Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 31 Oktober 2011

Pernah Dapat JOHAN?

Sedang No duk belek gambo2 lama dalam fb ni..tetiba No tersentuh dengan komen ni..


Hahaha...No sungguh2 xtau yang No pernah jadi Johan dalam Pertandingan Bayi Sihat. Yang No ingat memang No selalu p klinik desa kat kampung No tu. Masa tu tentula kita dah besar sebab dah ingat memori tu..

Klo nak tau cerita sebenar kene jejak kasih jumpa ayah si BHKM ni la..tu name gleme..ala, takkan x ingat cite Kesatria Baja Hitam..salah satu cite kegemaran No dlu selain Gaban...

Ni la No si Bayi Sihat tu hehehe
DOB : 8 Mac 1977
Berat lahir : ntah le...

Nurul Husna
23 Mei 2000
Berat lahir : 2.9kg

Muhamad Faris
13 Sept 2001
Berat lahir : 3kg

Muhammad Farihin
4 Feb 2006
Berat lahir : 3.55kg

Muhammad Fadhlan Fakhri
19 Mac 2007
Berat lahir : 3.2kg

Sume gambo anak2 adalah baru lepas bercukur hehehe....

Sabtu, 29 Oktober 2011

Misteri 7E....

Mula2 sekali No nak minta maaf la ye. Sebabnya No pun 50/50 nak percaya ni manusia ke syaitan. Tapi video ning dah di upload meluas dalam fb terutamanya pemilik akaun dari Terengganu.

Banyak andaian telah didapati. Bagi yang was2 terus menghubungi kenalan masing2 di sana. Malah ada juga pergi sendiri untuk bertanya khabar betulkah kejadian tersebut. Dan terus respon yang ianya betul2 terjadi.

Kejadian berlaku di 7 Eleven Paka, Dungun Terengganu..

Walau pe2 pun..anda nilai la sendiri. Sekiranya betul ianya pun makhluk ALLAH juga kan. Tapi sekiranya tidak maka anggaplah jelmaan tersebut adalah MAKCIK YANG KURANG SARA klo dalam istilah melayu ada penyakit mental. Atau ada seseorang yang mempunyai niat tak baik..Tapi jika sekiranya 3-3 tu salah dan hanya lah editting semata2..No memang tabik la kat budak yang buat video ni sebab dah bagi GEMPAR SELURUH WARGA PAKA amnya dan seluruh rakyat TERENGGANU khasnya..Dan editting yang terbaik sebab part akhir tetiba HILANG GHAIB..Tapi No rasa BUKAN EDIT sebab bayangannya terpisah diantara stiker dan barangan di cermin 7E tu. Mmmmmmm...sape ye??

Cuma apa yang No pasti dalam video ni kata ada nampak BUDAK..dan perhatikan bila Zizol yang pakai baju merah tu keluar..dengar dari percakapannya memang ada budak tp di dalam video tersebut BUDAK TIDAK KELIHATAN..

Tonton la dan nilai la sendiri...ini adalah rakaman dari cctv 7E dan di rakam balik dalam hp..


p/s : antu moden pakai handbag daaaaaa hihihi....

Tapi No juga ada peristiwa yang benar2 berlaku pada kawan No..dalam dia duk snap2 gambar dalam acara bakar2 ala bbq kat umahnya..lepas di upload dalam pc dan terjumpa la sekeping gambar ni..

Makhluk bercahaya
No pernah buat entri  di sini tapi sayang tuan punya fb dah padam album ni sebab ada yang tuduh dia mereka2 kan cerita. Hanya ALLAH SWT YANG MAHA MENGETAHUI..

~WALLAHUALAM~


No klo tersempak iblis syaitan tak takut tapi klo terserempak orang bertopengkan syaitan..kita tiup bace jampi serapah pon dia tak lari2..habis2 tangan kita yang putus huhuhuhu...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Angkara Si Madu


Sakitnya hati tak siapa yang tau..
Hanya padaMU tempat ku mengadu..

Hancurnya jiwa merobek hatiku..
Bila di khianati bertalu talu..

