Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 22 Disember 2011

Berehat Dlu..

Salam ziarah untuk pembaca No ya..

Untuk rakan2 maya No, izinkan No berehat sekejap dalam dunia blogging ni. Ini kerana No mendapat gangguan internet. Nak ziarah rakan2 pun tak selesa sebab lambat loading. Klo ada gambar lagi la lambat No nak tengok...kadang2 tak bukak langsung gamba tu huhu..

Tapi No masih aktif di FB..sape nak ADD sila ke Norhafiza Abdullah. Walopun tak nampak tanda HIJAU tu tapi No masih on9..klo anda hanta mesej dan berjawab tu on9 la No hehehehe...

Fazz : kakNo masih xdapat tengok video hantu tu la...sabooooooo

Jumaat, 16 Disember 2011

Jawapan : Gambar Tersembunyi

Jawapan untuk gambar dalan entri Gambar Tersembunyi : Jom Cari semalam ialah...


Tuuuuu hihi
Kepala Orang
Orang ke 4
Beruang
Nampak Ayam? hehe

Khamis, 15 Disember 2011

Gambar Tersembunyi : Jom Cari..

Hari ni No nak main senaman mata. Biar terang bijik mata kite hehe...

Jadi, jom jom kite cari...
#1 : PELUKIS

#2 : KEPALA ORANG

#3 : ORANG KE-4

#4 : BERUANG

#5 : APA YANG ANDA NAMPAK??

Selasa, 13 Disember 2011

Ketiak Berbau?..Malunyeeee

Pernah tak anda masuk dalam lif..orangnya takda tapi ADE BAU laaaaaa...bau apa? Hapak hapak tapi intai intai tak nampak..bukan hapak tapi HANGIIIIIT huhu..


Ataupun, dalam lif tu ada beberapa orang dan bau tersebut tak tau dari TUAN yang mana satu. Tu ok lagi kan. TAPI, klo la TUAN EMPUNYA BADAN tu, muka cantik, bodi menggoda tapi lalu tepi kita...YA ALLLAH....nak termuntah la plak.. Eh, anda jangan kata takda orang macam tu ye. No dan Abang pernah terkena. Yang memalukan sekali Abang boleh siap bagi komen.."Harap muka je lawa" huhuhu...Anak dara pulak tuh..


Jadi bagi yang rasa bawah lengan dia tu macam ADE BAU, cuba la pakai deodorant. Beli la yang sesuai dengan badan anda. Sekarang ada macam2 kan dari yang jenis spray, stik dan roll-on. Bah kan yang jenis losyen pun ada. Sabun tawas pun ada ataupun serbuk tawas. Biasa di kedai India ada jual.


Sabun Tawas

Dlu No pernah guna ni..
-Serbuk Anti Keringat-


Ada juga sesetengah orang dia memang tak suka pakai deodoran tapi buat cara tradisional. Jadi No kongsi la petua2 yang boleh anda amalkan ya..


1) Amalkan menyapu limau nipis di bawah lengan anda setiap kali lepas mandi. Limau tu potong dua la ye. Jangan pula p sental sebiji2 tu hehe..
2) Ambil beberapa kuntum bunga cengkih, rendamkan dengan air panas dalam 1cawan dan minum airnya. Amal la selalu.
3) Semasa mandi amalkan menyapu campuran kapur (secubit je) bersama perahan limau nipis. Gosok dengan kepala lutut. Kemudian mandi dan bilas seperti biasa. Amalkan 2x seminggu. 
4) Semasa mandi juga amalkan menggosok ketiak anda dengan belakang tapak tangan anda atau kepala lutut anda.
5) Sapukan ubat gigi dan biarkan seketika. Bilas dan mandi seperti biasa.
6) Amik beberapa helai pucuk jambu batu. Ramas dan lumur di ketiak. Bilas dan mandi macam biasa. Boleh hilang daki dibadan juga.


Atau anda ada petua yang lain yang boleh kita kongsi bersama?

Jumaat, 9 Disember 2011

Farouk Hussain- Terima Kasih Ya..

