Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 30 Mei 2011

Jawab Komen Anda

Entri Nor hanya membalas komen2 anda ya..ada masa No cerita lagi..

SOALAN

JAWAPAN

DD ni buat2 lupa la plak hehe..No kan duk PULAU Labuan, nak ke Tanah Besar terpaksala naik FERI huhu..Kinarut tu terletak kawasan PAPAR, SABAH. Sila lihat PETA hehe..Naik Feri kira2 1jam 30minit sampai di Pelabuhan Menumbok, Sabah. Ke Papar kira 1jam lebih la juga.

SOALAN

JAWAPAN
No sempat ke bandar Kota Kinabalu (KK) sementara tunggu Feri balik pada 29Mei jam 9malam. Dah hasilnya Sony Ericcsoon X8 lagi MURAH di KK hampir 1ratus ringgit TAPI NOKIA C3 lagi MURAH di labuan kerana di KK walopon beza harga RM30 tapi tiada memori kad. Di Labuan complete set.

SOALAN

JAWAPAN
Dan balik sekejap kak, basuh baju mana yang perlu...huhuhu bukan setakat penat kak tapi dengan badan No yang tak sihat ni memang kena SABOOOOOO... Nanti 1-5jun kami pergi bercuti hingga ke SANDAKAN sebab balik ni pun amik Husna. Dia sampai malam ni dari PP. Takde rezeki kak..hanya saguhati. Takpe la kak, kita amik ilmu dulu dari dorang kan. Cuba lagi tahun depan insyALLAH..


Labuan RM4.90..berapa di semenanjung??.

Hari Keluarga Di Bornoe Paradise, Kinarut SABAH

Jam 6.30 pagi dh kua rumah..feri jam 7.30 tp jam 8.30 baru jalan.
penuh dek..

Lepak kat bumbung..
tapi 10minit perjalan kami masuk dalam kereta..panas oooo
Seat pla FULL oyoyoooo..

bilik mengadap pool

Lunch time..boleh la sebab menu bukan selera pantai timo hehe

Satu2nya sup isi ketam yang No suka..

Kaum kerabat yang hadir

Ibu2 glemer hehe..

Setakat ni servis di sana ok tp bab makan tu, pakai telan je takut lapo..huhuhu...tak kena selera looooo..

Sabtu, 28 Mei 2011

Bercuti

Hari ni No akan pergi bercuti ke Sabah dari 28-29hb Mei untuk family day opeh Abang. Kemudian balik Labuan 29 Mei untuk mengambil Husna yang akan pulang ke Labuan dari Pulau Pinang pada 30 Mei. 1 Jun No akan kembali ke Sabah hingga 5 Jun...YA BEDA BEDOOOOOO (demam2 pom semangat lagi nak olidey hehe)


Destinasi pertama No adalah di Putatan, Papar, Sabah. Trip kedua pula klo di izinkan cuaca yang baik insyALLAH No akan sampai ke Sandakan, Sabah. InsyALLAH. Doakan semoga perjalanan No selamat ya.



Dengan ini No juga mungkin akan bercuti dari dunia maya sekejap. Klo masih berminat nak baca, sila la ke N3 lama No ya yang masih belum anda baca.

Semoga kita berjumpa lagi dengan izin ALLAH SWT...amiiiin..

Jumaat, 27 Mei 2011

Dapat Tepon Baru Tapi Lama

Sapa faham tajuk di atas tu?..Ya, No pasti sume dapat agak kan. Makna yang 2nd hand la tu hehe..

Semalam Abang beli dengan kawan dia brand Sony EricLeong Ericsson. Asalnya kawan tu tukar line dari prepaid ke postpaid dapat la harga murah bulan 12/2011 lalu dari 8ratus lebih dia dapat 5ratus lebih. Kemudian dia tak nampak huruf nak guna lebih2 lagi guna screentouch. Maklumla dah berumo, mata pun kurang nampak di skrin tu jadi Abang amik beli la dapat la rm440. Skang yang baru harga pasaran Labuan 5ratus lebih.

