Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Isnin, 25 Jun 2012

Surat Terbuka Untuk Cumi

RIP4CUMI...3/4-17/6/2012 (mb umo dalam 2.5-3bulan)..CUMI ke3 dalam idup Mama..

Kehadapan Cumi semoga aman disana. 

Cumi...
Mama masih ingat. Masa memula Mama amik Cumi tepi jalan hampir kena langgar..masa tu berderau darah Mama tengok Cumi tergolek. Mama xleh buat pe sbb Mama jauh. Nasib ada wanita India memberhentikan motonya dan mengambil Cumi. Masa dia melintasi Mama, Mama terus meminta dia masukkan Cumi ke dalam kereta Mama. Nama Cumi pun Farihin yang bagi sebab masih rindukan sikecik Cumi Dalam Kenangan. Tp skrg betol2 Cumi kena..mungkin ajal Cumi dah sampai. Mama redha...

Cumi..
Peristiwa berlaku di malam hari. Lepas Abah bawa Mama sekeluarga keluar jenjalan. Kira2 jam 10mlm Mama balik. Disebabkan badan Cumi gelap hitam Abah xperasan Cumi ade depan umah..sekali Abah naik, rasa terpijak sesuatu seiring dengan suara mengiau. Padahal Abah naikkan dh teramat perlahan..sebelum tu berenti kejap seblom masuk umah sebab Abah menyapa Hadcai di luar gate. Mama turun tengok Cumi dah tergolek bawah kereta. Datang Ola dan Oteh cium2 Cumi, jilat2 Cumi. Mama tersentuh. Mama angkat periksa Cumi. Rupanya Abah terlenyek kaki Cumi..patah tulang lutut..ada sedikit cecair keluar dari anus Cumi. Mama angkat Cumi dan letakkan di depan umah, Hadcai pula datang cium dan jilat2 Cumi. Oggy pula keluar datang cium Cumi. Mama rasa mereka semua memberi penghormatan terakhir untuk Cumi.

Cumi Cinta Hati Mama..
Tak sampai 5minit kena, Cumi xde dh tinggalkan kami depan Mama...xde darah2, xde pecah2...mungkin luka dalaman..mungkin perut Cumi pecah didalam. Mama lihat saat2 Cumi nazak. Mama xleh buat pe hanya mampu menggosok badan Cumi yang xbermaya. Mama cium kepala Cumi. Mama usap dengan penuh kasih sayang Mama.
Mama RINDU sbb Cumi la satu2 yang manja ngan Mama..sll minta Mama susukan Cumi..selalu suh Mama cium Cumi..slalu duk atas riba Mama..slalu panjat badan Mama masa Mama baring..slalu suh Mama belai Cumi..Cumi suka Mama layan Cumi. Pantang Mama duduk mesti Cumi bertenggek atas riba Mama. Sekarang Cumi dah xde nak manja ngan Mama.

Cumi Sayang Mama..
Mama suka kaletah Cumi tiap kali mahu menyusu. Nampak je botol mesti cumi xsabar mahu menyusu. Cumi dah pandai pegang botol sendiri dan Mama xsempat nak rakam.

Cumi anak kucing yang tahan lasak. Mama boleh mandikan Cumi dengan air paip je. Cumi x banyak karenah..Lepas mandi Mama keringkan badan Cumi guna hairdryer, Cumi suka. Cumi x banyak meragam.

Cumi Pengarang Jantung Mama..
Walaupon Cumi agak ganjil dari anak kucing lain tapi Mama tetap sayang Cumi. Kuku Cumi xpernah masuk kedalam...selalu menjulur keluar. (mxm lam gambo). Nenek kata Cumi macam Harimau Kumbang sbb badan Cumi x mcm kucing biasa. Badan Cumi melentik. Dlu bulu Cumi panjang tapi skang dah gugo dan yang tinggal hanya bulu karpet. Xpe la..asal Cumi sihat kan...tapiiiii...Cumi skang dalam kenangan Mama..

Akhir kata..Mama dan Abah minta maaf atas apa yang terlaku. Sudah takdir Cumi dengan Mama dan Abah...Maafkan kami....

psst : Oggy, Mama akan jaga sebaiknya..kesian die dh xde kwn huhu..





Rabu, 9 Mei 2012

Pengaruh Youtube

Satu hari No terdengar anak2 duk nyanyi "ade lembu nak jage..ade lembu nak jage.." Aish, lagu pebende lak tuh? No tanye si Faris, anak No yang nombo 2 umo 11tahun tu. Katanya dalam youtube di sekolah. Siyes sebab selama ni No xpernah dengar plak lagu tu.

