Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya

Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Mohon maaf tulus ikhlas dari No untuk semua....


Khamis, 25 Ogos 2011

Boleh Percaya Ke?

Alhamdulillah..bersua kita lagi di alam maya ni ya..sejak dua menjak ni mood kelaut sket nak berblog. Mungkin akan kembali normal selepas musim perayaan kot..Mudah2an la ye...amiiiin..

Terima kasih ya Fazz sebab sudi tegur kakNo hehe..

Oh ya, satu lagi pasal hadiah untuk 10orang yang teristimewa tu dalam entri Istimewa Untuk Anda No belom pos lagi. Dah siap bungkus dah tp asyik tertangguh je..Tolong maafkan No ye atas kelewatan ni. Takut pla anda semua tertungu2.

InsyALLAH lepas raya
akan selamat sampai ke rumah anda


Berbalik pada entri kali ni. Minggu lepas Abang ada kirim sesuatu pada jiran No yang No cerita dalam entri Jiran Yang Baik Hati. Nak tau apa yang Abang kirim?

Lepas Abang duk borak2 kat luar dengan Mrs Lee. Abang masuk lam umah dan bagitau..

Abang : Abang kirim duit kat jiran sebelah, nak tukar duit raya.
No : Ooo ye ke..

Kan hubby dia keje PB hehe..

Eh, bia betul Abang ni? sampai PERCAYA macam tu sekali..No kata dalam hati je takde la cakap kat Abang. No pun buang jaoh2 perasaan was2 tu.

Beberapa hari lepas tu.
Abang : Ada jiran seblah bagi tak? (duit dia la tu)
No : Takde lagi..jawab No ringkas

Tiba-tiba..
Ruslaaaan...Ruslaaaaan..

Sayup2 kedengaran suara diluar. Abang bangun dan terus keluar..sambil masuk umah tersengih2 sambil menunjukkan habuan yang ditunggu2..


Alhamdulillah, nampaknya boleh percaya juga la kat jiran seblah ni ye. Syukur sangat2..

Bukan ini saja pernah dia hulur 1plastik buah anggur pada No..
"U bagi kat anak2 U ye time berbuka nanti ya.."

Siap dia tanya bila umo yang sesuai anak2 start berpose. Bagi No la kan, No tak paksa sangat anak2 ni berpuasa time dorang kecik2. Biasa time umo 6tahun ajar pose sekerat hari dlu. Kemudian 7tahun ajar penuh la pula atau semampu yang dorang dapat.

Aduyai, malu la pula No kat dia sebab setakat ni No tak bagi apa2 lagi. Hajat nak buat cookies hanya tingal niat je. Lusa dah nak balik kampong. Hurrmm nampak gaya kene cari la pebenda ole2 kat kampong tu nanti ek..errr agak2 dorang pandai tak makan DODOL KELANTAN? hehe..sedap tau..No suka yang kaler coklat tu..bukan yang bunjut kecik2 tu..tp yang 1pek berat dia dalam 500gm.

Anda suka tak?

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jiran Yang Baik Hati..

Wah wah wah..macam tajuk cite CERITA BUKU KANAK-KANAK la pla eh..takde, sebenarnya No nak cite pasal jiran No ni ha..takde kene mengene ngan buku cite ke apa.

Masa : 1 Minggu lepas pindah
 Lepas masuk gate amik anak sekolah, keluar jiranA (lelaki) seblah kanan umah No (Chinese) dan say HELLO serta bertanya khabar le..ok, friendly juga rupanya. 

Masa : 2 Minggu lepas pindah
Time No nak keluar rumah sambil buka gate, keluar jiranB seblah kiri umah No juga lelaki tengah buang sampai. Macam biasa la No senyum dan say HELLO. Dia hanya membalas dengan say HAI sambil tersenyum..OK FINE..pemalu kot..