SONY ERICSSON XPERIA X8
-Gambar tak sempat ambik lagi-

Jangan terpedaya..ini CAP AYAM hehe..

Hasil gambar dari tepon CAP AYAM atas tu

Hasil dari Nokia 6070

Hasil dari Nokia 2630


Takpe la 2nd hand pun..janji masih elok macam BARU ye tak..

Tapi bagi No yang penting dapat buat panggilan dan ato sms dh cukup. Lagi pun tepon tu time nak guna je baru cari haha.. kadang2 tak tau duk mana kena misscall dengar. Maklum skang nak buat video call lagi senang guna YM ke webchat fb ke kan?..Gambo lagi beso hehe..

Khamis, 26 Mei 2011

Semoga Berjaya Anakku-Buat Yang Terbaik

Itulah kata2 yang mampu No iringkan semasa keberangkatan Husna ke Pulau Pinang hari ni. 

Selepas solat subuh Husna memperdengarkan 5surah  dihadapan Abang. (Tapi akan dicabut undi hanya 1surah yang perlu dibaca semasa tilawah nanti). Abang mengangguk akur. Kata2 nasihat dan semangat tidak lekang dibibir Abang. No pula membuat persiapan terakhir kalau2 ada barang yang masih tertinggal.

Sepanjang perjalanan menghantar Husna ke Lapangan Terbang Labuan, penuh dengan 'sesi taklimat' dari Abang. Ye la, kan tu anak perempuan kami, sekurang2nya Husna pandai menjaga diri nanti pabila ditempat orang. Jam 8.15pagi kami dah sampai. Penerbangan sebenarnya jam 10.40pagi tapi untuk proses terakhir maka semua diharap dapat berkumpul awal.

Sedih juga bila terpaksa berpisah sekejap walopon sekadar 5hari iaitu 26-30Mei. Apa yang pasti semua anak2 kelihatan girang tetapi para ibubapa yang terlebih risau.

Doa kami sebagai ibubapa semoga sepanjang perjalanan akan dipermudahkan segala urusan dan diberkati, direstui serta diredhai ALLAH SWT...semoga kalian selamat sampai ke destinasi. Amin.

Cek jangan tak cek ye Ustazah...

Peserta MTQSS Peringkat Kebangsaan mewakili Labuan.

Ibubapa pun nak tumpang sekaki

Selamat Jalan semua..semoga semua selamat...amin..
Fazz ada tanya dlu sama ada No p skali ke tak. KakNo tak p la sayang. Tapi kalo duk semenanjung harus kami p sana tu, boleh jumpa ngan Fazz kan.

Bagi yang belum tahu situasi sebenar sila ke sini ;

Harapan tidak la setinggi mana sebab No dah tengok persembahan dari semenanjung yang memang lebih hebat. Mereka mampu bertilawah tanpa melihat Al-Quran (Hafaz). Alhamdulillah, anak2 seagama kita sudah maju kehadapan. Apa yang No harapkan Husna mendapat pengalaman yang amat bernilai untuk panduan di masa hadapan.

Rabu, 25 Mei 2011

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan

Semua orang suka dengar radio bukan?. YA, termasuk No juga. Bak kata tanpa radio sunyi la rumah kita. Apatah lagi semasa kita berkesorangan, anak2 semua pergi sekolah. 


Masa No kecik2 dlu selalu dengar RADIO MUZIK time malam. Kemudian bila ERA masuk Pantai Timur duk selang seli dengar. Setakat ni sejak duk Labuan No hanya pendengar setia THR GEGAR PANTAI TIMUR. Kenapa? Mungkin naluri No sebagai warga Pantai Timur kot. Ye la, No kan sekarang di LABUAN yang terpisah dek Laut China Selatan. Sekurang2nya bila mendengar siaran dari radio tersebut 'terubat' sket hati No ni. Kebanyakan pemanggil pun dari Pantai Timur.

