tapi bila Abang bagi No amik je..lagi RUGI klo tak amik hehe.. 

Kat Labuan ni klo kita tak pasang Astro maknanya kita tak dapat tengok tv la jawabnya..kejam kan? Mula2 No sampai sini dalam Julai 2004, barangan dan perabot 3minggu baru sampai sini dari KL. Jadi mana yang kecik2 tu No beli la..macam tv ada kawan bagi pinjam, nak beli kita dah ada kan membazir pula. Kenangan mula2 tengok tv hanya dapat siaran Brunei dan TV1&TV2 sahaja. Tapi bila sampai tv No tak dapat nak cari channel baik auto mahupun manual. Dalam 3bulan juga la tak tahu perkembangan dunia hehe. Kemudian nak tak nak terpaksa la langgan Astro. Ingat lagi time tu caj pemasangan RM 199.

Cuma No rasa tak berbaloi la sekarang sebab kita bayar mahal2 tapi iklan sama naik. Harap ada pihak perlu tanggani segera. Tambahan sekarang kami dikenakan caj 6% untuk gov tax. Klo boleh dah bayar mahal2 iklan2 tu tak perlu la ya..baru la BERBALOOOOI..

Isnin, 25 April 2011

Sempena Pesta Air-Labuan

Semalam berakhirnya Labuan International Sea Challenge 2011 yang berlangsung selama 3hari dari 22-24 April 2011. No hanya pergi pada hari terakhir je. KENAPA? Sebabnya nak tengok ikan2 beso hasil tangkapan peserta yang masuk pertandingan Labuan International Game Fishing Tournament 2011 dari 18-24 April 2011.

(Dengar cerita Black dan Mas Idayu ada datang tp kami tak keluar malam semalam. Malam tadi pun Stacy datang buat persembahan dan kami pun tak pergi juga. Abang tak minat hehe..)

Dari jam 8.30pagi kami dah keluar sebabnya Abang kena jaga tapak pameran. Time tu orang tak ramai lagi dan ikan2 pun baru je sampai.

Antara ikan2 yang pertama sampai..

Sesi menimbang berat ikan..beso kan?

Kira jangan tak kira bang..

Antara ikan yang amat besar. Klo berminat boleh beli ya. Mana yang peti ais besar tu takde masalah hehe.. Yang pastinya bau ikan masih segar time ni.

Juaranya ialah....mmm tak tau pla sapa. Tapi ini ikan yang PALING BESAR dan PALING BERAT..

Acara memancing pesisir pantai

Jenuh mencari rupanya dia p sini huhu..

dengan kakYah

Melawat tapak projek sat

Tengok pada hasil tangkapan ikan2 tu nampaknya tahun ni agak kurang menggalakkan. Mungkin kurang promosi tahun yang menyebabkan kurang penyertaan dari negara luar.

Anda boleh lihat juga dalam entri Ikan Beso untuk tahun 2010.

Jumaat, 22 April 2011

Syukur ALHAMDULILLAH

Dengan lafaz ALHAMDULILLAH, syukur padaMu YA ALLAH kerana pada Hari Jumaat, penghulu segala hari..kami dikurniakan rezeki dariMu YA ALLAH. Anakanda Nurul Husna Binti Ruslan telah berjaya merangkul JOHAN TILAWAH AL-QURAN (P) bagi Sekolah Rendah. Dan secara langsung telah mengharumkan nama SK Kerupang WP. Labuan serta akan mewakili Labuan untuk pertandingan yang akan di adakan di P. Pinang Mei nanti.

Justeru itu No nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Nawawi Injil yang tidak jemu2 mendidik Husna. Juga tidak lupa kepada semua Ustazah yang terlibat. TERIMA KASIH dan semoga jasa baik kalian akan diberkati ALLAH SWT serta semoga dilimpahi rezeki hendakNYA..amin

Terima kasih juga kepada rakan2 kerana turut mendoakan agar Husna berjaya secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ALLAH SWT merahmati anda sekalian serta juga dilimpahi rezeki hendakNYA.. amin..

SK Kerupang turut merangkul Sekolah Rendah Terbaik. Tahniah.

Wajah gembira

tumpang glemer je hihi

time ni No gementar sangat..jd terblur la hasilnya..