Masa : 3 Minggu lepas pindah
Time No jemo kain, keluar jiranB (wife dia plak).
Wife JiranB : Hello
No  : Owh..Hai, good morning..
Wife JiranB : Ya, morning..are u chinese?..
No : No, i'm malay hehe (sambil senyum yang paling manis hehe)
Wife JiranB : Owh, sorry..i 
ingat u chinese..dari Sabah ye?
No : Bukan2..kami dari LABUAN tapi kami orang semenanjung. My hubby keje sana. I'm from Terengganu, my hubby from Kelantan. Owh, tu nenek moyang i punya cerita hehe..i pun sudah lupa i generasi ke berapa..
Wife JiranB : O I C..ramai anak u..u tak keje, senang la jaga anak2. U muda lagi.
No : Eh, takde la..i'm already 34 la, mana ada muda..
Wife JiranB : Wah, ya ka..u looks younger la No tak kata hehe dia yang kata..i pun soploh tahun older than u..wah, bagus2 la i jiran ngan u..so peramah..i'm Mrs Lee, u nak panggil apa?
No : Panggil No je takpe hehe..

Masa : Cuti Nuzul Al-Quran
Kira2 jam 10.30pagi No masih terbongkang atas katil. Tetiba Faris masuk ketuk bilik.
Faris : Mama mama, ada orang datang.
No : Sapa Be (mata pun tengah mamai lagi)
Faris : Tak tau, pompuan cina.

Aish..baru 17hb takkan awal beno Mrs Yip datang amik sewa umah huhu. No pun bangun tengok kat lua..Loooo upenye jiran sebelah kiri umah No ni ha..

No : Kejap ya..(laung No sambil capai apa yang patut)..
Sori a, i tido tadi tu yang tak berapa dengar u panggil..
Wife JiranB : Oooo sori2 ganggu u. Ni ada husband i bagi ANGPAU untuk u. Dia keje Public Bank. Hari tu kan u say HI to him so dia nak ucap terima kasih la..
(sambil bagi sekampuh sampul duit raya..)
No : Owh..susah2 je..tima kasih banyak2 ya..

tanda ingatan jiran yang baik hati..Thx ya..
Nampak gaya No kene wat juga sket cookies untuk balas balik nih..bak kata pepatah..orang berbudi kita berbahasa..betul kan?

Selasa, 16 Ogos 2011

Main Teka Teki

Suatu malam sambil tengok tb No tanya la kat Abang..

No : Kita main teka2 deh..
Abang : Teka teki teka tekuk..ada kaki takde lutut hahaha..
No : Bukan lah..macam ni..kenapa penggali kubur tu time dia mengali tak pakai sua dalam?
Abang : ????? tak tau..kenapa?
No : Sebab dia pakai cangkul la time menggali tu..pakai sua dalam mana leh gali..
Abang : Hahahaha..

No : 1 lagi..kenapa orang kena tebang pokok kelapa?
Abang : ????? tak tau..kenapa?
No : Sebab pokok kelapa takleh cabut ngan tangan hahahaha...

Abang : Abang pula teka deh..kenapa anjing time dia kencing selalu angkat kaki?
No : Mmmmmm..tak tau..kenapa bang?
Abang : Sebab najis dia kan NAJIS MUGHALAZAH..takut kene kaki dia la..Hahahahahaha...

Isnin, 15 Ogos 2011

Tidak Dirancang

Tarikh : 13 Ogos 2011
Hari : Sabtu
Jam : 11pagi

Sedang duk bermalas-malasan atas katil sambil tengok tv..

Abang : Jom kita kua jalan2.
No : Jooooom..

Tanpa banyak soal terus bersiap dan keluar rumah. Jalan punya jalan, pusing punya pusing akhirnya sampai ke Tapah, Perak kira2 jam 2.20ptg.

Abang : Kat mana ye pasarnya, kita cari buah la sket.
No : Mana ada lagi masa ni, pasar pun dah tutup. Nak beli buah p Cameron Highlands la hehe..
Abang : Joooom..

Kemudian terus merangkak menyusuri bukit bukau. Tiba di suatu tempat nama LATA ISKANDAR..siap ada air terjun tp No tak singgah. Cantik tempatnya, kiri kanan ada gerai jualan.

Naik punya naik, plan asal nak beli buah terbantut. Sampai kat Ladang Teh Bharat terus singgah sana dlu tengok2 permandangan.

ladang teh saujana mata memandang

Nah, amik pegang satu...

Jual..jual...

Kemudian kami terus ke Tanah Rata..

Time ni kabus tebal dan sejuuuuk...

Hari dah nak hujan..

Jeruk yang WAJIB beli di Brinchang

Jambu Batu jeruk berperisa Epal..WAJIB beli

Sayo...sayoooo
1pek=RM1.50
8pek : RM10

Yang ni beli di Cameron Valley

Lagi murah klo beli di Tanah Rata..
BAYANG KAN........

2 tempat dengan harga yang berbeza..

Klo kat Sabah Teh, kita beli kat ladang dia lagi murah tapi sini terbalik pula. Hurmmmm..

Kemudian balik Ipoh yang memakan masa berejam dengan perjalanan kira2 hanya 80km je. Alhamdulillah, sempat sampai rumah betul orang azan untuk berbuka..beli kat PARAM je la. Nasi Tomato yang memang sedap dengan harga RM4 sebungkus. Berbaloi rasanya beli sorang satu.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Bertuah Punya Mak....

Kejadian : Seminggu sebelum Ramadhan.


Ketika si Ibu sedang menyidai kain di luar rumah..di dalam rumah pula si Anak meminta dibuka bungkusan kek pisang yang telah dibelinya tadi..

Anak : Mama, leh makan kek ni?..
Ibu : Makan la, suh Kakak bukakan.

Si Kakak pun menghiris beberapa keping untuk santapan si adiknya.

Anak : Mama, ada benda ni la mama..

Tunjuk si Anak. Si Ibu memandang sekilas pandang sambil berkata..
Ibu : Eh, stiker apa plak tu?..Jangan duk tampal merata2 tu. Laung si Ibu dari luar rumah. Si Anak pula menyatakan sesuatu tapi Si Ibu tidak dapat menangkap patah perkataan yang keluar dari mulut monggel anaknya..

Tiba2 dengan rasa riang gembira si Anak berlari keluar mendapatkan Ibunya..

Anak : Mama..mama..tak pedas pun yang nih..
Ibu : Pedas apa pula nih..kek pisang mana ada rasa pedas..manis adalah..
Anak : Bukan, tadi kan AbangYin buka sendiri yang ni pastu buh atas kek ni..

Si Ibu meneliti bahan yang ditabur di atas kek tadi. Kelihatan biji2 halus berwarna putih kejernihan bertaburan diatas nya..
Ibu : Benda apa pula??? Si Ibu mula kelihatan kaget..
Anak : Yang ni la... 

Kata si Anak sambil menunjukkan sesuatu yang membuatkan jantung si Ibu bagaikan di rentap..


Ibu : YA ALLAH, nape makan benda ni?? Benda nih takleh makan..

Sambil menarik anak menuju ke bilik air untuk memuntahkan kembali isi perut tapi tidak berjaya. Kemudian terus si Ibu memberikan anaknya minum beberapa gelas air masak sambil berdoa tiada perkara buruk berlaku. Jantung si Ibu pula masih tidak henti2 berdegup kencang. Si Ibu meminta anaknya memuntah kembali air yang diteguk sebentar tadi tapi si Anak tidak berjaya melakukan.

Anak : Hari tu kan boleh makan..
Ibu : Hari tu bila plak ni?..
Anak : Hari tu masa kita makan mi tu..
Ibu :Ohhhhhh, YA ALLAH anak bertuah Mama ni..itu MAMEE memanglah ada PERENCAHnya..ini bukan PERENCAH tapi RACUN. Tujuan dia nak suruh kek ni tahan lama...huhuhu...

Kebetulan ketika pulang ke kampung tempohari si Anak menjamu selera MAMEE bersama sepupu sepapatnya.