Siapa tak kenal ngan Farouk Hussain? ..Aaaa, x kenal? Aish, tak kan tak kenal kot..mai cheq nak habaq mai..ala, yang kurus2 tinggi2 tu..yang cumil2 tu hihi..yang kelako2 tuuuu...ala, PELAKON la...haaaa..dapat teka?..Ye la yang jadi pengacara dalam Warung Kita @Astro Prima dlu tuuuuu...


Ni No nak kongsi cerita sekitar tahun 1994. Masa ni No lepas SPM..saje gatai2 minta kerja dapat la kerja sementara kat Subang Airport. Time ni KLIA tak kenal laginye.


Satu hari tu No dah lambat p keje. Tunggu teksi pulak sekian hal kat bus-stand tu. Nak naik bas memang tak sempatnya sebab kena amik 2buah bas. Datang satu teksi tu No tahan..aish ada orang la pulak. Patut la tak benti. Tapi tetiba No tengok ada teksi berundur menghala arah No. No buat tak tau je la sebab kita tengok depan bukan belakang kan. Sampai betul2 dekat No berdiri tu...sekali dreba teksi tu tanya..


Dreba Teksi : Kerja kat Subang Airport ye?
No : Ya encik..
Dreba Teksi : Mari la naik, enFarouk tu suh amik cik..


Sekali No pandang belakang..waaaaaah, siap angkat tangan lagi Abang Farouk kita tu. Dengan seragam PRAMUGARA yang warna hijau lembut tu. Wah, berbunga2 la No meleret senyum..Ehem, anda jangan nak mengada pulak ye ingat No de pe2..Umah dia dekaaaaaat je ngan umah Abang No kat Kelana Jaya. Tapi skang No tak tahu samada Abang Farouk tu masih disitu atau dah pindah. Lagipun Abang No pun sekarang dah pindah ke Kelana Utama.


Anda sume tertanya2 kan macam mana Abang Farouk tu tau No kerja mana...hehehe..melalui seragam uniform No la hehehe...klo tak..dia tak kenal nye minah sepet hidung pesek pakai spek ni haaaaa..hahaha


Nampak kan, begitu baik nya hati Abang Farouk sampai kan sanggup balik jalan kaki ke rumahnya. Ye la, kita naik teksi mesti la nak suh hantar sampai kat gate rumah kita kan. Ni tak, sanggup Abang Farouk berjalan No rasa lebih 100meter gak kot dari bus-stand ke rumah Abang Farouk. Mesti berpeluh2 dengan kot hijau tu hehe...


Begitu la adat kan, buat PELAKON/SELEBRITI yang lain tu..bila dah terkenal..jaga la peminat anda sebaiknya ya. Kerana peminat anda naik dan kerana peminat juga anda hancur.


Buat Abang Farouk, sekiranya ada terbaca blog No ni..waaaaah, macam berangan MAT JENIN la plak..eh eh, mana tau kan kan kan...buatnye Abang Farouk search nama sendiri..maka terkeluarla tajuk entri dan blog No ni kan kanzzz hihi...>>mood perasan<<


No nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH, semoga jasa baik Abang Farouk akan dibalas sebaik2nya oleh ALLAH SWT..No doakan juga semoga Abang Farouk sekeluarga sentiasa hidup bahagia hingga akhir hayat..dan semoga berjaya dunia akhirat...amiiiiiin...


Comel kan anak Abang Farouk...
>>gambar dari sini<<

Mungkin Abang Farouk dah lupa peristiwa ni tapi No akan ingat sampai bila2...TERIMA KASIH sekali lagi..

Pernah tersempak dengan pelakon Abang Hilal Azman dalam bas SRIJAYA no33, antara tahun 92-95. Mulutnya sentiasa menguntum senyuman dan sentiasa membalas senyuman dari peminatnya walaupun masa tu Abang Hilal terpaksa berdiri.

>>gambar dari sini<<
Pssst...No salah sorang peminat Abang Farouk dan Abang Hilal ni tau...

Rabu, 7 Disember 2011

WA KENA BEB!!!!

