Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Ahad, 31 Julai 2011

Sepetang Di Kuala Sepetang

Alhamdulillah bersua kembali kita sejak No menyepikan diri. Segala urusan di rumah hampir selesai cuma kotak2 yang tak perlu No tak buka lagi..simpan je senyap2 hehe..

Mertua No, Ma dan Ayoh juga selamat sampai di Ipoh ni pada Jum'at tempohari. Alhamdulillah dapat la kami menyambut puasa bersama mereka.

Sempena Ma dan Ayoh disini, sempat la kami bawa mereka berjalan2 ke Taiping..dan singgah la kami disini untuk merasa MI UDANG yang amat tersohor tu pada Sabtu 30/7/2011.

Mi Udang Special..
Jom kita kira ada brp eko..

beso kan udang dia..

Abang kata SEDAAAAAP

Ayoh dan Ma kongsi la plak sbb Ma masih kenyang lagi..

Ni ha senarai harganya..
Lepas kekenyangan kami menuju ke Zoo Taiping pula.


Ma dan Ayoh naik ketapi hehe..
 Tapi sayang seribu kali sayang..len kali jangan p zoo di waktu malam..bayo mahal tapi tak berbaloi uhuk uhuk..kesian Ma dan Ayoh..dah la mereka berumo maka mata pun tak berapa nak terang..dek kesilauan cahaya lampu dorang tak sempat tengok segala binatang yang ada..



Di samping ini juga No nak ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..


PELUKLAH RAMADHAN INI SEERAT MUNGKIN, KERANA TIBA MASANYA KITA TERPAKSA LEPASKANNYA. ANDAI RAMADHAN INI YANG TERAKHIR, SEMOGA IA YANG TERBAIK DISISI-NYA..


SEMOGA RAMADHAN INI MEMBAWA BERJUTA HIKMAH BUAT KITA SEMUA..
AMIIIN..

Rabu, 27 Julai 2011

Barang Dah Sampai

Kira2 jam 5.40 petang semalam...

3biji daaaa

lepas penat lelah..kita raikan tetamu lak..

KakIna kenal tak?..

















PSSST : pening nak susun barang..Abang dah keje hari ni..tulun tuluuuun...huhuhu....

Isnin, 25 Julai 2011

Senja Bertandang Lagi

Baru 3 malam No duk di umah sewa ni. Apa yang No suka ialah suasananya amat sejuk di pagi hari. Tido malam pun nyaman je udaranya. Tiada bahang panas seperti di Labuan hehe. Jika musim hujan akan kelihatan kabus menebal di puncak bukit sekitar Tambun . Suasana disekelilingi dengan Bukit Batu Kapur. Memang sejuk.

Makanan disini? Waaaah..apa yang dapat No katanya amat murah berbanding Labuan. Sebagai contoh sebelum harga minyak naik dlu..3menu yang No selalu beli ialah; 

menu wajib..
Tomyam Seafood + Sup Daging + Daging Masak Merah = RM16. Selepas harga minyak naik sebulan dua yang lalu..harga 3menu tersebut menjadi RM18.

TETAPI disini 3menu tersebut hanya berharga RM12 SAHAJA. Di Labuan nasi kosong RM1.50 sepinggan tapi disini hanya RM1 SAHAJA. Milo ais pula RM2.20 (Labuan) RM 1.50 (Ipoh). Rasanya pun boleh tahan sedap. Puas hati betul la..Syukur ALHAMDULILLAH dengan nikmat ALLAH ini.

Rumah pun agak selesa.. walopun sikap ownernye tak berapa selesa huhu..takpe la, kita menyewakan sabo je la. 


Kedudukan betul2 menghadap bukit sana. Jadi tiap2 petang la No boleh lihat sunset hihi.. Suasana hening senja juga amat mendamaikan disini.. 

Oh ya, lupa No nak bagitau..sebenarnya umah No masih KOSONG..barangan kargo katanya dah sampai Shah Alam 23-24 Julai. Mungkin esok lusa sampai la di Ipoh ni ya. Ini bermakna No terpaksa beli sedikit barangan asas seperti pingang mangkuk, gelas dan sudu. No juga dah beli rice cooker dan beras tapi tak guna lagi tak sempat nak masak hehe. Mana taknya cuci pakaian yang 1lori ni cuci pakai tangan. Nak beli mesin basuh pun alang2 nak sampai dah kan. Yang bestnya No cuci Abang jemo hehe..kesian agaknya nengok bininya tercongeng congeng lam bilik air tuh haha..

see,,kosong lagi hehe

Jumaat, 22 Julai 2011

6hari 6Malam

Hari ni merupakan hari terakhir No bertapa kat sini. Lepas check-out kami terus menuju rumah sewa baru.

Selama No di sini No menetap di Hotel DWJ Ipoh, Perak. Bangunan yang bersebelahan je ngan opeh Abang.

Selama disini kami terpaksa pindah bilik 2x sebabnya bilik FAMILY yang No amik dah ada orang tempah awal2 lagi.

FAMILY RM168




Bilik Family no5 ni dia takde tingkap..jadi tak tau siang ke malam haha..

Kemudian berpindah ke bilik no7 pla..depan pintu je ni ha..

DELUXE SUITE RM148




Semua harga tu tak termasuk Breakfast. Klo nak juga dorang caj RM5/person. Jimat dalam RM1.50 klo No tak silap makan di Ipoh Hainan Chicken Rice. Memang sedap, tak rugi kalo anda mencuba masakan disana.

Kakitangan di kaunter tu pla, pantang nampak kita keluar masuk. Ucapan selamat pagi terus disapa sambil senyuman manis dibibir. Waaaah, rasa memang dihargai sangat2. Sampai kakak cleaner pun amat ramah mesra. Kenal sekejap macam dah kenal lama. Terima kasih akak cleaner ya kerana sudi layan berbual dengan No ni ha.

TERIMA KASIH BANYAK2 untuk warga Hotel DWJ atas khidmat cemerlang anda..

Boleh layari laman ini :

sumber gambar : Facebook DWJ Hotel

Apa yang paling menyeronokkan kami mendapat diskaun voucer ke Lost World Of Tambun.


6keping semuanya. 1keping untuk 6orang. Harga untuk dewasa biasa RM38, lepas diskaun dapat RM34. Kanak2 pula harga biasa RM32 lepas diskaun dapat RM30 untuk kanak2 tingginya melebihi 90cm. Sah sehingga 31 OKT 2011.

Pssst : umah sewa baru No tu dekat sangat la ngan Tambun nih..jom jumpa DI SANA..DI SANA..DI SANA hehe..

Khamis, 21 Julai 2011

Istimewa Untuk Anda

Diam tak diam dah lebih setahun rupanya usia blog No ni. Tu pun No tak sedo, upenye dah lepas besdey nye hehe..

Jadi inilah..Happy 1st Anniversary la untuk blog No ni ye..ahak ahak..sendiri ucap la.

Ok sempena ulang tahun ni No nak bagi sket adiah la untuk kenangan anda. Takde la beso dan mahal mana. Cukup la klo anda tengok SIDIA..otomatik anda akan INGAT NO hehe..

10 orang secara otomatik akan mendapat sedikit kenangan dari No tanda sokongan anda semua pada No selama ni. TERIMA KASIH BANYAK2..


Klo tak nampak sila nun ke bawah skali ye. Tapi NAMA akhir yang TERTERA kat gambo atas ni je ye hehe..

Nama yang tertera tu sila bagi NAMA, ALAMAT dan NO. TELEPON ke email nolan7177@yahoo.com 

Hadiahnyeee...


Dapat sorang 1. Harap anda semua sudi terima ya..

Oh ya, lupa No nak bagitau semua yang pasal Pemberitahuan :1st Ga For Beloved.Follower Mutiara NoLan telah No selamat menghantar kepada semua pemenang. Cik adik kita sorang tu kurang sihat rupanya, maklumla berbadan dua. Tapi masalahnya No tny dah sampai belum tak balas balik sms No. No call nak tanya kabo..cik operator pula yang menjawab huhuhu...sabooo..tp ni la bukti yang No dh pos padanya..lama dah ni sebelum cuti sekolah pertengahan tahun laginye..sekali barang No pos untuk Hany. Hany punya pun dah selamat sampai kan hany kan..PINKY lagi ahak ahak..sori stok IJO xde time tuh..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
INI SENARAI PENERIMA BERTUAH

BILA NO DAH DAPAT MAKLUMAT BARU NO POSKAN YA..JADI KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENGEPOSAN..

