Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 14 Mac 2012

Patin Masak Kari

Biasa klo dapat ikan patin mesti No akan masak tempoyak takpun masak asam pedas. No try la tanya rakan2 FB No apa lagi yang boleh dimasak dengan ikan patin nih..Macam2 resepi dorang sarankan. Ada yang suh panggang cicah air asam la..kukus la..tapi No tertarik dengan Masak Kari...Ya..kali ni No cuba masak kari pula..


BAHAN2
Ikan patin-dikerat dan dibersihkan..
Rempah kasar-kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih
Serbuk kari ikan 2pek yg 75g (No guna Baba's)
Bawang merah, halia dan bawang putih - No blend
Sedikit santan
Kacang bendi
Ubi kentang
Daun kesom (lg banyak lagi sedap) 
1 tangkai daun kari
Gula dan Garam secukup rasa
Air asam jawa atau asam keping
Air secukupnya.

CARA
1) Tumis daun kari dan rempah 4bradik dan terus masukkan bahan yang diblend tadi hingga naik bau. 
2) Kemudian masukkan pes kari serta gula. Kacau hingga rempah betul2 masak. Nak tau rempah masak dia akan naik minyak dan bila kita ceduk rempah dia masih menggelegak dalam sodek/senduk.
3) Masukkan air dan asam (No guna 2keping asam keping), ubi kentang yang di potong suka hati serta daun kesom. Biarkan hingga ubi empok.
4) Masukkan ikan patin..kemudian masukkan kacang bendi..dah gelegak baru masukkan santan dan garam. Suaikan rasa mengikut selera anda.

kepala dan eko dah kene kebas dek asam pedas hihi..
Ikan patin ni No beli kat Giant atopon Tesco harganya RM3.99/kg.

Patin tu No dah siap2 buang lemak dia. Mana yang dapat la. Yang melekat tu tak dapat la den nak nolong nyo hehe..Yelah, nak masak kari kan berlemak pula kan.

Yang pasti TESTER cakap memang SEDAP..sapa lagi klo bukan cik Abang No tu hehe..siap suh buat lagi lenkali. Abang sebenarnya klo masak tempoyak dan asam pedas kurang makan tapi dah dapat kari ni....mmmmm memang puas ati la No tercongeng congeng kat dapo tuh hehehehe......

Bagi yang belom cuba tu..SELAMAT MENCUBA ye...

2 ulasan:

kakcik berkata...

Kakcik kalau nak makan patin, beli yang dah siap dimasak je. :)

Mama Ema berkata...

tak pernah beli ikan patin ni