Ape lagi..bukak youtube haaaaaa....ambik ngko..meremang bulu roma ni hah..nak tau kenape? Anda tengok la sampai abis ye..lihat ada part yang MEMANG TAK SENONOH (isyarat tangan) dan jangan lupa selami la liriknye tuh sekali...


Inilah hidup
Ku di kampung
Hatiku murung
Ku di kongkong
Tiap hari ku, ku kata okay
Tapi dah takdir

Isteri ku control
Ku tak tahan
Asyik kena troll
Kena bahan
Badan berpeluh
Ego ku teguh
Ku takkan runtuh

And it goes like this

Hari-hari kau 
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau bangun lambat
Suka hati
Aku merempat
Kau nak maki
Aku tak tahan
Dengan kau perempuan
Gila meghoyan

Sudah lah Senah
Ku dah penat
Ku balik rumah
Ku nak rehat
Jangan kau angin
Baik kau salin
Aku nak main

And it goes like this

Hari-hari kau 
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Aku mahu
Hidupku senang
Gelang baru
Kilat gila baq hang (habaq hang)
Itulah ganjaran
Ku pasti tak tahan
Gerenti senyuman

Hai bang Samad
Kau dengar sini
Kau nak p*nt*t
Kau dengar cakap bini
Itulah ganjaran
Kau pasti tak tahan
Gerenti senyuman

Hari-hari kau 
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Siyes No cakap memang No marah sangat. Dup dap dup dap rasanya tahan geram. No tanya Faris camne leh tau lagu tu?..Dia cakap kawan dia yang search dan tunjuk padanya... Tengok..walopon kite duk jaga bukan main kat rumah..tapi ingat..PENGARUH KAWAN memang kuat. Ni baru sekolah rendah..esok2 tak tau la macam mane..

Ape yang nak No katakan, lagu tu memang tak sesuai untuk budak2..ape tah lagi budak yang baru nak kenal erti hidup nih. Ye, No tak nafikan rentak lagu tu memang la enjoy sakan tapi tolong la..No sebagai IBU rasa kesal sangat2.

No cakap ngan si Faris lepas ni xmo dah tengok mende2 yang tak sepatutnya kat sekolah dan xmo dengar lagi duk nyanyi lagu tuh. No tanya tau x kenape No marah? Faris geleng kepala.. mmmmm si Faris ni memang lurus budaknye..betul bendul pun ade..No memang risau2 sangat ngan Faris ni..Harap bila dia besar nanti fikiran dia cepat matang..insyALLAH...amiiiiin

***anak2 skarang lebih pandai dari kite..kite igt dorang buta IT..tapi dorang lebih CELIK rupanya..Contoh, si Nurul bagitau nak pinjam broadband sebab nak search gambar tuk siapkan brochure projek sekolahnya. Guna program Microsoft Office Publisher lagi..adeh....

Khamis, 5 April 2012

Tiramisu

Sape gila keju?? Ha, No syorkan cuba la resepi ni ye..memang sedap tp AWAS ye..yang nak diet2 tu sila jangan cuba hihi...

BAHAN
2@3 bungkus biskut Tiramisu/Sponge Finger (No gn Layer Cake perisa coklat)
250g krim keju
250g krim 'whipping'
150g gula
2sudu besar nescafe dibancuh dengan air suam
Serbuk koko untuk hiasan

gantikan ngan 'layer cake'..bahagikan 2keping
CARA
1) Mixer gula, krim keju dan krim 'whipping' hingga sebati dan tidak berketul.
2) Sendukkan adunan tersebut kedalam bekas buat lapisan pertama. 
3) Kemudian rendam biskut/layer cake kedalam bancuhan nescafe dan susun ke atas adunan pertama tadi. Jangan bertindih.
4) Tutup lapisan biskut dengan adunan kedua dan tabur serbuk koko.
5) Ulangi lagi sehingga adunan habis.
6) Sejukkan selama 8jam. Dan sedap dimakan sejuk-sejuk...peeeeeeh..

No amik dari youtube ni.....


SELAMAT MENCUBA....