Rumah Sewa..SELESAI

ALHAMDULILLAH..SYUKUR kehadrat ILAHI kerana telah memakbulkan doa kami dan mempermudahkan segala urusan kami berkat sokongan dan doa anda semua. TERIMA KASIH SAHABAT sekelian ya.

Mula2 No berkenan umah ni..

Type: Houses, For rent Property Type: Double storey Size: 1400 sq.ft. Bedrooms: 4 Bathroom: 3 Furnished: Not furnished Monthly Rent: RM 550

Terus No tepon Abang bagitau. Abang kebetulan dah keluar tengok umah lain dengan kawan dia lagi 2org. Abang cakap on the way balik nanti la leh singgah sana pla. Tapi menurut Abang dia dah berkenan rumah yang dia tengok tu. Rumah tu baru siap dan lebih kurang sama la macam yang kami nak teres 2tingkat 4b3a (lebih kurang mcm atas). Cuma sewanya lagi murah RM440 je. Bayo deposit 2bulan + api air 1ribu lebih sket je. Kawasan sekolah anak2 pun dekat sangat. Suasana kebanyakannya melayu (kawasan teres 1tingkat). Berbanding dengan gambo atas No tanya ajen tu nak caj fee+deposit = RM550 + RM2100.

Nak jadi ceritanya, nak p cari kawasan umah gambo atas tu punya la susah. Masuk sana sini sebab silap jalan. Masa hampir suntuk sebab kawan Abang tu nak kena amik anak sekolah pula. Last2 jmp juga rumah atas tu. TAPI, abang tak berkena sebab depan jalan utama dan lokasi yang AMAT SIBUK. Sekolah anak pun jauh. Orang tua pesan klo urusan kita susah jangan kita paksa sebab ada la hikmah tu.

Malam tadi No p la tengok umah tu dan No terus berkenan. Dekat juga dalam 9km ke bandar Ipoh. ALHAMDULILAH tepat pilihan Abang. Snap gambo tak clear sebab silap setting kamera huhu..

Time balik konon2 Abang cakap nak keluar ikut jalan lain sekali sesat lagi haha..alih2 dapat juga jalan keluar.. Sampai bandar, No pun cakap la nak p tengok umah atas tu. Sekali masuk taman (1km je dr bandar Ipoh), masuk sana celok sini last2 sesat lagi. TAK JADI LA NO NAK TENGOK SEBAB RASANYA MEMANG ALLAH TAK RESTU KOT.. Terpaksa keluar ikut lebuhraya la pla hahahaha...memang cukup advanture la malam tadi. Bila tengok meter ada la dekat 40km duk pusing2 dari balik td...padahal klo balik ikut jalan masuk td 9km je..saboooooo.

Pe2 pun sekali lagi SYUKUR No panjatkan..ALHAMDULILLAH..

Sekali lagi TERIMA KASIH SAHABAT semua kerana sudi bertanya khabar No ya. Sahabat fb juga banyak membantu.

Psssst : klo p Tambun singgah le umah No..dekat je dalam 2-3km je kot hehe..


Rabu, 20 Julai 2011

Rumah Sewa OH Rumah Sewa

Selamat Pagi semuaaaa...ai sey men..jam dah kol 2.36pagi time No tulis entri nih tapi mata takmo lelap gak. Apa taknye..dah pekena nescafe 3in1 secawan td huhu..yang lain tu dah lama di ulit intan...

Sebenarnya lepas office hour tadi No keluar p makan jap kemudian terus p cari rumah sewa lagi. Pusing punya pusing yellek juga. Rumah memang banyak kosong tapi takde iklan. Klo ada iklan pun FOR SALE jek uhuk uhuk...sabooooo..