SM SAINS-Sekolah Menengah Terbaik

SK Kerupang-Sekolah Rendah Terbaik bersama warga pendidik




Segmen Blog Review Pak Cek Biola

Terima kasih kepada Ija kerana sudi TAG kakNo. Ok sebagai penghargaan dan sokongan No sengan hati terbuka nak join segmen ni.



Pak Cek Biola nak tahu warna kegemaran No. Hurmmmmm No pun agak terkeliru klo bab ni sebab dari sekolah rendah sampai sekarang klo tanya warna kegemaran No akan tulis BIRU. Padahal No suka semua warna yang cantik2. Orang kata tak tetap pendirian hehe.. Tapi yang paling penting kombinasi warna tu LEMBUT dan SEJUK je mata memandang.

Kemudian apa yang akan No buat klo dapat RM1juta. Beri 3 benda utama.
1) Bayo semua hutang2-bestnyeeee klo lepas dr semua ni kan??? rumah kete uhhh
2) Buat Umrah dan Haji bersama Abang, Ma dan Ayoh
3) Abang benti keje kita buka bisness ya Bang..(mmg hajat Abang puuuun)

Tarikh Tutup
Sabtu 23/4/2011 jam 11.59mlm

Khamis, 21 April 2011

Temankan Kakak

Hari ni takde dah nak tayang2 resepi dah hehe..nak bual2 kosong je pla..oh ya, nanti No carikan maklumat pasal seafood kat sini murah ke mahal ye sebab Daddy Ziyyad berminat nak tahu. Biasa No p pasar Isnin/Selasa untuk cari bahan basah. Yang pasti seafood sini memang segar cuma klo musim murah memang murah sangat tapi klo takde musim kena sabar je la nampaknya.

Berbalik No nak kongsi hari ni..pagi tadi No temankan Husna. Hari ni Husna ada Pertandingan Tilawah mewakili sekolahnya di SK Patau-Patau. Cerita ada dalam entri Terima Kasih Sayang. Jadi No pergi la tanda sokongan seorang Ibu pada Husna. (Husna pergi dlu dengan ustazahnya bersama peserta acara lain.) No sampai agak lambat sket kira2 jam 9.20pagi sebab terlupa jalan. Maklum la No ni jenis tak ingat jalan. Masa Abang bawa kita duk 'makan angin' je seblah tu. Dan No juga jangan nak pandai2 ajak p cari jalan..jawabnya sesat la awak hehe..

Bermula dengan tersalah lorong terpaksa shortcut sebab nak u-turn tu jauh sangat..naik bukit yang tersilap gear..No guna gear 2 naik bukit ala2 50darjah (agaknya la tp mmg tinggiiiii dan curam sangat)...nak tukar gear 3 tetiba mati..apa lagi gostan la kete tu..cepat2 tekan handbreak..sket lagi nak masuk cerun..kete bertentangan dah panjang menunggu sebab jalan tu sempit sangat (jalan kampung)..kebetulan ada Uncle (jiran No) nak lalu jadi dia mintak tolong staffnya naikkan kete sampai kat atas...jalan kaki menonggeng2 la No jawabnya..tersengih2 orang dalam kete..No pun terkulat2 senyum manis kat dorang haha..No rasa ada la dalam 6-7buah duk nunggu..TAUBAT dah No takmo dah naik bukit tu sensorang. Baru 4bulan dapat lesen kete nak tunjuk pandai dah kononnya haha..

Akhirnya jumpa juga sek tu setelah bertanya kabar orang kampung. Husna giliran ke16 jadi kira2 jam 10.15pagi gilirannya. Alhamdulillah Husna dapat membaca dengan lancar dan suaranya agak jelas. No rasa ada peningkatan sket dari tahun lepas sebab tahun lepas suara agak kementar..1st time la katakan. Cuma No tak pasti tang Tajwid tu (No masih naif lagi bab2 tu)..No harap Husna dapat tumpu dan ingat apa yang Ustaz dan Ustazahnya ajar. Jadi No tidak meletakkan harapan yang tinggi sebab pesertanya pun hebat2 belaka. InsyALLAH ada rezeki..adalah la tu. Klo takde, kita cuba lagi tahun hadapan..InsyALLAH

Ruang kelas yang dijadikan tempat majlis. Ni antara perserta yang hadir seramai 16orang. Sorang tarik diri.