Di Labuan klo nak dengar kena ada Astro melalui saluran C863. Klo internet boleh dengar di sini Gegar.thr.fm/Capsule. Laman web pula boleh lawati Gegar.thr.fm. No pernah dengar Sinar.fm, Era.fm, Musik.fm tapi 'tak sampai' dalam hati rasanya. Di THR ni dj2 sentiasa mengudarakan lagu2 rakyat dari pelbagai negeri bukan dari pantai timur saja tau selain lagu popular semasa dan terkini.
Terima kasih kepada semua DJ kerana anda memang HEBAT kerana tahu selera pendengar.

Lagu yang tengah No dan Abang suka skang merupakan lagu saduran dari filem Tamil era 60an kot (klo silap sory ek)..telah di tukar lirik ikut dialek KLATE hehe..

JADI NO TUJUKAN LAGU NI KEPADA ANDA SEMUA SEBAB ANDA MEMANG LAWA..


Lawa lava lawa - 

Aris Kappila + Jemy Intan Berlian


Sebut kato lawa sremo ore lawa
Kawe pom lawa demo pom lawa
Demo tengok molek yo lo ko dop kawe lawa
Kalu tilik tengok mmmm memey demo lawa

Adik Wani lawa Rosalinda lawa
Zaidi pom lawa Maheran pom lawa
Roy Kapilla geletek geletek gelenyar gelenyar
Kito duo ni pom lawa lawa lawa

Nok buat lagu keno cari studio lawa
Nok suting gamba keno buat lawa lawa
Kalu tubik tb tengok gambo tidop lawa
Ore toksey beli pendek kato tokley jua

Kalu nok wat CD jange buat ala kada
Tokey jadi rugi hok lawa tidok lawa

Sebut kato lawa sremo ore lawa
Kawe pom lawa demo pom lawa
Demo tengok molek yo lo dop kawe lawa
Kalu tilik tengok mmmm memey lawa

Adik Wani lawa Rosalinda lawa
Zaidi pom lawa Maheran pom lawa
Roy Kapilla geletek geletek gelenyar gelenyar
Kito duo ni pom lawa lawa lawa

Nok cari bini keno cari lawa lawa
Kawe raso demo sendiri toksey hok dop lawa
Bukey stakat bini yo nok cari hok lawa lawa
Sremo keto muto lembu biring pom nok lawa

Anok mudo lenim pom banyok hok lawa lawa
Ado jugop prasey hok duk kato dio lawa

Buko keda makey keno cari playey lawa
Baru sedak bincey beley beley tengok bola
Kito nok g makey keno paka lawa lawa
Kito malu kokrey playey toksir mari bual

Kalu keda makey cari playey hok dop lawa
Jadi takdop ore bengkrap tutup keda

Jate pom lawa tino pom lawa
Kalu sremo lawa tohok mano hok dop lawa
Sremo manusio nim minat lawa lawa
Kalu hok dop comey ore panggil tidop lawa

NOTA : harap2 betul la lirik2 ni deh..kalu ada silap saloh mintop maah banyok2..

Saluran radio mana yang menjadi PILIHAN anda??

Selasa, 24 Mei 2011

Kerasnye Bendi Kau...

Pagi tadi No beli 1pek bendi kat kedai runcit dengan harga rm1/8batang. Ok la sebab skang barangan pun makin mahal. Klo nak murah sendiri tanam la. Nak pilih2 tengok dia siap dah pek kemas2. Jadi main pilih camtu je la sebab nampak semuanya sama je. Balik rumah time nak masak No patahkan la hujung dia tu. Mak aaaaai..dalam 8batang tu hanya 1batang je yang rapuh. Yang lain semuanya liat. Ok la takpe, dah beli malas nak p kedai tu balik jadi No pun masak la kot2 dia nak empuk kan..

Tapi tak jugak.....
Ni la rupenye..last2 No kepah2 pastu buang hampas..

No ingat nak suh pihak berkenaan p 'risik2' kedai tu hehe...ikuti rakaman perbualan No dengan pihak berkenaan..


Hurmmmm..pilihan tetap ditangan PENGGUNA..

