Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Khamis, 22 Mac 2012

Aiskrim Homemade



Kali ni No nak kongsi aiskrim yg No dah buat. tapi semalam punya la. 

tabo choc-rice lagi best nih hehe
BAHAN
1tin susu sejat
1tin susu pekat manis
2tin air suam
4sudu besar ovalate (No guna 100g)
Perisa kegemaran

CARA
Mixer semua bahan kira2 15-20minit. No guna kelajuan no3. Simpan lam bekas dan bekukan.

*Klo nak buat banyak perisa, mixer semua bahan kecuali PERISA. Dah cukup masa baru asingkan mengikut perisa yang anda mahu. Kemudian tambah perisa dan simpan serta bekukan.

**Untuk hasil yang lebih gebu (mcm Wall's la lebih kurang hehe)..lepas bekukan kali pertama..amik mixer lagi kali kedua dan bekukan balik..tapi selalunya xsempat pun sbb anak2 mmg tak tahan nak makan hihihi...

Untuk 1adunan tu No dapat 2.7liter..
memang berbaloi.
 
3perisa yang No guna
Kali pertama dlu No dah buat tapi xdapat nk snap sbb masalah kamera. Dlu No letak serbuk koko dan hasilnya anda pasti puas ati. Anak2 pun tak sabar nak makan.

11 ulasan:

munna berkata...

sedap nampaknya kak no.... pernah buat sekali tapi takl menjadi dulu....

Pen Biru berkata...

oo..senang jer ek..kena try ni..

YATZAKIE berkata...

umm..mesti try ni..tq kak no

lurun namzar berkata...

akak, trliur saya.

aima berkata...

pergh...ice cream home made....bole try gok ni

Nina Aman berkata...

wah....baru nina tau sng je buat ice cream kt rmh...thx for sharing (=

qemaishak berkata...

Senang je rupanya nak buat aiskrim ni..tq kongsi resepi tu kak no, kalau ada kerajinan nanti nak buat la:)

Pia berkata...

"salam no...,eskrim?sedapnya,akak dah penah buat tapi baru sekali..hehhe..padahal senang jer nak buatnya kan...~eh lama sungguh tk dgr khabar no...harap akak smga kamu ngan famili sihat selalu yer..."

Mas berkata...

sedapnya askrim dia...resepi yg mudah, boleh cuba lepas ni :)

cikguden berkata...

nak aiskrim jugak...

kayrul-shah berkata...

berbaloi-baloi nie kak no..dah sebijik macam aiskrim beli kat supermarket...