Mak budak tumpang glemer..satu2nya Ibu yang hadir. Yang kelakonya kawan Husna ingatkan Ustazah haha..

Testing Testing..

Penjaga Masa dan Juruacara.

Esok petang keputusan akan diumumkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara jadi No akan bawa Husna kesana. Apa2 pun debaran tetap No rasa. 

Rabu, 20 April 2011

Kari Pekat Udang Ala Che'No

Minggu ni No tayang resepi masakan la pla..No pun bukannya pandai sangat bab masak memasak ni..takat untuk bagi keluarga makan hasil air tangan seorang Isteri dan Ibu..alhamdulillah boleh la..takat nak kongsi2 tu No tak kisah klo anda nak cuba ya..

Kali ni No nak kongsi resepi ala2 malas No pula. Tadi No p jenguk blog CMG nak cari idea masakan udang. Balik2 yang sama boring gak kan. Jadi No terjumpa resepi Kari Udang Kapitan. Naik meleleh gak tengok hasil air tangan abangMat kita ni tapi hurmmm, banyak senarai bahan2 tu takde dalam simpanan No maka jadilah serupa dibawah ni..

Jom tengok apa No taruk hehe..

BAHAN
1/2kg Udang Pasir-bersihkan, buang saraf belakang
1/2labu bawang besar bombay-blend*
3ulas bawang putih-blend*
1/2inci halia-blend*
3sudu serbuk kari Adabi (baru) - peskan bersama *
100ml susu sejat (ganti santan)
3buji ubi kentang-belah 4
1tangkai daun kari
1keping asam gelugur
garam dan gula secukupnya

REMPAH KASAR
1/2batang kayu manis
2biji buah pelaga
2kuntum bunga lawang
4tangkai cengkih

CARA
1) Tumiskan daun kari dan rempah kasar hingga naik bau kemudian masukkan pes bersama asam gelugur.
2) Masak hingga pes betul2 masak. Nak tau camne, pes tersebut akan pecah minyak. Jangan lupa selalu kacau, kang hangus pla huhu..
3) Masukkan susu sejat bersama ubi kentang hingga ubi empuk.
4) Masukkan udang, gula dan garam secukup rasa.
5) Kira2 5minit..masakan anda siap untuk dihidang.

Nah, senang je kan?..selamat mencuba ya..Oh ya, resepi ni amat sesuai untuk yang baru2 nak belajar memasak sebab yang No ni asas je tau..yang dah pakar tu jangan la ketawakan No pula..malu la No hihi. No ni tak kisah, asal suami dan anak2 suka No lagi la SUKA..

SELAMAT MENCUBA..

Ketam ButterMilk

resepi sama macam Udang Buttermilk

BAHAN
Ketam (bersihkan, potong 2 dan dikukus dahulu)
3-4 ulas bawang putih diketuk/cincang
2sudu besar mentega (No guna marjerin sbb takde stok)
1 biji telur (dipecahkan dan dikacau biar sebati, tak perlu kembang)
1 tangkai daun kari
3-4 tangkai cili Taiwan - ikut kepedasan masing2 (rujuk sini)
1cawan susu sejat
garam dan gula secukup rasa

CARA
1) Panaskan mentega (marjerin), tumis daun kari,bawang putih dan cili hingga naik bau.
2) Masukkan telur sedikit2 sambil dikacau2 hingga habis.
3) Masukkan susu dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Last sekali baru masukkan ketam sambil dikaup balik. Siap

Alkisahnya semalam p pasar nak cari keperluan basah, terliur la bila tengok Si Sepit ni. No pun amik la sebab Farihin duk minta nak makan ketam pula lepas puas makan udang.


Memang besar betul yang ni..

Tengok, kaki dia dah sama besar dengan jari kelingking No..

Harga semasa RM13/kg. 3ekor ni lebih 1kg. Tengok keadaan, klo musim ketam boleh dapat bawah rm5-8/kg tau tp jarang sangat dan saiz agak kecil. Seingat No ada la 2-3x terserempak dengan ketam yg murah2 sepanjang 7tahun di sini. Rata2 antara rm10-15/kg je.