Rakan Maya

Kenali No

Foto saya
Ipoh, PERAK
Anok TEGHANUNG kawen ANOK KLATE, umo 35thn, isteri RUSLAN DAUD, ibu 4org anak

THR Gegar Pantai Timur - Saluran Radio Pilihan No

Rabu, 29 Februari 2012

Cumi Dalam Kenangan

19 Jan 2012

Anak kucing malang ini di tinggalkan ibunya di sebelah dapo umah No. Syik menangis je..mungkin sebab lapar, sejuk dan sebagainya. Abang xtahan dengar si kecil ni menangis suruh bawa masuk lam umah. Tapi ibunya langsung xmo datang amik, puas dipujuk..dibuka pintu..xmo nye dia. Last2 abang suh No bela. No bagi nama CUMI iaitu sempena nama kucing lame No dlu2. Cumi ni No agak baru usia dalam seminggu sebab giginya belum tumbuh lagi.


No beli botol susu ni sebab Cumi xmo susu..xmo telan..kesian dia. Tapi Cumi xmo menyusu juga dengan botol ni. Puas No suap pakai sudu la..picagari la..buh kat tapak tangan suh Cumi jilat..tp nampaknya Cumi xmo jugak.

21 Jan 2012
Cuti CNY No balik Klate jadi kena la bawa Cumi skali. Cumi cam biasa pagi2 dah bising dengan suara yang nyaring mintak susu..tp bila bagi isap sket je..pastu tido..x lama bangun balik mintak susu..

Dalam kereta No tengok cumi syik tido je. Terpaksa No kejutkan suh bangun nyusu tapi xmo nye dia. No rasa macam tak kena ngan Cumi ni. Badan makin lemah..suara pun x nyaring dah..perlahan je..


Ini lah detik2 terakhir No dengan Cumi..kira2 jam 11.15pagi..Cumi dah macam nazak..No tengok dengan sendiri camne nafas yang lemah yang terpaksa di tarik...dengan mulut terganga.. No terdiam..Abang pun terdiam. Akhirnya Cumi meninggalkan kami. Abang kuburkan Cumi kat kampung bila sampai petang tu..

Bila sampai kapung baru la No dapat info bahawa klo bb kucing ni kita kena bagi makanan yang lembut tu..yg dalam tin tu, bagi tenaga buat bb.. Dia akan isap sket2 nanti.. Takpe la, kami xde rezeki kali ni.

RIP 4 Cumi..Maafkan Mama sebab xsempat nak jaga Cumi...

Rabu, 22 Februari 2012

No Kembali..

Assalam semua..lamanya No menyepi kan. No harap rakan2 maya No semua sihat hendakNYA. Dan No juga nak ucapkan ribuan terima kasih pada yang sudi bertanyakan khabar No ya.

Pejam celik dah 2bulan No menyepi (22Dis-22Feb)..mungkin rakan No pun dah lupakan No agaknya..tp mmg salah No juga..terus diam seribu bahasa.. Maafkan No ya..

Mmmm, No nak mula dengan cerita sedih la dlu. Kira2 hari Jumaat (6hb Jan) sebelah petang..berlaku insiden yang amat memeritkan..


Puncanya sebab periuk tekanan tu la..eh bukan..sebab ketidaksabaran No. Sepatutnya No tunggu dlu wap keluar serta sehingga 'bunyi' dari periuk tu betul2 senyap. Tapi bile bunyi tu seakan2 berbisik, No dh tak sabar nak buka tutup..jawabnya....buuuuuuuuuus, membuak naik la isi dalam. Asalnya No rebus daging dalam tu.. Periuk ni No dah guna 2thn dan kali ni dia nak menguji No hehe..sabar je la kan.. Takpe la, kita blajar dari ketidaksabaran dan kesilapan kita.

Alhamdulillah..tangan No pun dah kembali asal cume parut yg no5 tu je ada sket lagi..tp tak ketara sangat..Yang jadi melecet tu sbb No tersepit di celah gril pulaaaaaaak..memang terasa la pedihnya time kena tuh..

Kesimpulan : Berhati-hati di jalan raya...eh ada kena mengena ke hehehehe....