Alkisah di suatu minggu yang lepas..kira2 jam 3.30ptg..


Abang : Jom kuar jenjalan, Abang nak bawa Mama p TELUK INTAN..kita makan kacang rebus kat sana..
No : Joooom..


Maka kami pun keluar menyusuri Jalan Gopeng-Jalan Pengkalan Pegoh..


Abang : Abang rasa kita silap jalan dah ni..Abang dah terlepas lorong..takpe kita masuk jalan ni je la..
No : Tu ada signboard ke Lumut..
Abang : Alaaaaa..kita dah masuk jalan lain dah nih. Kita ke Teluk Batik la..Lumut kita dah p kan..
No : Mmmmm, kita p PANTAI REMIS la Bang..tak dapat makan KACANG REBUS kita makan CELOP TEPUNG (udang, sotong, ikan) la..


Sekaliiiiiiiii...dah sampai PANTAI nye tak nampak REMIS nya tak timbul..CELOP TEPUNG entah ke mana..perut pun masuk angin..Orang PERAK mesti KENAL tempat nih hahahaha.. Kemudian singgah kat masjid kat situ. Abang tanya orang kat mana ada pantai yang paling dekat. Mamat tu kata ada satu pantai tempat penternakan penyu dan satu lagi tempat lepak2.


Kami pun meneruskan perjalanan. Tempat penyu tu kami tak singgah tapi kami singgah di Teluk Senangin kira2 6.20ptg. Ok la, boleh la buat hilang penat dan kebas vontot duk lam kete.


Dreba yang still maintain senyum..
tengkiu Bang..

anak2 apa lagi..main pasir laaaaa..
Dorang ni bila nampak laut je terus minta nak mandi. Aish, mana boleh..dah la bajunya tak bawa..pastu tu orang nak balik kita pulak baru je sampai huhu.. Tak sampai 10minit main pasir, perut minta diisi. Nasib baik ada kedai makan lagi yang masih buka.



Abang : Tutup jam berapa ni Bang?..
Tuan Kedai : Sebenarnya kami nak tutup dah ni..takpe la, makan la dlu..


Maka kami pun makan di SENJAKALA...di kala Azan Maghrib berkumandang huhuhuhuhu....



Lepas makan, cepat2 kami beredar terus balik ke Ipoh. Singgah di Masjid Sri Iskandar dalam hujan yang lebat. Dan lagi sekali kami diduga, silap masuk jalan pergi ke bandar Ipoh la pulaaaaaaaak...mmmmmmm jam 10 malam baru la sampai rumah..


Abang : Best la p PANTAI REMIS..nak p lagi tak?


Sindir Abang sambil tersengih2 hahahahaha....


Nota Kaki :
PANTAI tak semestinya ada pantai..contoh Pantai Remis la apa lagi waaaaaaaaa..selain tu PANTAI DALAM (Kl)


PULAU tak semestinya duk dalam pulau..contoh PULAU KAMBING (K.Trg), PULAU KERENGGA (Marang, Trg)


PSSST : No cuba masuk blog anda tapi internet No ada masalah 2-3hr ni..ada yg leh buka tp xleh tengok gambar..ada yg xleh komen..ada yang xleh buka langsung coz loading lambat huhuhuhu..insyALLAH, masalah dh selesai No singgah lagi ye..MOHON MAAF DARI NO..

Selasa, 6 Disember 2011

Berkolek Di Putrajaya & Jejak Kasih

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT juga No berkesempatan bertemu dengan kawan lama No masa melawat Abang No kat HSEL baru2 ni. Kami terpisah sejak No Tingkatan 3 lagi iaitu tahun 1992. Nah skarang 2011 baru kami berjumpa mata. 19tahun tuuuuuu...sukanya sangat No hihi... Boleh kata ni la bestfreind No dlu2..ke hulu ke hilir duk berkepit je ngan Nita nih..