Tapi baru2 ni HEBOH diperkatan bahawa MAMEE adalah diantara yang mengandungi bahan yang HARAM di makan.

sekadar berkongsi

MORALnya, lenkali klo anak nak apa2 ke, tunjuk apa2 ke TENGOK BETUL2..huhu..
Alhamdulillah takde pe2 yang berlaku..

Rabu, 10 Ogos 2011

Sagupal


Di pantai timur juga dikenali sebagai POK ABAH DEMANG (Pak Abas Demam)-agaknye dlu2 Pak Abas time demam suka sangat makan kue nih hehe...

Jom No kongsi resepi nye ye..ini cara No la buat, orang lain..mungkin ada cara lain..

BAHAN
Biji Sagu
Santan dr 1biji kelapa
Gula
Sedikit Garam
Halba
Halia - No tak buh tapi ada orang lain buh sekali.

CARA BUAT SAGU
Sagu dbersih dan toskan. Siram sedikit air panas supaya biji sagu kental. Dah agak melekat biasa No buat 2cara..

CARA-1) Tekan2 dalam loyang supaya padat dengan senduk. Ketepikan. Dah agak keras, amik dan potong kecik2 (macam kue).
CARA-2) Lepas curah air panas tu amik kepal2 ikut suka la nak buat saiz besar mana. No suka besar biji bola pingpong je sebab nanti dia makin membesar bila masukkan dalam kuah.

CARA BUAT KUAH
Santan dididihkan bersama halba atau nak masuk halia pun boleh. 
Kacau jangan bagi membuak. 
Dah gelegak masukkan gula dan sagu tadi. Gula ikut selera masing2 ya.
Jangan lupa sedikit garam, ujong2 sudu je. Tujuan untuk melemakkan santan tadi.Masak sehingga sagu tadi masak. 
Ia akan kelihatan cerah, jernih dan berkilat dan kuah akan kelihatan agak pekat.

-SELAMAT MENCUBA-

Selasa, 9 Ogos 2011

Air Tuak..Anda Ingin Tahu????

Selamat pagiiii..wah wah wah, semalam dan hari ni No tersenyum simpul bila membaca komen anda semua mengenai tuak. Baru No tau rupanya ramai juga yang belum tahu pasal tuak. Ada yang tanya TAK MABUK ke?..BOLEH MINUM ke? hehe..

Ok, air TUAK atau NIRA adalah tidak MEMABUKKAN pabila kita minum tepat pada masanya.
Setelah No mencari info pasal tuak ni, alhamdulillah No terjumpa 1Fotopages yang mana bapanya sendiri menjadi TOK NYADAT (penyadat). Tuak juga ada 2jenis iaitu TUAK BERAS, TUAK KELAPA dan TUAK NIPAH.

TUAK BERAS
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

TUAK KELAPA/NIPAH
Tuak (nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air NIRA yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.

Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.

No lebih suka TUAK KELAPA kerana rasanya yang manis berbanding TUAK NIPAH kerana rasanya agak kuat sedikit. Bagi No lebih rela minum TUAK dari AIR KARBONAT kerana ianya tidak membuatkan kepala No terasa sakit akibat kandungan gasnya. Walopon tuak juga mengandungi gas tetapi ianya amat lembut dan yang pasti SEDAAAAAP...

Mayang kelapa perlu diikat terlebih dahulu supaya ia tidak pecah. Kemudian pada bahagian hujung mayang tadi akan dipotong sedikit supaya tuak dapat keluar. Keadaan ini akan dibiarkan sehari.

Pada keesokannya barulah mayang yang telah dipotong tadi akan ditadah dengan menggunakan "tukil"(tempat tadahan air tuak). Dahulu tukir ini diperbuat daripada buluh, sekarang nak senang digunakan sahaja botol air minuman. Biasanya air tuak akan dipungut dua kali sehari iaitu pagi dan petang 

Setiap kali air tuak dipungut, hujung mayang kelapa akan dipotong sedikit demi sedikit sehinggalah air tuak tidak keluar lagi. Selepas itu, ikatan pada mayang tersebut akan dibuka. 