Kira2 jam 9.30malam..Abang dah letih terus balik otel. No pun buka selak2 tenet ni kot ada. Nah, ada iklan baru laaaaa...

ihsan dari http://www.iproperty.com.my. Cantik kan?

Tapi kiri kanan chinese le, cuba perati gambo atas..mungkin bukan kawasan melayu kot. Yang tak tahan bunyi salakan anjing dan bau colok nanti...

Sebenarnya sebelum kami sampai sini dah ada kawan Abang cari..dapat teres 2tingkat RM300. Suka la hati kami bukan kepalang. Tapi bila kami p tengok uhuk uhuk...kecik deeee..rumah kos rendah. Kami bukan MEMILIH tetapi terpaksa pilih bila memikirkan barang kami yang banyak tu. Lagipun tak sesuai dengan kami 6branak ni. Klo kami anak sorang terus SETUJU dah tu.

tq engoogle
Contoh macam atas tu.. Tapi yang No tengok ada pagar la jugak hehe..Abang kata memang tak sesuai la untuk kami 6baranak.

Kesian anak2 No si Farihin dan Fadhlan ni dah lain macam syik berkurung lam otel nih. Buka je pintu terus macam orang kata 'ANAK KAMBING TERLEPAS KANDANG' hahaha...meluru berlari turun otel.. No nak bawa dorang keluar jalan2 takut sesat nak balik. Ye la No ni kan susah nak ingat jalan huhu...saboooooo


Lihat la aksi si Farihin dan Fadhlan ni..time ni mula2 sampai hotel..Fadhlan dah keletihan tapi Farihin masih aktif huhuhu..

Ok..jam dh 3.22pagi..so No ada rasa nak rehat otak sat..siang kang nak col rumah atas tu tanya kabo. Klo susah gak Abang cakap terpaksa la p tunjuk muka kat egent rumah sewa..apa nak buaaaaat hehe...saboooo..

YA ALLAH..YA TUHANKU..
KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI...AMIIIN..

Terima kasih kepada sahabat yang turut mendoakan kami..mudah2an...amiiiin

BLOGGER GILA CEKAL KEMBALI


sebab AWAK la, SAYA buat entri ni..

SAYA tak tido lagi AWAK pun sama kan..
AWAK tak ngantuk lagi ke? SAYA pun masih cerah mata..
wife AWAK dah tido?..hubby SAYA dah zzzzzzzzz (kesian keletihan die)...
SAYA tak tido sebab duk cari umah sewa..AWAK tak tido nih xde umah sewa ke?
SAYA nak kat Ipoh tapi AWAK kat sane..
SAYA rasa AWAK takde kot..
klo ada AWAK bagitau SAYA ye..
hahaha AWAK jangan marah SAYA melalut nih ye..
maklum la SAYA tengah fening cari umah..AWAK tengah fening buat segmen haha..

berbalik cerita asal AWAK buat yang SAYA baca tadi..

AWAK buat segmen ni, SAYA pun tingin nak join..
AWAK memang suka buat segmen selalu kan, tapi SAYA join jarang sangat..
SAYA harap AWAK tak kisah ye..
maklum la SAYA ni surirumah bukan macam AWAK blogger tegar hehe..
yang penting SAYA tak gila tapi cekal macam AWAK..

eh eh..dah macam surat la pula SAYA tulis untuk AWAK..
SAYA tingat orang kata time ni banyak datang ilham..AWAK setuju tak?

AWAK tak kisah kan SAYA tulis panjang-panjang..
sebenarnya banyak lagi SAYA nak tulis untuk AWAK..
tapi SAYA takut AWAK boring la pulak..

harap AWAK puas hati dengan entri SAYA ni ye..
SAYA tak kisah tak menang pun, janji dapat join segmen AWAK pun dah ok..
jadi sekian dulu dari SAYA untuk AWAK..

ikhlas..dari SAYA kepada AWAK..

Selasa, 19 Julai 2011

Jauh Pandangan

Terima kasih kerana anda semua..rindu beno pada anda..Alhamdulillah No masih sempat lagi singgah kat 'umah' anda. Mana yang belum No singgah insyALLAH, slow2 No ziarah ya.