Oh ya, dlu ada No tanam Ulam Raja tau. Anda pernah makan tak?... Uiiii, sedap tau. Ni pun 1kes, biasa yang No beli kat pasar Abang cakap sumenya dah tua. Yang ujong2 (pucuk) je boleh makan. Hai, yang itu tua yang ini liat..nampaknya kena sendiri tanam la yek.

Kes lain pla, No terbeli kelapa yang siap di bungkus. Balik rumah masam. Rupanya yang tak abis semalam dia jual balik setelah disimpan dalam peti sejuk semalaman..

Biji benih ulam raja yang No tanam pada 1 Mei 2011


Hari ni hanya setinggi kira2 3inci barunya...sabooooooo



No tanam situ la (dalam kawasan merah) supaya senang untuk kegunaan No dan jiran nanti. Yela, kalo jiran baik dengan kita, kita pun kena la berbudi juga..ye tak??

Dulu dikawasan yang sama No tanam Kacang Botor. Kira2 4bulan kemudian No dapat hasilnya tapi hanya 4batang je elok. Yang lain kesemuanya bunga dia mati dek semut. Ala, semut yang buat benda putih2 tu. Lepas No tebas semuanya barula No tau RAHSIA RACUN SERANGGA. Kita hanya perlu semburkan campuran DETERGENT+AIR atau PENCUCI PINGGAN+AIR. No dah buat untuk pokok jambu batu No dan benda putih tu terus takde. Ye la, kita duk jemur kain bawah tu, dia siap main terbang2 huhuhu...

PESANAN PENAJA
Sila buat aduan kepada peruncit bila kita mendapati mereka menjual barangan yang tidak bermutu. Klo boleh minta gantirugi..mmmm No pun berkira2 nak tuntut balik la SINGGIT tu..eh, SINGGIT tu duit kita gak tau..jangan ingat SINGGIT tu takde nilai hehe..koman2 mana tau dia bagi barang yang sama nilai ke kan?? Siapa tau. 

Tapi memang Abang suh No p bagitau peruncit tu sebab dia main ambik je yang orang letak. Agaknya klo No letak daun lalang pun ON je kot haha..janji orang beli dia dapat komisen.

Isnin, 23 Mei 2011

Terima Kasih Team Radiusite

Selamat bertemu kembali No ucapkan setelah beberapa hari 'menyepi'. Biasalah kan kita kejap sihat kejap kurang sihat. Apa yang penting jangan jemu2 mengucap SYUKUR ke hadrat Ilahi kerana kita masih bernafas hari ini..SYUKUR ALHAMDULILLAH.

No nak kongsi dengan anda semua tentang inner keluaran Radiusite. No ni hantu betul la dengan inner ni. Dah banyak helai No buat koleksi dari yang paling murah rm5 hingga la yang ni. Terbaru, Rabu 18/5/2011 No telah membuat tempahan. Khamis 19/5/2011 No bank-in dan Sabtu 21/5/2011 No telah selamat menerima tempahan No. Alhamdulillah No amat berpuas hati dengan pihak Radiusite yang amat menghargai pelanggannya. TERIMA KASIH sekali lagi.

Apa yang No nak tekankan disini ialah inner ini amat selesa dan sejuk apabila dipakai. Bahagian depannya juga tidak BULAT dan tidak melekap pada muka kita. Hujungnya juga berbucu tajam. Maklumlah, muka No kan bulat hihi..Ianya juga amat sesuai apabila memakai tudung/selendang yang jarang dimana akan menutup leher kita.

No kongsikan bersama anda..



Bagi kod NED1 No perlu memasukan inner ke dalam baju tetapi yang lain tidak perlu.

Oh ya..adakah ANDA KREATIF???? Jika YA dan berminat untuk mencipa LOGO & TAGLINE Radiusite yang simple dan tapi BEST..(malangnya No jenis tak kreatif leee)..sila ke Tagline & Logo Contest SEBAB HADIAHNYA AMAT MENARIK dan LUMAYAAAAAN sekali...bestnye klo No kreatif huhu dan No terlepas peluang untuk contest MY BIRTHDAY GA..rupanya ada contest..tu la sapa suh menyepi lama sangat hehe.