Khamis, 22 Mac 2012

Aiskrim Homemade



Kali ni No nak kongsi aiskrim yg No dah buat. tapi semalam punya la. 

tabo choc-rice lagi best nih hehe
BAHAN
1tin susu sejat
1tin susu pekat manis
2tin air suam
4sudu besar ovalate (No guna 100g)
Perisa kegemaran

CARA
Mixer semua bahan kira2 15-20minit. No guna kelajuan no3. Simpan lam bekas dan bekukan.

*Klo nak buat banyak perisa, mixer semua bahan kecuali PERISA. Dah cukup masa baru asingkan mengikut perisa yang anda mahu. Kemudian tambah perisa dan simpan serta bekukan.

**Untuk hasil yang lebih gebu (mcm Wall's la lebih kurang hehe)..lepas bekukan kali pertama..amik mixer lagi kali kedua dan bekukan balik..tapi selalunya xsempat pun sbb anak2 mmg tak tahan nak makan hihihi...

Untuk 1adunan tu No dapat 2.7liter..
memang berbaloi.
 
3perisa yang No guna
Kali pertama dlu No dah buat tapi xdapat nk snap sbb masalah kamera. Dlu No letak serbuk koko dan hasilnya anda pasti puas ati. Anak2 pun tak sabar nak makan.

Khamis, 15 Mac 2012

Terlupa Tahap Kronik

No tabik la klo anda memang takde langsung sifat TERLUPA nih. No? hehehehe selalu deee.. Dan yang paling kronik masa balik CNY kat kampung. Tau apa yang No terlupa kali nih????.........

Pagi cam biasa la bersiap2 nak bertolak balik ke Kelantan. Cuma kali ni No bawa balik sekali si Cumi ni. Ala yang No cerita dalam entri Cumi Dalam Kenangan tu..sob sob RIP 4 Cumi...

Ok, dah sampai kelantan macam biasa la tugas anak2 angkat sume barang2 dalam kereta buat masuk rumah. Kemudian tima No nak mandi...jeng jeng jeng...meremang sekejap No tengok ada yang kurang...apa dia? dapat agak tak? beg pakaian No...waaaaaaaaa..cari dalam kereta, cari dalam bilik takde jugak..tanya Abang kot2 dia terlupa amik ke apa ke sebab Abang dia tukang angkut barang masukkan lam boot kereta. Katanya sume dah angkut. Tetiba...........loooo patut la tak terangkut......No p letak belakang pintu dalam bilik ni haaaaaa. Time tutup pintu memang la nampak, tapi klo dari luar masuk lam bilik memang KIRIM SALAM la jawabnye kui kui kui...

Ma pun ofer kain batik dan baju basahan. Boleh la buat pakai sekejap. Malam tu No p pasar malam la jawabnya nak beli barangan yang dalaman dan luaran. No pakai jeans Abang dan blause Ma No..Jeans + Blause??? bantai je laaaaa hahaha..

Beli punya beli yang dalaman je OK..tang slack pula xmuat..time pakai ok tapi nak duduk...alamak sendat la..pastu err errr terkoyak la pulak tang kangkang tuh..ala slack yang 10hengget selai tu..No amik 2lai. Tang baju pulak, balik cuba pakai...mmmmm dah macam barut nangka la pula..tersembol sana sini..2lai juga No beli. Nampak gaya jadi habuan si anak dara No la nanti. Kira xde la nak membazir kan..

Esoknya pagi2 Abang ajak kua p kat mall. Sana leh la kita menerai kan. Alhamdulillah...dapat juga pakaian yang sesuai dan padan ngan No hehehe... Abis, kira selesai 1bab..

Time balik lak kami bertolak seblom Zohor. Dalam jam 12tgh gitu la..Singgah kat masjid area Bukit Bunga, Kelantan tuk jamak Zohor+Asar. Sambung lagi pejalanan dan singgah Magrib kat area Kg Kati, Lenggong Perak.

Buka boot tengok2 beg telekung No pula xde..adeh...pk punya pk..TERTINGGAL lagi kat Bukit Bunga. Kesnya lepas solat No lepak ngan anak2 sambil main ngan Aseng dan Hadcai...(cite dorang dalam entri Ahli Baru). Agaknya masa angkat punggung tuh No melenggang mak inang je masuk kerete huhu....

Nasib baik la No ada sepasang lagi telekung. Kira xde la masalah sangat.