baru prasan, serba PINK lagi hihi

Lepas tu langsung Abang bawa p KLCC..tak naik pun just lepak2 kat taman tu je. Time tu dah jam 5.30ptg, jadi xde masa nak naik dalam Suria KLCC. Si Husna dah muncong coz dia nak melawat PetroSains dalam tu. Husna dan Faris dapat diskaun klo masuk dalam sebab dorang ahli kelab TAHA (Tabung Haji) tapi xde rezeki mereka lagi. InsyALLAH Abang janji lenkali nak bawak dorang naik juga..
tak naik pun xpe ah..
bergambar pun jadi leeee..
hahaha...dengan jeans lagi nye..
Sampai sana tengok budak2 main air terus mintak nak join sama...apa lagiii terus buuuuuuuush dalam air hehe..


Esoknye sebelum balik Ipoh, Abang bawak p Putrajaya. Mmmmm mendayung le kite ye.. Abang amik Pakej Keluarga RM58 untuk 2Dewasa dan 4kanak-kanak. Dorang buat diskaun seblah pagi sebelum jam12 ada potongan separuh harga untuk Dewasa. Harga sebenar Dewasa adalah RM30/person dan Kanak-kanak RM10/person. Tapi bila kira2 balik jatuh rugi la pulak kan (RM30 + RM40 = RM70).


Kami naik sampan je..klo naik Cruise uih, rasanya tak berbaloi plak. Pakej kami xsilap RM90+. Lagipun time pagi cuaca tak panas lagi, leh rasa hembusan angin segar lagi.


Masa untuk keliling separuh tasik adalah lebih kurang 25-30minit klo bot..klo Cruise xsilap dorang cakap 45minit keliling tasik. Ok la, leh tengok pandangan sana kan.


sukenyeeeeeee
Kebetulan, yang bawak bot tu orang Bachok, Kelantan...mmmm apa lagi, jumpa geng la Abang tu. Peramah pulak adik bawak bot tu...errr No terlupa lak namanya huhu..Terima kasih ya Adik layan kami dengan mesra sekali. 


Adik tu kata, jarang orang tempatan nak naik bot. Biasanya ramai pelancong je yang naik..mungkin bagi mereka XDE MAKNE kot huhu...

Isnin, 5 Disember 2011

Syukur..Dah Kembali Stabil

Syukur ke hadrat Ilahi..berkat sokongan dan doa anda semua Abang No telah kembali sedar dengan izin ALLAH SWT...amiiin 

Syukur padaMU YA ALLAH..semoga beliau kembali sihat dan dapat meneruskan tugas2 harian serta dapat menyempurnakan segala PerintahMU YA ALLAH...

Terima kasih kepada semua yang telah turut mendoakan Abang No dalam entri Kritikal secara langsung mahupun tidak langsung.

No telah ke Hospital Selayang pada pagi Sabtu 3/12/11 dan selamat sampai disana. Ahad 4/12/11 No bertolak balik Ipoh.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG NO. Sokongan anda semua amat No hargai. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa baik anda semua..insyALLAH..amiiiin

TERIMA KASIH sekali lagi..

Khamis, 1 Disember 2011

Kritikal

-Raya 2011-

Assalammualaikum..WBT

Mohon jasa baik anda untuk mendoakan Abang No yang paling tua Hj Muhammad Hj Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chegu Mad P.Ramlee supaya diringankan beban yang beliau tanggung.

Buat masa sekarang beliau masih tidak sedarkan diri dan berada dalam Wad CCU, Hospital Selayang, Selangor.

Sebelum tu beliau pergi untuk 'cuci darah' namun keadaan beliau menjadi lemah selepas itu dan ada berkaitan dengan jantung serta paru2.

Beliau adalah bekas Guru dan Pengetua di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu.


Sabda Rasulullah SAW ; “Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah meriwayatkan hadis daripada Abu Sa’is al-Khudri secara marfu’ (maksudnya): “Apabila kamu menjenguk orang sakit, maka hendaklah kamu beri harapan akan panjang umur. Kerana yang demikian itu, meskipun tidak dapat menolak takdir sedikit pun, tetapi dapat menyenangkan hatinya.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi).


Amin Amin Ya Rabbill'alamiiin...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~