Namun demi penghargaan No tentang produk Radiusite No tetap buat entri ni. 
SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA KALIAN DIMURAHKAN REZEKI

Jumaat, 20 Mei 2011

Kecewa Dengan Salma Mentor

Sapa minat MENTOR??? No ni pun bukannya minat sangat. Orang kata ada tengok takde pun takpe. AF??..lagiiiiii la tak minat. Tambahan skang yang MEMANG KURENG.. Seksi je lebih mengalahkan bakat. Orang kata macam lauk takde garam dan gula. Seingat2 No yang paling tak lepas peluang adalah time musim tsuMAWI dulu tapi takde la nak vote sana sini hehe..

Ops, bukan nak citte pasal AF tapi pasal MENTOR minggu lepas. Kebetulan Abang pasang tengok No pun melangut la tumpang sekaki. Sekali time protoge Erra Fazira yang nama Salma tu kan (pandai ya kak Erra kita cari 'market' hihi)..nyanyi lagu dari Safura-Sedalam Mana Cintamu. No yang tengah mamai terus semangat. Apa taknya tu lagu kegemaran No dan No juga adalah peminat kak Pora tau.

Sekali...hurrrrmmmmmm...tak masyuk kedalam hati kakNo la dik Salma oooi..macam terlebih rempah la plak termasuk babak drama tu huhuhu..


Bila Dato' Ramli MS Salma salah pilih lagu tu mungkin ada betul juga bagi No. Nampak macam ter'paksa' je Salma nyanyi bukan dari hatinya. Sebab betul2 tak menusuk di kalbu la dik. TAPI No tak nafikan yang Salma ni mempunyai suara yang power dan mantap serta tak mustahil bakal JUARA MENTOR (yang ke berapa dah ek???). Biasala kan satu2 peserta dari Borneo. Apa2 pun kita tungguuuuuu.. Peminat SALMA jangan marah No pla ek..ni ikhlas dari hati No ni..

Jom kita hayati lagu yang betul2 ORI dari kakPora kita nih...No betul2 rindukan suara akak la. Ada kaset pun tali dah haus. Maklumla dari zaman anak dara lagi tu No beli. Skang tinggal kulit je. Ni pun No sayang sangat takut koyak. Nampaknya kena cari yang baru ni. Harap2 masih ada.

Klo jumpa kakPora No nak minta autograf boley??




Suara husky kakPora ni betul2 'merobek' hati No. Berdenyut jantung dibuatnya huh..klo tengah frust leh meleleh gak ni waaaaaaa... Lakonan pun bagus dan No tetap sokong walopon pelbagai krisis dan kontroversi telah melanda kakPora.

Kenapa Nyamuk Suka Hisap Darah Kita?..

>imej<

Pernah tak anda tido dengan pasangan anda tapi anda sorang je kena gigit nyamuk? No pernah. Abis berbintat2 dibuatnya tapi Abang takde puuun..Abang kata..

"Abang dah bomoh nyamuk tu jangan gigit Abang"..haha sempat lagi melawak.

 Anda nak tau kenapa?

Ini adalah disebakan badan kita ni jenis berasid. Nyamuk memang suka darah yang berasid tau, jangan tak tau. Sepatutmya badan kita beralkali. Berasid maknanya badan tu tak sihat la, penuh dengan toksin dan radikal bebas. Bila badan dah berasid ni mudah la terkena gastrik dan migrain. No memang selalu mengalami gastrik yang teruk. Bak kata gastrik dan migrain mcm adik beradik dah huhu..
tak nampak nak baca?..sila klik ya..
Ahad lepas No p stokis DXN sebab nak amal cara herba pula. Malas dan nak makan caffox + postan tiap kali sakit. Hampir tiap2 minggu pla tu. Kemudian amik supplements untuk Ma dan Ayoh pla. Dah beli suppliment No baru teringat nak suh dia cek.