Anda pernah ke dapat NASIB macam No ni???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rabu, 14 Mac 2012

Patin Masak Kari

Biasa klo dapat ikan patin mesti No akan masak tempoyak takpun masak asam pedas. No try la tanya rakan2 FB No apa lagi yang boleh dimasak dengan ikan patin nih..Macam2 resepi dorang sarankan. Ada yang suh panggang cicah air asam la..kukus la..tapi No tertarik dengan Masak Kari...Ya..kali ni No cuba masak kari pula..


BAHAN2
Ikan patin-dikerat dan dibersihkan..
Rempah kasar-kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
Serbuk kari ikan 2pek yg 75g (No guna Baba's)
Bawang merah, halia dan bawang putih - No blend
Sedikit santan
Kacang bendi
Ubi kentang
Daun kesom (lg banyak lagi sedap) 
1 tangkai daun kari
Gula dan Garam secukup rasa
Air asam jawa atau asam keping
Air secukupnya.

CARA
1) Tumis daun kari dan rempah 4bradik dan terus masukkan bahan yang diblend tadi hingga naik bau. 
2) Kemudian masukkan pes kari serta gula. Kacau hingga rempah betul2 masak. Nak tau rempah masak dia akan naik minyak dan bila kita ceduk rempah dia masih menggelegak dalam sodek/senduk.
3) Masukkan air dan asam (No guna 2keping asam keping), ubi kentang yang di potong suka hati serta daun kesom. Biarkan hingga ubi empok.
4) Masukkan ikan patin..kemudian masukkan kacang bendi..dah gelegak baru masukkan santan dan garam. Suaikan rasa mengikut selera anda.

kepala dan eko dah kene kebas dek asam pedas hihi..
Ikan patin ni No beli kat Giant atopon Tesco harganya RM3.99/kg.

Patin tu No dah siap2 buang lemak dia. Mana yang dapat la. Yang melekat tu tak dapat la den nak nolong nyo hehe..Yelah, nak masak kari kan berlemak pula kan.

Yang pasti TESTER cakap memang SEDAP..sapa lagi klo bukan cik Abang No tu hehe..siap suh buat lagi lenkali. Abang sebenarnya klo masak tempoyak dan asam pedas kurang makan tapi dah dapat kari ni....mmmmm memang puas ati la No tercongeng congeng kat dapo tuh hehehehe......

Bagi yang belom cuba tu..SELAMAT MENCUBA ye...

Selasa, 6 Mac 2012

Mini Roti Canai

Mula2 skali minta maap la ye pada yang search nak cari resepi ni. No tepek sini just nak kongsi hasil air tangan No je sebab kureng menjadi, tak segebu yang kat kedai tu ye...tp tang rasa No dah puas ati.

Entri semalam No dah cite kan pasal nak buat roti canai kan..peh, punya la lama No rendam ngan minyak.. Bayangkan, kol2 ptg semalam No rendam, kemudian No takut masam No buh lam peti ais kejap..dalam 2-3jam gak la. Pastu malam No try canai dan goreng. Alhamdulillah..kali ni dah boleh tarik2. Cuma No tak pandai nak tebar lagi..main tarik2 je la dlu..Habis gak 9keping hehe.. Yang selebihnya No simpan kat luar je la..tawakal mintak2 la tak masam.

Dan pagi ni No buka..Alhamdulillah..16jam terendam elok lagi macam semalam. No pun canai 4keping lagi. Cukup la tu sebab nasi goreng No dah buat dah. Yang lebih tu nanti karang time nak makan No buat lagi..makan panas2 baru best kan..dah sejuk mintak maap la ye ekekeke...dalam 500g gandum No dapat 19biji..ala, kecik2 je No buat. Klo besar macam kat kedai tu agak2 xsampai 10biji kot.

Rupa kureng tapi rasa ada hihi..
Lain kali klo No buat sebijik macam yang kat kedai tu baru No kongsi resepinya ye. Tak pun pandai2 la anda  tanye pakcik gugel nge makcik yutiub (youtube) tu dlu ye hihihi...

P/S : pestaim buat jadi BISKUT..2nd time buat dh 80% jadi sbb 20% lagi xgebu lembut cam kat kedai tu..3rd time..insyALLAH la kot....doakan sekali ye..

Isnin, 5 Mac 2012

Donat Jadi Roti Goreng?!

Penahkah anda mengalami situasi nak buat lain tapi jadi benda lain? Haaa tu la yang terjadi pada No petang semalam.