Ye la..mana tak sakitnya hati bila kawan yang kita percaya sanggup menipu kita kan. Dah nama kawan, kenalah kita percaya tapi ada juga ada niat sebaliknya..Mulut manis kemain laginya..Sakitnya..Sedihnya..Pedihnya memang terasa. Sebab ianya akan meninggalkan kesan untuk jangkamasa lama bagi kita.

Masih pening2 lalat lagi ke?..Ni ha..Abang beli sebotol madu dengan kawannya. Kata ASLI. Dah ramai orang beli dan ada pelanggan tetap lagi. KATANYA LAH..Sekali Abang amik la masa bulan puasa dlu klo x silap. Dah bekasnya besar, No asingkan dalam botol kecil dan selebihnya simpan dalam peti ais. Sekali lepas raya tengok dah beku..hawau betul la. Kemudian Abang letak kat luar tak lama, datang la berderet2 sang semut.....

Nampak tak semut tu?..

Pati gula (anak panah)

Ni yang dah hampir sebulan duk kat luar.

Memang masa mula2 beli ada bau2 masam sket. Tapi lama2 bertukar jadi manis dan akhirnya memekat kemudian membeku. Harga? Jangan tanya la sebab dah ASLI kan tentu la ADA HARGA sket tapiiiiii.....hampeeeeh..

Memang ada petua cara2 nak kenal yang mana ASLI ke tak kan tapi kita dah kira percaya kat kawan kira ambik je la.

Antara ciri2 MADU ASLI
1) Titik atas tisu/kertas..klo x serap ASLI la.
2) Letak kira2 1sudu atas pinggan dan biarkan..klo ada xde semut maka ianya ASLI la. Semut xsuka madu asli sebab baunya yang kuat dan ia akan mati kepanasan sekiranya terminum madu.
3) Buih madu yang kekuningan. Klo putih tu adalah gula.

Rasanya banyak lagi..yang titik atas kuku tu No tak ingat camne..sama ada dia x meleleh klo x silap la..klo silap maafkan la ye...

No dah TERKENA harap anda JANGAN TERKENA..
BERHATI-HATI LA YE...

Khamis, 27 Oktober 2011

JenJalan Lagi>Sri Iskandar-Lumut

Sabtu lepas Abang ajak No dan anak2 p ikut Abang p Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak. Abang dijemput dalam satu program disana. 

Program start jam3 tapi Abang tak pasti tempatnya dimana jadi kami keluar awal kira2 jam 12tgh. Dalam 1jam lebih dah sampai Seri Iskandar xde la jauh sangat hehe. Sampai2 tak jumpa pulak mana kolejnya. Terpaksa tanya pakcik jaga kat IKBN..mmmmm xde signboard rupanya..patut la tak jumpa huhu.. Dah tau lokasi keluar balik isi perut dan isi tangungjawab. Dalam jam 2.45 terus gerak masuk balik.

Ada karnival rupanya jadi kami xde la boring sangat sambil tunggu Abang abis jam5 nanti. Tapi kecik2 je..dalam 10-15gerai macam tu la kot.

Acara Tebar Roti Canai
Yeaaah....tebar dik..baru form3 adik nih..

Acara Teh Tarik
Pakcik ni JUARA ooo sbb tarian dangdutnye haha

Penonton yang tak berapa setia
Nak setia macam mana..kejap2 nak p toilet, kejap2 nak beli air.

koleksi
Dah alang2 p sana kan Abang langsung ke Lumut pulak lepas selesai tugas Abang.

Offer murah2..tapi No masuk kedai lain..

x p, amik gambo pun jadi la
Sampai2 dah hampir jam7..xsempat nak p P.Pangkor. Abang kata lenkali la..p pagi balik petang.


Haa..No masuk kedai ni dan kedai seblah je. Borong segala mak nenek yang berkenan. Kemudian kami singgah di Restoran Ikan Bakar Lumut.