Mula2 cek tekanan darah..mmm rendah la plak 102/73. No mmg jenis turun dan stabil, bila pening maknanya tekanan turun la tu. Denyutan jantung pula tidk stabil sbb lambat nak pam darah. Katanya sebab injap tak stabil la mudah nak dapat sakit kepala.

Yang kedua dengan kedua tangan No di letakkan atas sejenis alat berbentuk macam speaker -bulat. Tujuan nak tau sejauh mana sel kita hidup. No sampai paras siku baru terasa arus tu mengalir, tahap 6. Abang pula tahap7.5. Kalo sel kita sangat baik..letak tapak tangan tu terus rasa.

Ketiga pula dengan mengguna batang berbentuk pen mengandungi arus elektrik. Dia akan menekan titik2 tertentu di tapak tangan dan hasilnya..
1) Injap jantung memang agak lemah- mmg No sll sakit2 dada
2) Badan berasid - patut la sll gigit nyamuk
3) Usus kotor
4) Buah pinggang bermasalah
5) Badan kurang air - mmg pun sbb No kurang minum air huhu..


Yang no4 tu kan No pernah buat entri Urine Test Ada???? , Lain Doktor Lain Penyakit dan Diary 10 Mac 2011. Hasil test darah hari tu semuanya normal pla kecuali dia tak test untuk glucose, serum lipid dan cardiac enzyme.


No tanya tu batu karang ke? Dia kata BUKAN..sebenarnya sejenis 'kapur' yang tidak larut dan tidak terbuang selepas proses perkumuhan.


No kena amal selama seminggu kemudian p cek lagi nak tengok perkembangan.


Supplements No dan Abang.
Abang makan Ok tak de kesan apa2 tapi No sedang bertarung dengan sakit kepala yang menyucuk2 hasil kesan ubat. Jangan makan makan apa2 ubat tahan sakit untuk lebih mujarab kesannya ya jadi TAHAN JE LEEEEEE...

Khamis, 19 Mei 2011

Tukar 'Cat' Lagi Hehe..

Selamat Datang No ucapkan ye..oh TIDAK..sila masuk..SILA SILA...betul la ni umah No..cuma sejak mata ni takmo lelap No merajinkan diri la godek2 tuko cat baru.

Dlu No pernah tanya blogger Jamaluddin suh komen blog No. Dan alhamdulillah beliau telah pun komen dalam shoutmix No..

Jutaan TERIMA KASIH ya dik

No pun godek sana godek sini..buang itu buang ini pastu p timbang..hurmmm masih berat lagi. Kemudian dengan kunjungan Munna ke umah No ni No pun terpaut pada template Munna. Apa lagi cari la yang mana berkenan dan bila timbang balik.....TADAAAAA

Macam tak percaya plak....

Ni rekod yang template lama tuh..yg bawah 10 tu yg baru la ni.. Rupanya template lama No tu 3137.8KB waaaa..patut laaaa BERAAAT..

Waaaaah....Alhamdulillah..baru la lege sket No dibuatnya..sapa2 nak p timbang sila la p http://tools.pingdom.com. Kalo nak cari template yang cantik2 TAPI RINGAN boleh p sini http://scrappinblogs.blogspot.com.

TERIMA KASIH kepada Jamaluddin dan Munna ya.

Hurmmm..lepas ni boleh selalu 'tuko cat' la ye hihi..

Follower Pulak 'Hilang'...aish...


Terjaga dari tido No terus buka blog kira2 jam 11.30mlm..tengok2 ilang, senyap, ghaib..huhu..gelabah kejap. No terus p ziarah kengkawan pun sama. Follower ilang tak dapat dikesan. Agaknya blogspot ni tak baik elok2 lagi dari 'demam' ni kot hehe. Tapi nasib baik dan alhamdulillah terasa sejuk gak hati sebab di dashboard kita masih terdapat bilangan Follower kita..

Ok la..No nak tengok pagi esok la pla kot dia 'muncul kembali'..harap2 sangat nih..