Inilah hasilnya, air tuak atau nira, sangat enak diminum, tambah-tambah lagi pada musim puasa seperti sekarang. Tuak mesti disimpan dalam peti supaya tidak masam. Kalau masam ia tak boleh diminum lagi kerana tuak tadi telah bertukar menjadi minuman yang memabukkan. Tapi kalau ia dibiarkan dalam masa yang lama ia boleh digunakan semula kerana ia telah bertukar menjadi cuka. Cuka ini lebih sedap daripada cuka yang kita beli kat pasar.


TOK NYADAT (Penyandat kelapa) kenapa ianya dipanggil sedemikian??..ini kerana mereka selalu mengguna sejenis senjata tajam yang dipanggil SADAT atau SABIT untuk mencantas mayang/pelepah kelapa.


tq engoogle
 Dengan penjelasan ini No harap anda semua faham hehe..


sumber : 
http://zukeri.fotopages.com
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuak

Kepada enZukeri Ya, terima kasih banyak2. Maklumat dan info anda amat membantu.

Isnin, 8 Ogos 2011

Macam-macam Adeeeee....

Hari ni No baru sampai dari kampung kira2 jam 10pagi tadi. Kami bersahur jam 4pagi, selesai semua terus bertolak sebelum jam 5pagi. No apa lagi, belum sampai setengah jam perjalanan mata pun makin layu dan layu dan layu hehe..Abang kejut No singgah solat subuh sekejap di R&R Gua Musang dan terus pecut balik ke Ipoh. Dan macam biasa la, kira2 100meter nak sampai umah Abang kejutkan No lagi hahahaha..Apa yang No ingat No rasa kejap2 miring ke kiri..kejap2 miring ke kanan dek laluan bukit bukau sepanjang perjalanan. Memang terasa kelajuan Abang pecut tu tapi mata No tak mampu nak BUKA tengok keadaan..

Sebenarnya tujuan No balik kampung kerana Ma dan Ayoh dah nak balik sejak seminggu di sini. Hari Sabtu 6 Ogos, lepas sahur macam biasa la kami ZZZZZZZ balik. Bangun kira2 jam 10pagi Ma bagitau suh beli tiket bas nak balik. Puas pujuk suh tunggu lagi seminggu tapi Ayoh nak balik gak..last2 Abang kata jom kemas barang kita balik SEKARAAAANGGG...yahuuuuu..macam robot capai apa yang patut terus bertolak kira2 jam 12tengahari..

Alhamdulillah selamat sampai di kampung sebelum berbuka tapi yang pasti terpaksa beli makanan di bazar ramadhan dan ALHAMDULILLAH semua makanan No beli sedap2 belaka..Syukur atas nikmat ini.

Bertuah sungguh pabila berada di tanah semenanjung kerana semua yang kita nak hampir tercapai hasrat. Cuma No tak jumpa lagi PULUT PANGGANG/PULUT LEPE. Orang yang biasa tu mungkin pergi jual tempat lain kot. Takpe, insyALLAH ada rezeki adalah nanti tu kan..


Kuih Ondeh2 ni isteri abang ipar yang buatkan. Masih lagi 10sen sebiji dia jual kat bazar tapi dia yang buat sepupu yang jual hehe. Dan baru la No tahu rupanya masa kita potong gula melaka tu takmo bagi melekit kena tabur tepung beras/pulut sambil potong2...baru No tauuuuuu hehe. Patut la selama ni duk buat melekit je.

Yang ni kuih TAHI ITIK. Harga 3ketul tu RM2 tapi dah tinggal 1pek je ni dia bagi la RM1.50. Asalnya si Husna nak try..sudahnya bila beli nak sentuh pun takmo huhu..No ada rasa la juga barang secubit dan MMMMMM..bukan selera No agaknya..