Harga setiap jenis ikan

Siap sudah..Siakap Bakar
Abang memang suka dengan setiap menu yang Abang order. Kena dengan selera Abang. No?? Makan je sebab No jenis semua pulun hehe..Tapi bagi No klo ada bb tu memang tak sesuai la p sana sebab ada asap dari kotak telo dan ubat nyamuk untuk menghalau nyamuk. Walau macam mana pun orang tetap ramai di sana. No xsempat nk snap dh..batteri kong..

Walaupun ikut jarak dari Ipoh-Lumut hanya 80km sahaja. Tapi dari Lumut ke pintu pagar rumah No adalah kira2 104km. Sebabnya sampai 1simpang ke Bandar Ipoh masuk jalan lain..untuk ke rumah No kena masuk jalan Tambun/Tg. Rambutan.

Apa2 pun No enjoy sangat p sana.

Tuuu dia..sampai kepala ikan je nampak haha..

Ikan pekasam beli kat Lumut. Adik jual tu kata goreng dengan bawang lada. Tak payah basuh katanya. Goreng bawang lada terus masukkan ikan. Tapi macam tak kene je dengan selera kami huhuhu..ke ada resepi yang lain yang lagi sedap hehe.. Jom kongsi2..

Selasa, 25 Oktober 2011

Misi Cari Harta Karun

Semalam No dah daftar ke Klinik Ibu Mengandung. Sebelum tu No dah singgah sana tanya apa yang perlu dibawa. Takut pula lain tempat lain cara kan. Buku Rekod Kesihatan Ibu (pink) anak ke4 dan Sijil Nikah yang diperlukan. Dalam kepala No..>>>>Alamak, buku tu ade kat maneeeee???<<<<

Jadi, No pun mulakan operasi mencari dan mengeledah..lokasi adalah di bawah tangga hehe..

Pilih ye jangan tak pilih,...

Nah, jumpa pun..ada dalam kotak tanda tu. 


Kenapa yang satu tu warna putih ye? Sebabnya stok buku dah abis mase No duk Labuan dlu. Biasa la Labuan kan, selalu stok putus hehe..

Alhamdulillah..nasib la perut ni lasak duk angkat letak kotak2 sume tu. No ni jenis klo terdaya No akan buat sendiri. Lain la klo memang langsung xleh bangun kan. Lagipun setakat ni No xde alami sebarang alahan..Alhamdulillah.

Isnin No terus p klinik. Mengikut ujian darah, Alhamdulillah No punya BH 12.4 cuma tekanan darah je rendah sket 100/60 dan berat No sekarang..jeng jeng jeng..63kg tau huhuhu...

Mak ai, cepatnye naiiiiiik..September lepas 61.5kg je..mmm sekarang selera makan No makin bertambah. Malam2 sekitar jam9 perut kembali lapar. Jadi nak tak nak, bukak balik la segala apa yang ada..

Oh ya..sume anak2 No gembira bila dapat tau akan dapat adik baru lagi. Fadhlan pun asyik2 pegang perut je. Tapi dia nak adik lelaki hahaha...sabo je la..

Abang pun selalu tanya No nak makan apa. Mana tau mengidam itu ini kan, senang dia nak cari. Tapi No xde pula rasa pe2..cuma klo Tapai Ubi tu ada la. Oh ya, No baru je abiskan 2kg tapai yang No tempah sebelum tau No mengandung. 10 hari lepas tempah baru sampai huhu.. Tapi kali ni No lebih suka makan terus dari dimasak atau di goreng. Pakcik tu cakap tapai ubi ni tak masak lagi, kena makan malam nnt ke atau esok tp No dapat2 je terus makan....mmmm alangkah nikmatnya bila masuk kedalam mulut..

sampai2 je 5-6ketul dah pulun..

Kata orang tapai ni tajam. Dan No ada baca juga tapai ni sesuai hanya selepas bersalin untuk panaskan badan. Dan untuk merancang kehamilan. Ini petua orang tua2 la, No pun dah lupa apa bahan2 lain sebab No tak amalkan. 

Tapi tak tau la, mulut ni terasa semacam je klo ternampak..

>>Hidup makin bermakna sekarang dengan sokongan ahli keluarga<<

Khamis, 20 Oktober 2011

Dah Pandai Dating

Semalam si Husna balik cerita..

Husna : Mama, tadi ustazah tangkap orang becinte..
No : Becinte? Sape?
Husna : Budak darjah 4..laki pompuan tu darjah 4.
No : Kat mane Ustazah tangkap? Ustazah jumpe ke?
Husna : Ade orang repot pastu Ustazah g cari. Dorang dating kat kedai makan, ponteng sekolah.

**Dorang berdua tu pelajar Sekolah Agama Rakyat sebelah petang.

Huhuhu...anak zaman sekarang..mmmm makin risau dengan perkembangan semasa..

Rabu, 19 Oktober 2011

Murtabak Raja

Anda penggemar Murtabak?? Klo singgah ke negeri Cik Siti Wan Kembang anda seharusnya merasa MURTABAK RAJA. Bagi No Murtabak Raja ni adalah yang terbaik kerana dilimpahi daging cincang yang banyak dan diadun sekata bersama bahan2nya. Saiznya sudah semestinya saiz besar hehe..

Saiz pinggan No 10 1/2inci
RM14

Tengoklah ketebalannya..

Murtabak ni No tempah dengan SIL No. Sebelum ni mertua SIL yang usahakan di kampungnya. Sekarang keadaan mertua SIL semakin uzur dan usaha itu diwarisi anaknya pula.

Selain ni No pernah merasa Murtabak Raja Daging Lada Hitam. Rasanya sudah semesti ada pedas2 lada hitam sket. Yang telah diusaha oleh anak Kelantan untuk pasaran Malaysia..keluaran Bumiputra.

Didatangi khas dalam kotak istimewa..
dari Muslim Best Halal Products

Harga RM22 (termasuk kospos).
-Masa ni No duk Labuan-

Boleh tahan jugak tebalnya..


Tapi bila anda adalah peminat setia Murtabak Raja ni..anda dapat bezakan rasa yang diusahakan oleh orang kampung dan rasa yang diusahakan secara komesial. Tak dinafikan rasa keduanya memang sedap..tapi anda akan dapat merasai kelainan. Biasanya orang kampung akan lebih 'ikhlas'..

Cuba anda perhatikan betul2..A mewakili perusahaan komesial dan B mewakili perusahaan orang kampung.

Warna MERAH : kulit (tepung)
Warna Hijau : isi daging

Dan No tak akan lepaskan peluang untuk menempah 10biji setiap kali No terasa nak makan hehe. Dan No dah tak makan murtabak yang dijual di pasar malam tu sebab banyak ubi kentang je. Klo kata Murtabak Daging ada la 1-2 ketul yang sesat..

Mmmmm..raya haji makin menjelang. Klo nak kena tempah awal2 sebab biasanya tak menang tangan..klo lambat kirim salam la jawabnya..

Cara nak makan biasanya ia akan disejukbekukan. Letak dalam icebox. Nak makan amik panaskan dalam oven api atas bawah kira2 15-20minit. Nak pastikan ianya dah boleh dimakan..amik lidi satay tu cucuk tengah2 murtabak tu. Klo keras sila panaskan lagi..klo lembut dah OK la tu. Nak lagi garing terus masukkan ke dalam kuali dengan api perlahan..balikkan atas bawah. Atau bagi yang tiada oven, keluarkan dan biarkan dalam suhu bilik dalam 4-5jam..kemudian goreng/panaskan dalam kuali..jangan lupa tutup kuali untuk hasil yang maksimum.

Pssst...musim korban ni boleh bawak daging sendiri..dapat la harga lagi murah hehehe....


~~~~~~~~~~~~~~
Lupa nak cerita..kuahnya ialah campuran hirisan bawang + cuka + gula.

Selasa, 18 Oktober 2011

Santai Di Pantai Pandak, Chendering.

Time No balik kampung hari tu, sempat juga singgah menikmati suasana di sini. Balik raya sebelum tu tak sempat, ye la..duk ke hulu ke hilir kan..tu pun masih ada yang tercicir dalam senarai untuk diziarahi..

Lokasi Pantai Pandak ni dekat je dengan rumah kakak No. No lepak sini setelah balik dari bandar Kuala Terengganu..ala yang entri naik Bok Nambang. Sebab tu masih berpakaian yang sama hehe..









Cuma yang tak seronoknya, keadaan pantai yang tidak dijaga sepenuhnya oleh pengunjung. Mereka membuang sampah dan sisa makanan yang dibawa di merata tempat. Mmmmmmm.....





Sampai bilakan kita harus begini??..

Isnin, 17 Oktober 2011

Diet??? Lupakan Saja...

Nampaknya No terpaksa berpuas hati dengan berat sekarang..


Sebabnya ia akan bertambah menjadi seperti di bawah...

V

V

V


Kerana.....


V


V


V



Anda nampak tak????..Haaaa, tu maknanya No akan memasuki FASA BARU hehehe...ALHAMDULILLAH, SYUKUR dengan limpahan rezeki ini...

Sebenarnya No dah lewat 12hari(hari ni) jadi petang semalam No p klinik. Doctor pulak masuk lambat..terpaksa la No beli alat tu dan cek kat umah. Dan itulah hasil yang No dapat.

Petanda yang menguatkan lagi keadaan No, mula2 No mengidam Tapai Goreng..Pantang jumpa No mesti beli dan makan. Kedua, badan No terasa naik suhunya..membahang, kipas sentiasa on. Ketiga No mengalami sakit kepala dan mual selama 4hari...No tahan tak makan ubat tahan sakit sebab masa tu dah lewat 5-6hari...takut jugak klo betul lekat.., skang dah OK..tapi Abang kata No sakit kepala sebab makan petai huhu..Keempat, kawasan nipple No amat sensitif..sakit sangat bila tersentuh. ..dan semalam hari ke11 adalah PENENTUnya. ALHAMDLULILLAH sekali lagi.

Selama mana dah usianya No tak pasti sebab tak jumpa doktor lagi..insyALLAH dalam minggu ni juga kot No p sebab nak amik ubat Obimin juga. Time tu leh la tau bila duedate No..

Doakan semoga kandungan No akan selamat dan terus sihat ye...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bok Nambang

Tarikh/Hari : 28 Sept 2011/Rabu
Tempat : Sungai Kuala Terengganu

Tau apa makna tajuk entri kali ning?? Orang Pantai Timur sure tau kan hehe..Tu la panggilan kami pada Bot Tambang. Ala bot yang bawa penumpang ulang alik dalam sungai tu. Yang bunyi kuat semacam tu hehehe...tapi yang penting untuk jarak dekat je boleh naik. Jarak jauh kena cari bot lain yang lebih laju..

Time No balik Terengganu dlu sempat la bawa anak2 naik bot>>sebenarnya No yang lebih2 nak naiknyee<<..Jadi untuk melepaskan hajat, kami pun kemuara sungai di Kuala Terengganu yang bersebelahan dengan Kompleks Pasar Payang..


Hampir penuh juga dalam bot ni..


Ala, akak baju itam tu malu2 la pulak hihi...


Belakang tu ialah Pulau Duyung..


Belakang tu jeti Pulau Duyung..kami tak turun..terus patah balik. Dewasa RM1, kanak2 50sen..budak kecik free..


Dah selamat sampai daaaaah...Bot warna biru tu la yang No naik.

Si Fadhlan dan Farihin tak puas naik lagi..pantang jumpa air nak naik bot huhuhuhu....

Kebetulan masa No balik tu, malam tu berlakunya ribut taufan..huhuhu memang dasyat kesannya. Abis pokok tumbang, atap pecah. Dan No hanya sempat snap gambar jeti yang bumbungnya hancur berkecai. Nak naik bot kena naik kat jeti lama.