Mudah2an....amiiiiiiin..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NOTA TAMBAHAN
Dah ada kira2 jam 1.50am...saje jeeeeee

Rabu, 18 Mei 2011

Elak Silau Pemanduan Malam

Pernah tak anda memandu di waktu malam dan tidak tahan dengan silauan dari pantulan cahaya kereta dari arah bertentangan?

No pernah alami ketika ingin mengambil Abang di airport. Kali pertama jalan yang biasa No bawa 70-80kmj No hanya mampu merangkak 50kmj sahaja. Kali kedua pula No ambil inisiatif untuk menggunakan cermin mata gelap. Alhamdulillah, ianya mampu mengatasi kesan silau tersebut.


No punya ni filter no3 je jadi takde la gelap sangat. Orang masih dapat melihat mata No..cuma 'power' tu yang tak tahan nye huhu..

Mula2 No ingat kenyataan En. Kamal Affendi Hashim dalam satu temuramah di stesyen TV3 dlu..Masa tu No ingat lagi Ally Iskandar yang menjadi hostnya..ala Pengarah, Penerbit dan Penganalisi Jenayah tu...tak ingat juga?..


Dalam kenyataan beliau, bagi pemanduan di waktu hujan lebat beliau menyarankan agar pemandu menggunakan cermin mata gelap. Ianya dapat membantu penglihatan anda.

Masa No amik Abang tu No bagitau la bila kita pakai cermin mata gelap tu pandangan kita tidak silau lagi.

"Oooo, memang la. Dlu masa Abang duk ulang alik Kota Bharu-K. Terengganu naik moto Abang pakai rayban waktu malam.."

Hurmmm..dah lama tau upenyeee...

Cuma No terlupa yang En. Kamal tu ada bagitau kena pakai cermin mata kuning..err untuk apa ye?..hurmmm No betul2 terlupa..adakah dibolehkan juga untuk pemanduan malam?...hurmmm kena risik2 balik nih..

Cuma No nasihatkan klo nak pakai cermin mata tu jangan pakai yang murah2 yang takde UV tu. Lama2 akan merosakkan mata anda. Dan JANGAN SESEKALI membenarkan anak2 anda memakai cermin mata budak2 yang murah2 tu. Besar esok2 mata cepat rosak. Kalau boleh cubalah dapatkan nasihat dari pakar mata. Yang kat kedai cermin mata tu pun OK.

Bagi yang berminat untuk membaca artikel tulisan beliau..sila lawat blog beliau Care for a crime or two, anyone?

p/s : hurmm, No cari artikel pasal 'lense kuning' tak jumpa pla..

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru-Kenangan Abadi

No pun takmo lepaskan peluang untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang telah mengajar No sejak dari tadika hingga la ke tingkatan6.

Tadika Daerah Marang, Terengganu 1983

Tak dapat degree pun macam orang lain..'ijazah' dari 'University Of Tadika' je hehe..

Tahun 4Melur 1987- Sekolah Kebangsaan Marang, Terengganu bersama Cikgu Norhayati Ashaari.

Geng2 kelas agama petang (KAFA). Darjah 6 seluruh kelas dengan Ustazah Halimah.

Geng Teakwon Do Asrama Perkaya, Pulau Kerengga Marang bersama Cikgu Najmi.
Tingkatan 2 (1991), Sekolah Menengah Merchang, Terengganu.

Guru2 Pusat Sumber Sek Men Merchang, Terengganu.
Cikgu Wan Zuhaidi, Cikgu Abdullah, Tuan Pengetua, Tn Hj Adnan, Ustz Abu Bakar, 
Cikgu Azizah, Cikgu Rohaya, Ustazah Wan Fauziah

Tinggakatan 5 (1994), Sek Men (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

U6K2 (1996), Sek Men Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu bersama Cikgu Norma - Guru PA

Bersama Cikgu Jamilah-Guru Sastera


Geng2 tuisyen stp ni la kunun2...


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantai zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz (Allahyarham)
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu