Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Sabtu, 24 September 2011

TAHNIAH : Anda Berjaya

Teka gambar dalam entri Teka Gambar - Dapat Hadiah Tau dah ada PEMENANGNYA...tahniah kepada Aku Ibu Muda. Jawapan yang TEPAT sekali. Yang paling No kagum..sifat yang tidak putus asa..mencuba dan terus mencuba dan akhirnya telah BERJAYA...TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH deh dari kakNo..

Teka Gambar

Dan JAWAPANNYA....


MURTABAK RAJA..klate mariiiii

Wani, nanti kakNo pos baucer tu deh..alamat Wani masih ade dalam simpanan kakNo..

Klo nak datang men air tu bagitau kakNo..takyah duk otel2 tu..duk umah kakNo je..alaaaa dekat je tu dalam 2km je...tapi jangan datang cuti time raye haji..kakNo balik klate hehehe...

Jumaat, 23 September 2011

Teka Gambar-Dapat Hadiah Tau.....

Wah, mentang2 la dah tau kat mane nak pos surat..laju ke hari ni No nak bagi hadiah untuk anda. Tapi sebelum tu kena la TEKA GAMBAR ni dlu yek..

KLU;
1) Makanan
2) Made in Kelantan
3) Terkenal/tersohor di Kelantan

Hadiah berupa sekeping Baucer Diskaun ke Lost World Of Tambun, Perak

sori..kabur sket..

Syarat-syarat Baucer Diskaun ini ;
1) Tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai..(No xmo bagi duit ye hehe)
2)Baucer ini hanya sah untuk pembelian 6tiket sahaja. (1keping tiket untuk 6orang)
3) Tidak sah untuk promosi lain.
4) Tidak sah untuk majlis berkumpulan.
5) Harga kanak-kanak terhad kepada mereka yang ketinggian 90cm ke atas dan berumur kurang daripada 12tahun.
6) Tiket yang dibeli hanya sah pada tarikh pembelian dan tidak boleh ditukar tarikh.
7) Kemukakan baucer asal semasa pembelian.

Waktu Operasi
Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat -> 11pagi-6ptg
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum ->10pagi-6ptg
TUTUP pada setiap SELASA kecuali pada cuti sekolah & cuti umum.

TARIKH LUPUT BAUCER INI adalah pada 31 OCT 2011.

Harap maklum..

p/s
teka teki lain akan menyusul.............

Khamis, 22 September 2011

Barang Anda Akan Tiba....

Malam tadi No dapat panggilan dari sahabat maya No bertanyakan pasal barang yang No janji nak pos tu kan...yang No tulis dalam entri Istimewa Untuk Anda..alahai..MINTAK MAAF la banyak2 ye buat anda semua tertunggu2. Betul juga dari pihak akak kita ni..dah janji tapi tak sampai2 juga..mana tau kan kot2 hanging ke. Atau pun ilang ke kan huhu...Minta maaf sekali lagi ye. Agaknya klo tak akak kita ni tepon No, duk menJERUK lagi la barang anda semua tu ye huhu..TERIMA KASIH BANYAK2 YE KAK hehe..

Kesnya bukan apa..syik tertangguh-tangguh..time nak pos ade hal lain la pulak. Jarak pejabat pos tu bukannya jauh sangat cuma No kena naik ke atas sket tu je. Kawan No cakap ada kat Pasar Tanjung Rambutan.

Ok, pagi ni dengan SEMANGAT WAJA nya No pun p la ke Tanjung Rambutan nak cari. Tapi tak jumpa. No benti tanya kedai runcit..ALAHAI, rupanya sebelah pejabat TNB tu je..No kene patah balik la. TNB tu plak No dah singgah p bayo bil2.. Cuma lokasinya yang menggunakan bangunan kedai tu yang buat No tak perasan. Dh sampai pejabat pos No tanya camne nak poskan barang tu. Dia cakap guna sampul surat pun takpe, pakai timbang beli stem ..MMMMM, sampul surat pun No tak beli..pakai togel lam sampul duit raye tu je haaa..pastu No tanya, selain sini ade tak pejabat pos yang lain dan dia jawab ada kat taman perumahan No upanya..tapi mini pos la.. Looooooo tak tau la pulak No selama ni..duk lalu hampir tiap hari depan mini pos upenye. ho ho ho..

Balik tu terus beli sampul surat dan terus balik umah. Sebabnya nak tulis 10 alamat tu amik masa sket hehe..maklum la lame tak menulis syik menaip je kejenye..

Lepas anto Husna dan Faris sekolah agama tadi, No singgah la mini pos tu..dan alhamdulillah semuanya sudah diposkan. Kerani tu cakap..insyALLAH akan sampai 3hari bekerja kecuali ISNIN..maknanya INSYALLAH minggu depan la sampainye ye.

siap berSTEM dah hehe

tukang buh lam peti...

Pos Mini

camne leh tak prasan huhu...
Yang signboard kuning tu sebenarnya kedai runcit yang jual bahan2 basah. Kat situ la No selalu beli ikan dan sayo. Boleh pulak tak prasan peti warna merah kat situ. Depan tu laluan utama ke taman perumahan No. Belakang bangunan kedai tu pula ada masjid dan Sek Agama Rakyat Husna dan Faris. Dlu rasanya dah tengok kiri kanan kat situ. Klo tak.. takde la No rajin2 p naik kat TNB Tg. Rambutan nak bayo bil api dan elektrik hahahaha...saboo jela..

Ok, kepada Hany, kakIna, Rina, kakPia, kakSal, DD, kakAin, Fazz, kakSuri dan kakAriana..sekali lagi No mohon maaf ye.

P/S;;;
Baucer Diskaun ke Lost World of Tambun masih tidak digunakan lagi..hurmm ada sape2 nak tak????

Rabu, 21 September 2011

Lawak Lagu Salah Lirik : Bikin Pecah Perut

No terjumpa video ni lam youtube. Mula2 dengar No enjoy tapi lama2 leh pecah perut No dibuatnya..dari ayat permulaan hinggalah ke ayat terakhir dalam lirik tuh haha..

Anda nak tau apa liriknye????..sila la dengar ya..No harap anda semua ENJOOOOOOY..


Pe2..pun SELAMAT HARI RAYE hehe

Isnin, 19 September 2011

Gunung Lang, Ipoh Perak

Kemana anda di hari minggu lepas?? Duk umah, jalan2 atau p open house?? 

Jum'at, kami just kua dekat2 je (kedai moto hehe)..Sabtu, No lepak rumah je sebab bagi laluan anak2 nak ulangkaji. Ye la, sejak raye syik berjalan je kan. Ahad.. lepas Zohor Abang ajak keluar. Mula2 Abang bawa p Sungai Siput..rupanya nak tunjuk ladang rusa hehe..klo nak makan daging rusa yang segar kene beli di sana la. Harga No tak pasti berapa sebab banyak harga pula klo tanya orang disana. Nak masuk dalam, hari Ahad kan TUTUUUUP.. Selain tu lembu kerbau dan kambing turut diternak disini. Mmm kalo nak rasa telur Burung Kasawari sila la datang tempah ye..

Pusat Latihan Ternakan Veterina
Kemudian terus patah balik dan Abang singgah di Taman Rekreasi Gunung Lang dan Waaaaaah, bestnye kat sana. Amat sesuai untuk penggemar alam sekitar. Tempatnya sejuk dan nyaman dengan tumbuhan menghijau serta bukit batu kapurnya yang amat cantik. Petang tu dalam 3pasang pengantin mengadakan photo shoot. Dan port yang amat menarik untuk 'kaki tembak'.







Di sini ada perkhidmatan bot untuk meredah tasik..harga untuk dewasa RM3, kanak2 dan warga emas RM1.50 tapi kami tak naik..Masa tak mengizinkan. No tak dapat nak shoot banyak2 sebab kamera No anak sedare pinjam (die punye losak loooo)..jadi terpaksa guna henpom je la.

Nak tengok lagi sila ke Photod40.blogspot.com..memang tak rugi kalu anda datang ke sini.

Lokasi Gunung Lang ni berhampiran dengan bandar Ipoh..ala dekat je..dekat sangat sangat hehe..

Jangan tak tau pula, tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak ye...

Jumaat, 16 September 2011

Merempit Lagi

Pagi ni sepatutnya kami pergi ke stadium untuk tengok perarakan. Tapi duk tung tang tung tang lam umah dh lewat dah..tengok lam tv je la..SELAMAT HARI 1MALAYSIA dan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN No ucapkan..

Lepas sarapan pagi, Abang ajak keluar. Rupanya Abang singgah di kedai moto. Tau apa yang Abang berkenan??...

Honda Wave Dash 110-Orange
Amacam, OK tak??

Oren pun oren la..dah tuan dia berkenan kan. InsyALLAH xde aral Isnin atau Selasa sampai la kat depan umah ni. Sebab JPJ buka Isnin ni..Jumaat cuti 1Malaysia huhu..

Beli moto ni dapat free gift 2biji helmet, 1 yang harga RM168, 1 yang normal tu yang harga RM68, 1 set baju hujan, 1 mangga kunci rim dan alarm. Standard la kan klo beli moto helmet dan baju hujan mesti dapat free punya kan hehe..

Model ni sekali tengok ada persamaan dengan Yamaha..

Yamaha LC 135
Mula2 memang Abang berkenankan Yamaha ni tapi memandangkan harga agak 'naik' sket dan moto ning memang 'hot' tak jadi la..


Lepas ni jarak No 'bekerja' dah terhad untuk jarak dekat la pla kan hehehehe...

Jumaat, 9 September 2011

Loghat

Kihkihkih..terkekek kekek No dibuatnya deh komen DD dalam entri semalam.
DD komen; Ingatkan fadhlan cakap loghat Tganu..ekekekeke..

Sebenarnye memang bahasa pertuturan kami adalah Loghat TERENGGANU. Cuma anak2 ebih kepada loghat standard..orang kata cakap KL. Farihin dan Fadhlan masa sekolah kat Labuan dorang lebih bahasa standard la..cuma sejak akhir2 ni No perasan anak2 No dah bercampur aduk dah bahasa dorang. Kekadang dengar dorang cakap KL campo loghat Terengganu, kemudian balik Kelantan dengar sleng Klate la pulak. Bak kata dalam setiap patah perkataan mereka tu ada sedikit sebanyak Labuan, Terengganu, Kelantan dan tak mustahil esok2  dorang akan campur aduk ngan Loghat Perak la pla kan.

Contoh mereka masih mengekalkan perkataan LIMPAS (Labuan) bukan LIPAS ye..
"Dah LIMPAS Perok ke belom?.." (Loghat Terengganu + Labuan) - Dah melepasi Perak ke belum?.
"Kakak nok g mano tu?" (Loghat Klate) - Kakak nak pergi mana tuh?
"Jangang wat adik bah.." - Jangan usik adik.. kebiasaan orang Labuan dan Sabah akan menambah perkataan BAH/BHA di belakang penggunaan ayat mereka seperti mane EK untuk Johor, JAH untuk Klate, DEH untuk Teghanung...

Contoh
"Oooo macam tu EK.."
"Nok g situ JAH menta ( sebut MENteri TAnah).."-Nak pergi ke situ je kejap..
"Mung kabo kak ku deh"..-Mu bagitau pada aku ya..

Pernah ada satu peritiwa lucu antara No dan anak2 dlu..masa tu Fadhlan umo 3tahun. No ajar dia cara2 nak basuh vontot lepas melepas. Ye la, lagi 2minggu (4tahun) nak masuk sekolah tadika kan..nanti kang tak pasal2 dia suh cikgu plak yang menyental vontot dia hehe..

No : Adik buke kpale paip ngan tangan kanan, amik waya tu ngan tangan kanan kedian GONYOH punggung ngan tangan kiri..

Fadhlan terkebil2 tengok No sambil air tu bercucuran atas lantai..No geram kate GONYOH la punggung tu wat ape laginyeeee..Fadhlan masih putih biji mata dia..Last2 No tunjuk cara camne nak GONYOH tu dengan tangan..

Fadhlan : ooo GOCOK (gosok) ye mama...sambil slow2 die gosok punggung dia tuh..

Mmmmm tepuk dahi No dibuatnye.

Situasi lain pula dengan si Faris di meja makan.
No : Cepak la makang tuh..kek g DOPDANG (xdan) pulop..(cepat lah makan tu nanti tak sempat pula)
Faris : Mane UDANG Mama..takde pon...
No : (huhuhuhu...sabooooo)

Sampai sekarang kalo dorang terdengar No cakap dengan Abang loghat Teghanung..dorang akan tanya maksud tu..Last2 dorang cakap..PELIK LA MAMA NGAN ABAH CAKAP huhuhu...

Pelik bagi anak2 yang masih naif pasal bahasa IBUNDA mereka.

anok2 bertuoh No..
No suka sangat tengok dan dengar anak2 kawan bertutur dalam loghat masing2 (selain Trg/KL). Tambahan klo anak2 tu bawah umo 6-7tahun...comel sangat nampak hihi..


P/S : Esok p beraya kat PJ, Kelana Utama, Kajang dan Ulu Kelang..Kakak2 dan Abang2 No mesti kene p ziarah..

Khamis, 8 September 2011

Duit Punya Cerita

Situasi Pertama lepas dapat duit raya.

Fadhlan : "Adik bagi Mama duit Adik.."sambil menghulurkan samput duit raya pada No..
No : "Time kasih".. Macam biasa la No tanda nama masing2 pada setiap sampul yang No dapat.
Fadhlan : "Hari tu Mama cakap Mama kan takde duit.." sambung Fadhlan sambil tersengih2.

Tiba2 No teringat situasi di sebuah pasaraya.

Fadhlan : "Mama, Adik nak TRANSFOMERS tu.." sambil menunjukkan sebuah mainan di atas rak.
No : "Mama takde duit la Dik. Mainan tu mahal.." macam biasa 'helah' yang selalu No bagi pada anak2 untuk mengelakkan pembelian diluar kawalan hehe..

Situasi Kedua 2hari lepas di sebuah pasaraya.

Fadhlan : "Mama, adik nak Milo.."
Kebetulan pula duit yang Abang bagi cukup2 untuk beli bahan basah jadi No pun memujuk Fadhlan.
No : "Alooo Dik, Mama tak cukup duit la..nanti Mama minta duit ngan Abah lagi ye"..
Fadhlan : "Kan Adik bagi Mama banyak duit hari tu..Mama beli la" merujuk kepada duit rayanya..
No : "Oooo..tu duit Adik, nanti Mama nak simpan dalam BANK ..esok2 Adik nak sekolah (sambung belajar), Adik amik duit tu la.
Fadhlan : "BENG yang wane putih tu ke Mama..yang Abang Yin naik g sekolah tu.."
No : "Eh bukan..itu VAN..sambil No tekankan bunyi V dan N. Yang ni BANK sambil No tekan bunyi B dan K. BANK ni tempat kita simpan duit. VAN ni KENDERAAN, BANK pula BANGUNAN.

Fadhlan panggil Beng (van) Putih huhu..
-tq engoogle-

No tengok si Fadhlan ni agak bingung sket. Alahai, macam mane la pulak nak terangkan..

No : "Adik tengok tak Abah g amik duit kat mana?..Fadhlan terus mengangguk.
No : "Haaa...tu la BANK.."
Fadhlan : "Oooo.."..

Kadang2 susah juga nak terangkan dengan anak yang berumo 4tahun ni kan..

kenangan di Kundasang-Fadhlan

PERINGATAN BERSAMA
Buat la akaun simpanan untuk anak2 anda untuk memudahkan mereka di masa depan. Sebabnya kita tak tau apa akan jadi pada kita lepas ni.

Rabu, 7 September 2011

Hati Tercuit

Dalam duk meraya ni No amat tercuit dengan dialog ni..

"Tak sampai hati nak panggil TOK, muda sangat"

Ketawa besar No dibuatnya.

Alkisahnya No meraya di rumah Abang No yang paling tua. Dan itulah dialong yang keluar dari mulut CUCU SEDARA No yang paling tua hahaha..

Dalam bulatan tu la si Ariff..
cucu sedare No yang paling tua
Ariff baru lepas SPM tahun lepas dan sekarang sambung belajar di UIA.
my eldest bro..pencen lama daaaah
anak dan cucu sdare 

Anak panah tu kakNora, Umi si Ariff. Walopun pangkat anak sedare tapi panggilan 'KAK' masih menebal. Dah tergeliat lidah masa zaman budak2 yang paling besar mesti panggil 'KAK' walopon kakNora panggil No 'MOKNO' serta jenuh di tegur oleh arwah Mak..tu ANAK la bukan KAKAK..


Jenuh mencari gambo Ayah si Ariff ni dalam album. Akhirnya jumpa jugak. Inilah anak sedare No yang paling tua. Tak sempat nak jumpa sebab tahun di kena beraya di laut..

Kita dlu main pondok2 ngan anak sedare..KAKAK ABANG tu pulak ibarat MAK PAK SEDARE huhuhu...alahai..terbalik kot la pulak..

Selasa, 6 September 2011

Edisi Jejak Kasih

Alhamdulillah..sekali lagi diizinkan ALLAH TAALA untuk No mencoretkan serba sedikit di sini sejak bercuti raya. Lame beno menyepi...

Tahun ni No tak sempat nak snap gambo kami sekeluarga. Sebabnya, pagi2 lagi Husna, Faris dan Fadhlan ikut sepupu dorang p beraya. Tengok mood lepas ni kalu rasa nak buat kenangan kita pakat p snap kat kedai gambo la jawabnya..

Tahun ni juga merupakan kenangan manis No sebabnya No dapat jumpa kawan lama. Tapi 2orang je la. Yang lain tak sempat No nak ziarah. Mereka ni merupakan rakan No di zaman sekolah rendah lagi..lama tuuuu

Tini dan No
Raya ke-2, No sempat ke rumah Tini. Sebabnya sama line dengan rumah anak sedara No kat Marang. Alhamdulillah, lepas STPM tahun 1996, inilah kali pertama kami berjumpa. Kebetulan pula kami 1kelas mase Form6 dlu.

Ida, No dan Tini
Raya ke-4, No sempat singgah ke rumah Ida pula. Ngan Ida ni lepas UPSR terus membawa haluan masing2. Tak silap hanya sekali No jumpa Ida masa bujang dlu. Itupun dalam 5-10minit sebab kebetulan kami naik bas yang sama. Kemudian masing2 menyepi.

Kenangan Geng KAFA SK. Marang
Camne raya anda?..tentu seronok kan.