Haaaaa, yang ni anda tau air tak apa????.. AIR TEBU??? BUKAAAAAN...Ni la peberet No sejak turun temurun. AIR TUAK KELAPA. Alhamdulillah tahun ni dapat juga No merasanya lagi. 3pek tu No dapat RM5. Kira2 1pek tu dapat la untuk 1cawan. 1pek untuk bersahur, 1pek untuk sebelum tido dan 1pek lagi masa bersahur. Nak cepta sampai terlupa nak beli buat stok kat Ipoh ni. Takpe, InsyALLAH panjang umo lepas raya biasa dorang ada jual lagi hehe..

Abang : Sedap sangat ke air tuak ni..~~sebab Abang tau No suka sangat~~
No : Sedaaaaap Bang, kalu masuk lam tekak kita ni...perghhhh terasaaaaa sangat..nak rasa amik la..
Abang : Sebelum minum tu dia cium dlu, hidung dia terjongkit naik atas haha...baru nak masuk mulut...
UUUUWEEEEEK...terus Abang mintak air lain...
No : hahahahhaha...

Alhamdulillah sempat juga No merasa kerang rebus. Klo 1kg=RM3.50 tapi klo beli 3kg dapat RM10, Abang beli 2kg je la. Tulang lembu segar Ayoh belikan No buat singgang tulang, daging segar abang beli kami bawa balik Ipoh. Hurmmm, hari ni buat sup daging la pla..

Sabtu, 6 Ogos 2011

Jom Download SKYPE..Free je

Sape yang belum ada SKYPE?..No baru je download 2hari lepas. Kesnya kawan baru fb No dari Jepun col No ke Malaysia guna SKYPE. Jadi No pun teringin la nak download..kesian pula terpaksa Nini bayo bil tepon..klo guna video FREE je dan muka pun kita leh kenal kan?..Jadi dengan khusyuknya No pun download la lam lappy No ni hehe..

No rasa guna SKYPE ni lagi senang dan mudah dari kita guna YM (Yahoo Messenger) atopon guna video call dari fb tu..ala yang guna BandooChat tu..yang mane video nya agak tersekat2..No pernah guna BC ni tapi suara No 1minit nenek dorang baru dapat dengar..huhu...jenuh duk tunggu..tapi dengan SKYPE ni amat terang dan jelas suaranya serta tiada tersekat2. No guna pun broadband pakej yang paling murah je pun tapi memang takde gangguan..

Ok..bagi sesiapa yang nak install lam pc atau lappy masing2 leh klik link ni.. http://www.skype.com/intl/en/home
Kemudian klik kat anak panah macam atas tu sampai keluar yang  dalam bulatan merah tu ya..klik DOWNLOAD NOW..

Akan jadi macam gambo atas ni..kemudian klik lagi DOWNLOAD SKYPE..



Kemudian ikuti arahan seterusnya. Dari STEP 1 hingga ke STEP 4 ya..senang bukan??..dah ada ID anda?..boleh la ADD No..nanti kita leh LIVE bersama2..ops ops..TAWARAN ini hanya SAH untuk WANITA sahaja hehe..sila add contact No di no.lan77..

Tima kasih kepada rakan No..Nini Nasir dari Okayama, Japan..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kenangan

ALHAMDULILLAH...bersua lagi kita di pagi Juma'at yang indah ni..semoga anda semua sentiasa berada dalam kerahmatan ALLAH SWT...aminn..

Kali ni No nak kongsi serba sedikit la kenangan yang No kutip selama ni.

KERJAYA
Labuan
Orang : Baru pindah ya, cikgu ngajar sekolah mana?
No : Bukan, saya duk rumah je..
Orang : Oooo, suami la keje ye..cikgu ke askar?
(kebanyakkan klo warga semenanjong pindah Labuan mesti ingat CIKGU @ ASKAR)

Perak
Orang : Kak polis ya?..IPD mane?
No : Bukan, saya tak keje..
Orang : Oooo, suami la polis ye..
No : Abang bukan polis, keje opeh je..
Orang : Hehe, ingat polis. Gaya macam polis je hehe..
(Hahaha...ade bakat ke?)