Sebenarnya No skarang dah sampai di Ipoh Perak. No sampai pada 17hb, Hari Ahad lagi. Skang masih tinggal di hotel. Buat masa ni No sedang gigih mencari rumah sewa. Barang2 kargo No dijangka sampai pada 23hb di Shah Alam, maknanya dalam sari dua tu akan sampai di Ipoh la ye..mudah2an dipermudahkan segala urusan. Amiiiin..

Entri semalam No cerita pasal perjalanan No dari KL-KB kan. Di sana No stay selama 4malam 3hari. Kg Abang sebenarnya dekat je dengan airport di Pengakalan Chepa. Cakap je 4malam 3hari tp rasa macam semput je duk sana..mana taknye syik kehulu ke hilir..makan itu makan ini. Sempat la No makan LOKAN, DURIAN, RAMBUTAN( sil tanam), SALAK (bil tanam)..org cakap macam nak tebus semua la apa yang tersekat selama ni.

Sempat juga Abang p buh skrin tv (pebenda ntah org panggil haha) lam kete tuh 1hari sebelum bertolak. Ye la, klo Labuan mahunya 1ribu lebih (pesen lama xde usb)..kat sini RM805 je, siap leh pasang usb. Cuma tb je duk krunk krenk siaran terganggu. Ok la buat ilang boring anak2 kan. Ni tak, syik tanya "Bila nak sampai Abah?.." .."Jauh lagi ke?.."
kata 1/2jam leh siap..TAPI 2 1/2jam br OK huhu...
Dah siap. Sekarang dorang masuk kete terus mintak nak tengok cite tu cite ni hehe..

Sabtu 16 Julai, kira2 jam 12.30tengahari terus bertolak ke Ipoh Perak. Abang lalu ikut jalan Gua Musang-Cameron Highlands-Ipoh. Apa lagi, sempat la singgah CH hehe


Bertolak dari CH jam 8.30malam..ALHAMDULILLAH..sampai bandar Ipoh kira2 jam 10malam. Sempat la pekena Char Kue Tiaw (ada udang 3eko) kat Dataran Ipoh tu..tp kureng rase la plak (mungkin gerai tu je kot)..dah lapo, liciiiin jugak haha..


Pssssst..No rasa Char Kue Tiaw kat foodcourt UO lagi best ooo walopon ada udang 2eko je.

WELCOME IPOH MALEE...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tengah gigih cari rumah sewa..mudah2an berhasil..doakan ye..

Isnin, 18 Julai 2011

Selamat Tinggal LABUAN

Tarikh : 13 Julai 2011

Bertemu lagi kita di alam maya ni ya. No harap anda semua sihat hendakNYA. Lama sungguh No tak buat entri.  Sejak menjejakkan kaki di Tanah Semenanjung masa betul2 tak izinkan No nak menjengah anda semua. Banyak masa di habiskan di sepanjang jalan raya. Lepas ni No akan slow2 p jengah anda semua ya. InsyALLAH.

Pertama sekali No nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua sahabat yang telah sudi mengiringi No di Lapangan Terbang Labuan.
TERIMA KASIH SAHABAT
Flight berlepas tepat jam 7.45pagi di LA dan sampai tepat jam 10.05pagi di KLIA.

dalam flight
Sampai di KLIA..geng Rakyat Terengganu Di Perantauan dan Saya Anak Terengganu Surim dan Abang Man menjemput kami dan terus konvoi ke Kajang. Di sana kami berkumpul di Restoran Kemamang, Kajang. No mencuba Laksa Pinang dan memang sedaaaaap sangat..Kuahnya yang pekat dan terasa semua bahan. TERIMA KASIH kepada Syed kerana sudi belanja kami. 


Lihat lah kereta kami yang penuh dengan barang2. Sampai kan dalam kereta pun jadi.Nasib baik tayar tak bergeser.


Lebih kurang jam 2.30petang kami bertolak dari Kajang (singgah umah abang No dlu jap)

ALHAMDULILLAH..perjalanan kami melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang-Kota Bharu selamat sampai kira2 jam 11.30malam. Tung tang tung tang jam 1pagi baru lena.