Malam ribut tu kami on the way dari Ipoh balik Terengganu. Masa tu di area Macang, memang hujan lebat. Alhamdulillah ALLAH SWT mempermudahkan perjalanan kami..Syukur ALHAMDULILLAH...



Ni antara video klip pasal ribut tu..


Ni kesan selepas ribut pada 18 Jun 2011. 


Maknanya tahun ni dh pernah terjadi la ye..hurrrmmm...
Semoga ALLAH SWT mengampunkan semua dosa2 kita muslimin dan muslimat...semoga ALLAH SWT juga melindungi semua muslimin dan muslimat..amiiiiiin

Khamis, 13 Oktober 2011

Shell Nak Bagi Duit...Tapi Stesen Minyak Buat Hal..

Mak ai..panjang nye tajuk hehe..

Abang sejak guna moto kapcai tu dia guna Shell. Dia kata ada KEPUASAN bila guna Shell. Dan sejak guna Shell dah x campo ngan brand lain.

Dan sekarang Shell buat lagi peraduan nak bagi duit ni. Sape yang xnak kan? Isi minyak dapat duit hehe..cuma apa yang No nak cerita ni adalah masalah pelanggan. Klo ada pihak Shell yang bace (ada ke??) harap diberi perhatian la ya..Costumer Is Always Right kan?..

Masa duk Labuan dlu kami xde la dapat masalah2 remeh macam ni. Isi minyak je terus kerani kaunter tu bagi sekeping borang peraduan..nak isi ke tak terpulang la..klo orang xramai No terus isi dan masukkan ke dalam kotak. Takpun Abang isikan minyak, No isi borang trsebut.

TAPIIIIIII...bila balik je semenanjung lain cerita la pula. Apa yang kita kena buat..
1) Pergi kaunter beli minyak..
2) Kemudian isi minyak dlu..alihkan kereta->ramai duk bratur tuuuuu
3) Pergi kat kaunter balik mintak resit dan borang peraduan..
4) Isi dan masukkan ke dalam kotak.

Anda nampak tak?? Kan dah menyusahkan pelanggan tu. Kenapa No kata macam tu. Cuba lihat no3) Pergi balik mintak resit dan borang (sebenarnya bukan hadap sangat nak isi tapi dah PELUANG DEPAN MATA kan..) selalunya kerani tu akan tanya balik..

"Ya encik..mau apa??" sebab kita duk tercegat tanpa menghulur duit.

Cuba bayangkan?? Hampir kesemua stesen minyak yang buat sistem macam tu akan tanya balik tujuan kita...aduyai..kemudian klo la time tu orang tengah ramai..buang masa plak kita duk beratur sekali lagi..

Abang pernah tanya, kenapa buat sistem macam ni?? Kerani tu kata 
"Ini arahan dari PENGURUS encik..saya ikut je..dan bukan encik sorang yang komplen..pelanggan lain pun komplen macam ni jugak.."

Tengoooook??

Abang kata.."Haaaa, cuba U bagitau sekali lagi kat PENGURUS U tu..nyusahkan pelanggan je..."

Dan lepas tu bila isi minyak dia xbagi terus borang peraduan kami akan TERUS PERGI meninggalkan stesen minyak yang banyak songeh tu. MASA ITU EMAS..

Ok la..xmo bebel panjang2..cite xde gambo x seronok pulak kan hehe..

Duit free..sape taknak kan??

Hurrmmm...xdapat RM100..
dapat GRAND PRIZE pun jadi la 

hahahaha.. hampeh

Pemenang dah dapat RM20K tuuuu...

Ni lagi antara yang dah menang....
Contoh borang peraduan dari depan
 Semalam No dapat sekeping lagi tanpa bertanya sepatah pun. Terima kasih kepada pihak PENGURUS kerana sentiasa menjaga pelanggannya dan inilah satu2 stesyen minyak yang No suka singgah..sebab apa? Mungkin No selesa dengan urusan disana kot hehe..

Isi..jangan x isi..
Walau dah beratus keping isi tapi No masih belum bernasib baik..Orang kata takde rezeki lagi la tu kan hehehe....


Maklumat lanjut layari http://www.shell.com.my


Errr..anda guna minyak dari syarikat mana ye??