LALULINTAS
Labuan : Keadaan trafiknya yang 'malas'..pandu macam p makan angin..
Perak : Lu cilok gua..gua cilok lu..huhu
(hari pertama pandu..dada tak henti2 berdegup..mulut terkumat kamit bace selawat..masuk hari ke2 dan seterusnya..cewaaaah, dah eksyen sakan No bawak kete hahaha..tp Jalan Tambun ke Greentown je la..jalan lain sory sebab tak kenal jalan lagi huhu..)

BAHASA
Kebanyakkan bahasa di Labuan No akan bertanya 2-3x sebab tak faham klo dorang cakap..Apatah lagi klo p beli ikan dan sayo di pasar huhu...

Perak :
No : Saya nak jumpa Puan Syafeenaz..dia dah sampai belom?
Makcik Jaga Skolah : Ooo, belum sampai lagi..
No : Kalo macam tu Cik Azian dah sampai?..
Makcik Jaga Skolah : Entah le, Awak tak kenai yang mane satu. Yang kecik ke beso ke tuannye..
No : Eh, semalam saye baru je jumpe die, ingat lagi..ala yang sihat sket tu..
Makcik Jaga Skolah : Ooo, awak baru je keje sini..tak kenai mane lagi cikgu sini..
No : >AWAK tu ganti nama SAYA kan hihi<...
(tetiba No teringat watak Ucop Wilcha dalam HKLBR hahaha)..

Isnin, 1 Ogos 2011

Kisah Sahur Pertama Ramadhan

Mula2 skali No nak jawab soklan DD pada entri Sepetang Di Kuala Sepetang. Tentang jarak ke Taiping. Sebenarnya No tak pasti jaraknya sebab sepanjang perjalanan dari Ipoh No tertido No memang suka tido klo lam kete..kesian Abang takde gu nak borak. Apa yang No pasti hala balik kira2 hampir 1jam perjalanan dari Taiping ke Ipoh. Untuk makluman DD, masuk je jalan ke Kuala Sepetang, sepanjang perjalanan di kiri akan penuh dengan signboard MI UDANG..yang paling gleme MI UDANG MAK JAH. 6km sebelum sampai dah terpampang signboard dia tuh hehe. Tapi masuk je jalan Taiping..DD tak akan jumpa signboard MI UDANG tu ya. Taiping dan Kuala Sepetang adalah jalan yang berlainan.
>imej<
Merah ke Kuala Sepetang dari Ipoh
Hijau ke Taiping
Ok, berbalik ngan tajuk atas tu. Macam biasa la kan kaum pompuan ni tak lepas dari duk teringat2 nak bangun siapkan makanan sahur kan. Jadi macam biasa la No set tepon No. 2-2 tepon skali No set kot2 tak terjaga. Sampai masa No bangun masak nasi dan panaskan lauk serta goreng ikan. Kira2 15minit kemudian Ma pula yang bangun dan tolong sambil2 borak. 10minit kemudian Abang pula yang turun serta Ayoh dan Faris menyusul kemudian. Duk borak2 tengok2 masa ada lagi 5minit sebelum imsa'. Aih, si Kakak ni tido mati betul la. Ma naik kejutkan Husna. No denga Husna tak menyahut panggilan Ma.. No apa lagi..melaung la dari bawah..

"Kakak, cepat la bangun nak abis dah ni waktu imsa'.."

Tiba2 Abang menyampuk..
"Aih, Mama..lambat lagi la..ada 1jam lg ni ha"..

No jadi BENGONG sekejap..No tengok jam 4.40pagi..AISYEY MEN..silap haribulan daaaa..Ni kat IPOH bukan kat LABUAN hahahaha...patutnya dorang bangun sahur jam 5.30pagi hehe..

Sekali apa lagi, makanan sume dah siap dan sume dah bangun sahur AWAL la kami di pagi pertama Ramadhan hehe...Sabooo je leeee...