Dengan semangat yang berkobar2 No nak buat Roti Canai sebenarnya. Tapi tak berani nak buat banyak. No amik 500g je tepung. Uli punya uli tak lembut2 sbb mandai2 je No ubah bahan. Kawan tu suh buh mentega/marjerin No p bantai minyak ekekeke...pastu No buh lam Bread Maker (BM)..bia dia tolong uli...haaaa lembut la sket.

Jadi sementara menanti Roti Canai tu kembang No pun nak buat donat dengan tepung yang lebih tu. Kali ni No terus masuk lam BM malas nak uli dah..masuk 2cawan air, 500g tepung, sedikit minyak (No buh dalam piring), 2sudu besar gula, sedikit garam & 1pek yis. No bia la BM tu uli..uli punya uli dan dah bunyi buzzer die tu..tengok2...waaaaaaaa cair lee..macam adunan nak buat kueh hahahaha...No rasa mungkin air yg terlebih atau minyak yang terover......tepung dah takde jadi No bantai la Tepung Beras..main campak je la dalam tu xtau la banyak mana. Sampai la adunan yang No nak..

Maka lepas tu sesi mengentel dan mengisi inti..nasib baik la ada inti kacang itam..klo x buat cakui la No hihi..No xde nak gelek2 atas papan menggelek dengan penggelek..No main gentel atas tapak tangan je..gentel2 dan penyek2..last2....

pinggan ke-2 dah..

Siyes Abang kata sedap hihi..sebenarnya ni la firsttime No buat roti goreng.. Pinggan pertama dah licin sebab anak2 dah tak sempat nak rasa. Makan panas2 memang sedap tapi bila dah masuk 5jam, tepung tu dah tak gebu dah..cicah ngan kuah kari baru sedap hihi....

Malam tu Abang suh masak nasi je, lauk beli kat kedai. Agaknya tengok No kemain lagi duk menguli tepung roti canai tu kot..Mekasih Abang hihi..

P/S : Roti Canai No tak dapat berita lagi..masih terendam lam minyak jangan masam dah ekekeke...agak2 jadi BISKUT lagi ke.....Tungguuuuuuuu...

Jumaat, 2 Mac 2012

Ahli Baru

Entri semalam pasal Cumi yang umonye tak lama kan. Jadi lepas Cumi dah xde, Abang pun bagi cadangan suh cari kucing lain. Klo boleh yang dah ada gigi la, senang nanti nak bagi makan kan.

Balik kampung tu Abang cerita la nak cari kucing seko kat abang dia..BIL No la. Dia cakap ada kawan dia bela ramai kucing, boleh la klo nak cuba minta seko. Jadi esoknye, abang ipar No bawa balik seko kucing..


No bagi nama Hadcai..kenapa? Sebab dapat pada hari aHAD dan pada CNY-gongxifaCAI hihi.. Hadcai ni memang lincah dan suka bergurau. Jadi Abang cadang suh cari seko lagi buat teman. Kemudian kami p cari kat kawasan pasar dekat umah Ayah..dapat la seko lagi anak kucing..

dalam perjalanan balik kb-ipoh..
No bagi nama Aseng. Sebabnya, time amik kat pasar tu No buh lam bakul pink ni la..syik bunyi je die. Kuat pulak tuh..bising sangat.. 

Tapi kesian Aseng..time dia membuang tu keluar cacing la. Besar2 lah tu. Maklum la duk kat pasar, makan pun xtentu hala kan. No bawa Hadcai dan Aseng p Jabatan Haiwan.. Doktor cakap Aseng agak tenat..keadaan dia kite xleh bergurau lagi, badan pun lemah kata doktor. Doktor syor Aseng dan Hadcai kurung dalam sangkar lebih kurang 2minggu. Kemudian kena la cucok seko sorang hehe..Alhamdulillah, Aseng dh xkeluar cacing lagi dah..

Kurus je kan...kesian..

Doktor cakap umo Hadcai dalam 2bulan setengah Aseng pula dalam 1bulan. Tak sampai pun seminggu No kurung dan tengok dorang dah segar dan aktif No lepas la. Alhamdulillah..dorang bertambar sihat dan boleh diajak bergurau..

Kedian ada seko lagi tau anak kucing kat blakang umah. Ibunya kurus sangat..anak pun macam kurang zat. No kepung ngan Abang dan akhirnya dapat..tapi xleh bela la..GARANG sangat..tengok..


No bagi nama Akeng sebab BEKENG (garang) sangat huhu..tak sampai 5jam No kurung, kesian tengok dia sebab dah tercirit2 ketakutan..No pun lepas kat mak dia. Tapi skang Akeng ni dh xnampak dengan mak dia..dh xde kot sebab asalnya Akeng 4bradik..mati seko..seko...kesian kan..

Dah makin sihat dan montel
Dah boleh lepas kat luar
Skang time Abang balik kerja mesti dimanja2 dlu si Hadcai dan Aseng ni. Berbeza dah skang No tengok sbb dlu Abang memang xleh ngan kucing..elegik..nak sondol2 kat betis kaki pun xboleh. Tapi sekarang siap suh tido atas perut lagi. Pssst..agaknya bila dah cecah usia 40an ni..manja lelaki agak berbeza kot hehehehehehe...


Rabu, 29 Februari 2012

Cumi Dalam Kenangan

19 Jan 2012

Anak kucing malang ini di tinggalkan ibunya di sebelah dapo umah No. Syik menangis je..mungkin sebab lapar, sejuk dan sebagainya. Abang xtahan dengar si kecil ni menangis suruh bawa masuk lam umah. Tapi ibunya langsung xmo datang amik, puas dipujuk..dibuka pintu..xmo nye dia. Last2 abang suh No bela. No bagi nama CUMI iaitu sempena nama kucing lame No dlu2. Cumi ni No agak baru usia dalam seminggu sebab giginya belum tumbuh lagi.


No beli botol susu ni sebab Cumi xmo susu..xmo telan..kesian dia. Tapi Cumi xmo menyusu juga dengan botol ni. Puas No suap pakai sudu la..picagari la..buh kat tapak tangan suh Cumi jilat..tp nampaknya Cumi xmo jugak.

21 Jan 2012
Cuti CNY No balik Klate jadi kena la bawa Cumi skali. Cumi cam biasa pagi2 dah bising dengan suara yang nyaring mintak susu..tp bila bagi isap sket je..pastu tido..x lama bangun balik mintak susu..

Dalam kereta No tengok cumi syik tido je. Terpaksa No kejutkan suh bangun nyusu tapi xmo nye dia. No rasa macam tak kena ngan Cumi ni. Badan makin lemah..suara pun x nyaring dah..perlahan je..


Ini lah detik2 terakhir No dengan Cumi..kira2 jam 11.15pagi..Cumi dah macam nazak..No tengok dengan sendiri camne nafas yang lemah yang terpaksa di tarik...dengan mulut terganga.. No terdiam..Abang pun terdiam. Akhirnya Cumi meninggalkan kami. Abang kuburkan Cumi kat kampung bila sampai petang tu..

Bila sampai kapung baru la No dapat info bahawa klo bb kucing ni kita kena bagi makanan yang lembut tu..yg dalam tin tu, bagi tenaga buat bb.. Dia akan isap sket2 nanti.. Takpe la, kami xde rezeki kali ni.

RIP 4 Cumi..Maafkan Mama sebab xsempat nak jaga Cumi...

Rabu, 22 Februari 2012

No Kembali..

Assalam semua..lamanya No menyepi kan. No harap rakan2 maya No semua sihat hendakNYA. Dan No juga nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi bertanyakan khabar No ya.

Pejam celik dah 2bulan No menyepi (22Dis-22Feb)..mungkin rakan No pun dah lupakan No agaknya..tp mmg salah No juga..terus diam seribu bahasa.. Maafkan No ya..

Mmmm, No nak mula dengan cerita sedih la dlu. Kira2 hari Jumaat (6hb Jan) sebelah petang..berlaku insiden yang amat memeritkan..


Puncanya sebab periuk tekanan tu la..eh bukan..sebab ketidaksabaran No. Sepatutnya No tunggu dlu wap keluar serta sehingga 'bunyi' dari periuk tu betul2 senyap. Tapi bile bunyi tu seakan2 berbisik, No dh tak sabar nak buka tutup..jawabnya....buuuuuuuuuus, membuak naik la isi dalam. Asalnya No rebus daging dalam tu.. Periuk ni No dah guna 2thn dan kali ni dia nak menguji No hehe..sabar je la kan.. Takpe la, kita blajar dari ketidaksabaran dan kesilapan kita.

Alhamdulillah..tangan No pun dah kembali asal cume parut yg no5 tu je ada sket lagi..tp tak ketara sangat..Yang jadi melecet tu sbb No tersepit di celah gril pulaaaaaaak..memang terasa la pedihnya time kena tuh..

Kesimpulan : Berhati-hati di jalan raya...eh ada kena mengena ke hehehehe....